Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Disember 2011

Mereka Tetap Permata di hati Ibu!!!!!

Semasa mesyuarat minggu lepas,
ibu volunteer mengambil kelas 5B untuk tuisyen Matematik.
Ibu pun tak tahu kenapa hati ibu selalu terpanggil untuk
mendekati anak-anak murid sebegini.
Walaupun mereka tidak begitu cemerlang
dalam pelajaran tetapi mereka punya kelebihan.

Mereka tahu menghargai, mereka tahu berterima kasih.
Dari pengalaman ibu sepanjang bergelar cikgu,
anak-anak sebegini yang tidak mudah lupa jasa cikgu.
Anak-anak ini tidak lokek menyapa dan bersalam dengan cikgu2 mereka bila bersua
berbanding anak-anak yang cemerlang (bukan semua).
Anak-anak ini akan mencari ibu di FB setelah mereka berjaya
menjejak kaki ke menara gading....
Tidak putus2 mengucapkan terima kasih.

Semasa "take 5" sesi pertama tuisyen,
beberapa orang murid-murid lelaki mendekati ibu.
Berbual-bual kosong dan meluahkan perasaan.
Murid A : Cikgu, agak2 cikgu, saya dapat tak 3A dalam UPSR nanti.
Ibu : Kenapa target 3A je????
Murid A: Saya tak pandai cikgu....
Ibu : (sedih!!!!) InsyaAllah, awak semua pandai cuma MALAS je.
Murid A: ye ke cikgu??????(tersenggih2 sambil garu2 kepala)
Ibu : Ya...
Murid B: Cikgu, saya target 4A1B.
Ibu: Kenapa mesti ada B.
Murid B : Saya lemah dalam BI la cikgu.....
Murid C : Saya pun...
Murid D: saya pun....tapi saya target BI dapat C...
Ibu : Cikgu doakan awak semua dapat 5A.
Cuba awak lawan murid kelas 5A tu..
Kalau awak dapat A dalam Math, awak cari cikgu ye.
Cikgu janji...
Tapi tahun depan cikgu tak ajar kelas awak lagi.
Murid2: Alah cikgu...jangan la mcm tu. Ajarlah kami...
Ibu: tak boleh, masa cuti cikgu kena balik kg.
Cikgu kena jaga mama cikgu yang sakit.
Nanti siapa nak ajar tuisyen awak masa cuti nanti....????
Cikgu Mas orang kg sini...InsyaAllah masa cuti
cikgu Mas boleh ajar awak nanti....
Cikgu hanya mampu bagi tuisyen masa hari sekolah aje.
Itupun sebelah malam......
Ibu tahu mereka semua sedih..Ibu pun sedih......

2 tahun ibu mengajar mereka.
Mereka amat rapat dengan ibu.
Mereka telah faham sikap ibu.
Masa mengajar ibu serius, ada masa serius, ada masa kami bergurau,
masa terluang mereka boleh bergurau senda,
ada ketika mereka meluahkan perasaan dan ada kalanya
sesuka hati mereka menadah tangan meminta duit belanja.....
Ibu rasa mereka macam anak-anak sendiri.
Dan mereka sebenarnya ada cita-cita yang tinggi.
Mereka semua adalah anak-anak cemerlang dimata ibu
walaupun ada kalanya ada "orang2 tertentu" seolah-olah pilih kasih
dan memandang rendah kemampuan mereka......

Kebanyakkan mereka lahir dari keluarga yang agak susah.
Mereka terabai dengan kesibukan ibu/bapa mencari rezeki.
Ada diantara mereka mengadu, ibu mereka tidak "faham" untuk mengajar mereka.
Ibu akur........
Dan mereka tidak boleh dipinggirkan.

Ibu berjanji pada mereka, walaupun ibu
tidak lagi mengajar mereka tahun depan,
ibu akan terus membantu dan memantau mereka.
Ibu akan pastikan mereka berjaya terutama
subjek Matematik.
2 tahun ibu mengasak mereka untuk memahami konsep.
Walaupun ada terkial-kial, merangkak dan bertatih.
Alhamdulillah, sekarang ibu dah nampak hasilnya.
Ada diantara mereka lebih cemerlang dari murid
5A (ibu pun mengajar Maths juga kelas 5A).
Itulah kepuasan yang ibu dapat dari mereka......

Ibu sanggup korbankan waktu malam untuk mereka.
Ibu akan pastikan mereka juga cemerlang seperti kawan2
mereka dikelas A.......
Harapan ibu tinggi mengunung untuk melihat mereka berjaya
dan cemerlang........InsyaAllah......

inilah sebahagian wajah2 itu.
Sentiasa ceria dan akan tersentap bila cikgunya ini mengamuk.....
Gambar ini semasa mereka datang berhari raya di rumah ibu.
Mereka semua tetap dihati....
Gud luck anak-anak didik ibu....
"Kalian tetap permata di hati cikgu!!!!!."

p/s:
Jap lagi nak ke sekolah.
Ada perbincangan dengan GB berkaitan dengan 
Program Galakan  Membaca untuk tahun depan........

32 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

Assalammualaikum.... Selamat pagi cikgu... Sungguh murni hati kak ibu, bukan semua guru seperti ini kekdg tu saya nampak spt melepas batuk ditangga geram pun ada.... Semoga usaha murni kak ibu membuahkan hasil dan anak2 didik berjaya duniawi dan ukhrawi

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
w.salam..
Sebenarnya dlm diri cikgu trselit perasaan yg sama cuma mrk menzahirkan dgn cara berbeza....mungkin masing2 ada cara trsendiri...yg pasti setiap cikgu akan gembira bila melihat kejayaan anak2 didik mrk krn itulah hadiah trindah buat kami......

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

salam ibu,
seronoknya kalau smua cikgu berperasaan mcm ibu. teringat JS time skolah dulu2. cikgu lah tmpt utk berkongsi cite kejayaan dan kegagalan. smpi kini msh terkenang cikgu yg garang dan baik. hehe

NzA berkata...Reply To This Comment

to JS
cikgu juga manusia biasa JS, ada masa hangin n ada masa cool.....ttp bila tgk wajah anak2 didik trdetik dlm hati satu perasaan yg sukar utk diterjemahkan........

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

sayu pulak baca dialog ni..huu~

seronok jd cikgu part itulah...bila mana kita dihargai selamanya...

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamalieyna
mrk semua anak2 yg cemerlang sebenarnya ena, cuma mrk agak trbiar..kalau digilap, insyaAllah mrk akn cemerlang......

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

sungguh mulia tugas seorg guru mendidik anak bangsa..

Semoga mereka semua berjaya dgn cemerlang..^^

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
InsyaAllah, itulah hadiah yg trindah buat kami......

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

alahai sedihnye kak....bagus akak....harap2 sume cikgu kat malaysia ni mcm akak....anak2 yg lemah begini laa kite cube dekati n bantu....

semoga ganjaran pahala yg setimpal tuk kebaikan akak....besar jasa akak sebagai pendidik....

Cikli berkata...Reply To This Comment

entry cikgu ni buat saya sedih.
semoga ramai lagi cikgu yang berfikiran macam cikgu.
setakat cikgu-cikgu yang saya kenal di alam blog ni, semuanya baik-baik belaka macam cikgu NzA juga. cikgu nae, cikgu kartini, cikgu shameel, cikgu jentayu eh hani, cikgu kunang-kunang, cikgu azhan, cikgu zinnirah dan cikgu gedek!

ummiross berkata...Reply To This Comment

NzA..bertuahnya anak2 didik NzA tu, dapat cikgu yang sedia mengajar dan jugak mendengar luahan hati merekaa yang tulus ikhlas..

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Insyaallah mereka akan berjaya jika rajin berusaha. Pelajar kelas begitu pun tetap punya hati & perasaan, tak sepatutnya mereka dipinggirkan. Mereka boleh, janji mau usaha.

mummysyafie berkata...Reply To This Comment

saya antara pelajar yang kurang cemerlang di sekolah dulu. kelas pun 5B gak..hhihihi...

Munn Jaafar berkata...Reply To This Comment

sebak pulak baca entry ni....masa hari raya hari tu, sy n kwn2 satu kelas skolah rendah, pg rumah cikgu kitorang masa drjh 2...seronok sgt..cikgu boleh ingat dan sebut nama kitorang satu2 walaupun dh lebih 15 tahun xjmp..hopefully anak2 murid ibu akan kenang jasa ibu smpai bila2.

dalila berkata...Reply To This Comment

beruntungnya kalau smua cikgu berperasaan mcm ibu. harap2 murid ibu kenang jasa ibu smpai akhir hayat

NzA berkata...Reply To This Comment

to lieya
thanks lieya krn beri kata2 semangat utk akak...mmg diakui murid2 sebegini yg perlu diberi lebih prhatian krn mrk juga adalah anak2 yg bijak.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to cikli
thanks cikli, InsyaAllah....rasanya semua cikgu ingin melihat kejayaan murid mrk cuma segelintir je yg buat onar..itupn mayb yg brmasalah......
semoga kami terus diberi kekuatan n sokongan dr ibubapa......

puanbee berkata...Reply To This Comment

haishh kalau ank saya belajar dgn cikgu nih kan bagus

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
ummi pn pernah alami situasi camnikan masa brgelar guru..bertapa kuatnya naluri kita utk melihat anak2 murid kita brjaya.....thanks ummi krn xpernah jemu memberi kata2 semangat utk nza.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
betul tu dinas, semua tu brgantung pd sikap mrk juga dan yg pnting keluarga juga......InsyaAllah moga mrk semua berjaya.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mummysyafie
ttp skrg ni nor juga setaraf dgn org2 cemerlang.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to munnafendy
Syukurkan kalau kita sntiasa ingat pd cikgu2 kita..mrk byk brjaya hingga kita brjaya.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to dalila
semua cikgu ingin melihat anak2 murid brjaya..InsyaAllah semoga terus brjaya n xlupa jasa2 cikgu2...

NzA berkata...Reply To This Comment

to Bee
hi.hi.hi....
Setiap cikgu ada cara yg trsendiri Bee....

Aziela berkata...Reply To This Comment

Syabas kak. Saya berterima kasih dengan akak kerana menjadi seorang guru. Bukan semua orang ikhlas menjadi guru untuk mendidik... Semoga semua guru2 di Malaysia ada sifat murni seperti akak...

NzA berkata...Reply To This Comment

to aziela
sama2...semua guru punya naluri yg sama azie, ingin melihat pelajar mrk cemerlang cuma tkdg kita trlepas pndang anak2 sebegini......

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

sgt tersentuh baca entri ni.speechless sy..hampir menitiskan air mata..:)

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
itulah hakikat anak2 sebegini..mrk juga ada perasaan n ada cita2 utk maju....

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

betul kak... betapa hebatnya penangan seorang guru yg sabar macam kak nza nak handle anak2 murid sebegini. motivasi terbaik tentunya doa supaya mereka semua berjaya kan kak....

NzA berkata...Reply To This Comment

to izan
handle anak2 mcm ni mmg kena byk brsabar...mrk bijak ttp agak nakal...cuma bila kita dekati mrk baru kita tahu mrk anak2 yg brpotensi........

Unknown berkata...Reply To This Comment

saya suka n3 nih.. tahniah kak..

saya sedih jika anak2 dr kelas yg kurang bijak dipinggirkan..

sedih tau bila ade cikgu yg ckp.. "kalo dah bodoh tu, ajar lah camana pun, x denya nak pandai'..

walaupun tdk dituju pd saya.. tp saya terasa...

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak yong
Thanks kak yong.
Mrk juga ada cita2 n keinginan, cuma mungkin peluang utk mrk agak trbatas....akak sedih jika mrk dipinggirkan krn mrk juga punya kelebihan..InsyaAllah kalau digilap mrk lebih brjaya......

Sabo jelah kalau ada cikgu brkata mcm tu.....kalau dh pandai xperlu mrk belajar krn tugas cikgu mendidik dan memberi ilmu kpd aNAK2 didik.......

About me