Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

21 Julai 2012

Pinjam Along Seketika.


Ibu ucapkan SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT BERSAHUR kepada semua.
Ibu mohon maaf jika sepanjang persahabatan kita,
 ibu ada meninggalkan komen yang menyentuh perasaan kalian
tanpa ibu sedari.........

Semalam selepas solat Jumaat Ayah, ibu dan Angah ke Melaka
untuk  jemput Along a.k.a Farah Nabilah di kolej.
Dah 5 minggu kami tidak bersua.
Rindu teramat sangat.

Kami melalui lebuh raya AMJ ke Bandar Melaka, 
Mak aiiii......kami perlu melalui kesesakan lalu lintas walaupun melalui jalan 3 lorong...
.
Untuk sampai ke Masjid Tanah entah berapa banyak trafik light yang
perlu diredah.
Tak terkira banyaknya......
Sabar jelah.


Tiba di kolej dah pukul 4.20 petang.
Itupun sesekali ayah pecut di jalan yang menghala ke Sungai Udang yang agak lengang.

Wajah riang 2F...
Maklumlah, angahlah orang yang paling merindui along.
Tak henti-henti mereka bersembang sepanjang perjalanan.
Banyak cerita yang mereka simpan untuk dikongsi..
Maklumlah selain adik beradik, mereka berdua adalah best friend..

OTW balik, macam biasa kami singgah TESCO untuk borong sushi.
Bergegas balik untuk sampai ke rumah sebelum Maghrib.
Maklumlah, semalamkan hari pertama solat tarawih.

Esok terpaksa pulangkan semula along ke kolej
dan mungkin kami akan berjumpa semasa raya di Kelantan nanti
kerana along terus ambil tiket  ke kampung.......

16 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

Oh Kak ibu pun kidnap along ek.... mama pun petang semalam pergi ambil Qayyum di Terminal bus, dia balik sendiri nak jalan2 dengan abg2 senior...

esok hantar dia balik tapi minggu depan qayyum balik lagi....

Salam Ramadhan kak ibu, tidak pernah berkecil hati dengan kak ibu malah adinda anggap kak ibu seperti kak adinda sendiri..

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

akak kidnap along tu balik bersahur. salam ramadhan ari su utk akak sekeluarga

Unknown berkata...Reply To This Comment

walaupun dekat terpaksa kidnap jugak hihihi... Itu belum along kena belajar jauh2, oversea ke.. mcm mana Kak Nza nak kidnap? hihihi...

Selamat berpuasa buat kakNza & keluarga :))

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
dh 5 minggu xjumpa n minggu ni along dibenarkan sblm cuti utk raya...
Wah best la mamaQS dpt jumpa Qayyum every week.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
smptlah along brsahur n brbuka 2 kali kt rumah...

NzA berkata...Reply To This Comment

to shima
kalau alang2 dok jauh rasanya kita boleh terima hakikat kot..ni sbb rasa tmptnya xgitu jauh..itu yg rasa nk je pergi kidnap along...hu.hu.hu....

Unknown berkata...Reply To This Comment

hahahaha... Hermmm kalau kena pi KL pun mesti mcm tak jauh kan... hihihi.. Yelah melaka tak jauh sgt pun..

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

selamat berpuasa utk NzA sekeluarga....

mamaijat berkata...Reply To This Comment

...ha ha ha...
zaman kid nap anak sendiri....

selamat berpuasa untuk dinda & kuarga...

Salmi berkata...Reply To This Comment

Selamat berpuasa juga buat Yah sekeluarga..
Terubat juga rindu kat along walau sekejap.. Akak juga yg bersedih sb angah tak balik.

jeBateja berkata...Reply To This Comment

Alahai....sedih ibunya....berjauhan dari anaknya.....soba ye kak....

NzA berkata...Reply To This Comment

to shima
2lh, ttp kalau dpt U area pntai timur pn ok cz boleh blk rumah atok nnti....

NzA berkata...Reply To This Comment

to MP
untuk MP jugak....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
hahaha...nk buat mcm manakan kanda, dh trpaksa....

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak salmi
terima kasih kak mie....sedihkan smbut puasa tnpa anak2.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to jebateja
mmg sedih ttp trpaksa redha....

About me