Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 Disember 2011

Kisah Hari Ini + Batik Sarawak.

Hari ini lambat sikit update blog.
Seawal pagi bergegas ke sekolah.
Menyiapkan apa yang patut sebelum bercuti.

Balik sekolah terus ambil Along hantar ke SK.
Hari ini Along menduduki paper tambahan , Akaun.
Kalau ikutkan paper aliran sains tulen dah tamat tetapi di atas cadangan ibu, 
along mengambil 1 subjek tambahan iaitu akaun.
Along ambil 10 subjek semuanya.....
Along merealisasi impian ibu yang berkubur dulu.
Cita-cita ibu untuk memasuki aliran perdagangan semasa 
di tingkatan 4 ditolak oleh JPN setelah dibuat rayuan.
Memandangkan ibu dapat A1 dalam Sains, Matematik 
dan beberapa subjek lain semasa SRP(sekarang PMR).
Abah juga tidak setuju dengan tindakan ibu.
Akhirnya ibu terpaksa akur dengan keadaan.....
Nak tak nak ibu terpaksa melangkah ke aliran Sains tulen yang amat-amat
tidak ibu minati.........
Tapi itulah, peluang pelajar dalam aliran sains tulen
terbuka luas bila kita cemerlang dalam SPM.
Ibu mendapat 3 tawaran serentak, Matrikulasi UPM, UiTM dan Institut Perguruan.
Oppsss!!! panjang pula melalut...
Usah dikenang kisah silam...he.he.he.......

Hari ini ibu nak cerita tentang lain sebenarnya.
Balik sekolah hati berbunga riang.
Ibu terima bungkusan dari seberang.
Bukan dari Indon ye tetapi dari Sarawak.
Beberapa minggu lepas ibu ada order lagi kain batik Sarawak dari Ummiross .
Ibu order 44 helai tetapi Ummiross pos dahulu 17 helai,
dan baki 27 helai untuk staf sekolah ibu buat uniform dalam proses....

 ni ha bungkusan yang tiba......

ini kain2nya.Gambar kurang menarik...
Maklumlah tukang snap gambar ni spesis kalut sikit....he.he.he....
kalau nak tengok semua ni sila klik ke blog Ummiross...
Ibu order untuk diri sendiri dan rakan-rakan.
Melaram sakan la kami dengan kain batik next year....he.he.he....
2 minggu lepas ibu dah order 11 helai...
Habis dirembat kawan2 sebelum ibu sendiri sempat pilih.
Klik sini .
Kebetulan ibu guna alamat SK..

Kali ni ibu minta Ummiross pos ke rumah..
Wakaka.....baru puas hati pilih sesuka hati......

Kainnya memang lembut sangat2
dan amat sesuai untuk dipakai dengan kebaya atau baju kurung....
Kalau tak percaya silalah order..Sila percaya!!!!!.

 yang bestnya dapat 1 free dari ummiross......
Thanks  a lot Ummi....Sayang ummi...muah!!!!!!!

p/s:
Alhamdulillah, Farouk dh ok sikit.
Terima kasih di atas doa  kawan2....
Malam tadi Ayah bergegas pulang dan sempat bawa Farouk ke klinik....

26 ulasan:

HASNAH berkata...Reply To This Comment

Assalam nza, cantiknya.. dh lama berkenan ngan batik serawak ni, tp x smpt plak nk order.. nanti nk terjah jugak la blog ummiross tu, hihi..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

cantik sgt batik umi ross nie..berkenan jugak tgok..mmg lawalah..

NzA berkata...Reply To This Comment

to Hasnah
mmg cantik2 Has...sila ke sana n sila jamu mata....semuanya cantik2....

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
mmg sgt2 cantik n berbaLOI2 kalau order.......

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

oh yer dtg sini sedap plak dok dengaq lagu kisah dongeng..haha takmo keluar..:)

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
hi.hi.hi...Beby la tu punya kerja PK...best gak lagu ni..makin syok la ibunya melayan blog.....he.he.he...

ummiross berkata...Reply To This Comment

Hehe terima kasih NzA, moga2 semakin murah rezeki, terima kasih atas sokongan, Muah!!!
@Puan Hasnah dan Puan Kutu, terima kasih, jemput singgah cuci2 mata, tak beli pun takpe, dapat berkenalan pun ok..

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
sama2 ummi.....cuma ni jer mampu tlg promosi kain batik ummi yg cantik tu.......

wahida berkata...Reply To This Comment

semua pun cantik2 kak..geram je tgk...

Cikli berkata...Reply To This Comment

kain doa ibu mana?

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Cantik sungguh rupanya kain batik Sarawak tu ya!

Teratak Hami berkata...Reply To This Comment

Kak,
Kain ni 4 meter ke? Atau untuk buat kain jek?

Maya Mayana berkata...Reply To This Comment

cantik kain2 tu...nantilah tgu gaji..hehe

ucu ckp nk siapkan umah atok mak dulu...emm yana tk kisah hobi ucunya tu,kalau control sgt pun org lelaki tk suka, janji bukan duit yana..haha :P

NzA berkata...Reply To This Comment

to wahida
mmg semuanya cantik dan mengeramkan......

NzA berkata...Reply To This Comment

to yana
mmg cantik2 yana....

2lh, akak pn xkisah dgn hobi abg asalkan dia xmenyusahkan kita...he.he.he....

NzA berkata...Reply To This Comment

to cikli
kain doa???? kain apa tu???? xpernah denga la.

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
mmg cantik sgt2 dinas....

NzA berkata...Reply To This Comment

to Hami
2 semua kain batik sarong..2M dan ada juga ummiross jual kain pasang....

Munn Jaafar berkata...Reply To This Comment

batik sarawak ke? xpernah pakai lagi kak

Dilla Ady berkata...Reply To This Comment

batik ni mcm songket pulak..cantik corak die..wahhh...bes la melaram batik sume cikgu2 kt skola akak nnti..

Nur berkata...Reply To This Comment

Banyaknya Kak Nza beli kain. Yati tak pernah try kain batik sarawak. :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to munnafendy
kainnya sgt2 lembut...cantik utk dipakai dgn kebaya n baju kurung....

NzA berkata...Reply To This Comment

to dilla
kebykkan corak etenik srwk tu dilla...

2lh kitaorg pakat2 nk melaram dgn kain batik srwak....

NzA berkata...Reply To This Comment

to yati
akak order utk diri sndiri dan kwn2 juga tu yati..skali dh order terus jatuh hati....

Unknown berkata...Reply To This Comment

beum pernah ade koleksi batik sarawak nih.. tp dah byk juga tgk dlm blog, cantik2 coraknya..

namoaknya cikgu2 sek nanti melaram berjemaah la dgn batik sarawak... ;)

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

wahh... mmborong kain batik srwk ye kak.. ;) takper pakai ramai2 dgn kengkawan..hehe :p

About me