Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 Julai 2012

1 Minggu Mengadap Western Food.

Dah seminggu kami anak beranak dok makan western food.
Lama-lama tekak ibu dah rasa lain macam je.
ibu rindukan sesuatu.
Rindu dengan makanan tempatan...hu.hu.hu....

 Sejak malam ibu dah terfikir menu nie...masak lemak cili padi yang pekat + pedas.
Hajat tercapai juga akhirnya.....
Baru puas ibu makan nasi....

Dan Angah belikan nasi kerabu ni untuk ibu sekembalinya dari tuisyen.
Nasi kerabu ni angah beli kat restauran milik ibu kawan sekelasnya.
Memang sedap sangat...sangat...dan sangat.
Rasa tak puas makan 1 bungkus...
Alahai ibu, sabar jelah........
Cukup tak cukup, makan tak boleh lebih ye.......
Bukan nak jaga badan tetapi jaga kesihatan.....

Dan ibu mengidam nak makan takoyaki nie.
Baru minggu lepas ibu makan dengan anak-anak semasa outing.
Tiba-tiba terliur lak pulak.
1st time makan tak begitu sedap tetapi kali ke dua yang ibu
makan sedap sangat...Isi ketam melimpah ruah di dalamnya.
Sempat ke nak makan takoyaki sebelum puasa menjelma.....????
RINDU LAMBAIAN RAMADHAN.....

p/s (update terkini ):
Semalam mendapat perkhabaran gembira, adik ibu Dr Ahmad Zakimi dan isteri, Rohaita kerana mendapat Baby baru tetapi malam tadi mendapat khabar  sedih kerana BB dalam keadaan kritikal dan terpaksa meggunakan bantuan pernafasan...
Mohon doa daripada semua.....
Ya Allah, selamatkan BB.....
Mood : Sedih......


15 ulasan:

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

Wahhh sgt terliur dgn ayam lemak cili api akak.... Nampak cantik kuahnyer....

saniah berkata...Reply To This Comment

ishh akak dan anak2 dara memang suka tokayaki...sedap betul..malam2 pun sanggup keluar ke jusco nak beli...makan tak kira masa...heheee :)

Unknown berkata...Reply To This Comment

Tak pernah mkn takoyaki... Kat muo ni mana nak cari kak Nza?

Moga baby dilindungi dan cepat sembuh insyaallah

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

alahai sedapnya nasi kerabu, feveret saya tu.
alahai apsal tetiba baby jadik kritikal, apapun sama2 kita doa semoga kesihatan baby tu makin ok n cepat sembuh

Maiyah berkata...Reply To This Comment

salam..
wahh sedapnya

smoga Allah beri kesembuhan

mamaijat berkata...Reply To This Comment

...sodap eh lomak cili padi tu...
tapi x leh selalu2 ye!!!

Semuga BB sembuh,dengan izinNYA..Insyaallah..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Paling terliur tgk nasi kerabu tu.. kalau ada daging bakar+solok lada tentu lagi sedap

NzA berkata...Reply To This Comment

to lieya
tetiba pulak nk masak tu lieya..anak2 akak xgitu suka ttp ibunay hentam je...hi...

NzA berkata...Reply To This Comment

to saniah
yelh, kalau dh makan takoyaki mcm dh ketagih la pulak..sedapkan...

NzA berkata...Reply To This Comment

to shima
kalau kt muo shima pergi giant...kt ground floor tu ada jual....

TQSM di atas doa shima.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
nasi kerabu yg nyummy.....

xtaulh su, BB alami masalah pernafasan..mungkin juga masalah paru2.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to maiyah
mmg sodap...

TQSM di atas doa maiyah...ameen....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
ye kanda, sskali boleh la layan lemak2 camnikan....

InsyaAllah...ameen....

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak salmi
oooo..kak mie suka solok ek...yah xgitu suka ttp kalau daging panggang dlm nasi kerabu mmg trbaiklh....

sal ya berkata...Reply To This Comment

selalu jugak dengar pasal takoyaki ni. macam sedap je bunyinya.

About me