Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 Disember 2011

Farouk + Ketam....

Semalam ibu ke sekolah menyiapkan beberapa tugasan sebelum bercuti.
Dan si Farouk yang dah agak ok pun sibuk nak ikut ibu......

 Muka budak yang tak begitu sihat.
Melepak kat tepi padang sekolah menyaksikan latihan bola jaring.

Malamnya Ayah bergegas balik dan kami bawa farouk  ke klinik....
Punyalah ramai orang kat klinik.
Rasanya kami ni antara peserta terakhir.
Pukul 10.30 malam baru terima rawatan...hu.hu.hu...
Malam tadi badannya masih panas walaupun doktor bekalkan antibiotik..

 ni gambar hari ini, Farouk dah nampak lebih sihat.
Masih jadi bodyguard ibu ke sekolah.
Siap jadi pemantau abang-abang tuisyen yang sedang buat latihan Matematik.....

 Ibu risau juga sebab badan Farouk panas sangat.
Risau kalau kena demam denggi je..Minta selisih..Nauzubillah......
Hari ini ibu masakan sup ketam.
Kata orang, sup ketam ni bagus bagi demam denggi....
Punyalah tak senonoh ibu ni.
Balik rumah terus bersihkan ketam2 tu dan main humban je dalam periuk.
Malas dah nak buang kaki2nya tu....he.he.he....

Dan ibu layan makan roti bakar dengan aiskrim vanila.
Aiskrim tu ayah belikan untuk farouk.
Biasanya kalau demam  tonsil farouk bengkak dan aiskrim vanila inilah penawarnya......

18 ulasan:

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

farouk masih blm sihat ke kak? alahaiii....sian plak tgk dia, muka tak bermaya je...

dah lama tak layan eskrem ngan roti kak...

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

siratu dah lega demam, sekrg ni dok batuk n sesema le pulak

NzA berkata...Reply To This Comment

to izan
dh ok sikit hr ni izan...mmg lesu je dia...asyik baring jerrr...

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
musim hujan mmg senang kena batuk n selsema su..get well soon..take care.....

mamaijat berkata...Reply To This Comment

.....cepat pulih 100% Farouk..
nanti kan nak JJCM.....
mamaijat doakan semuga semuanya under control...
InsyaAllah...

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
InsyaAllah, moga cptlah pulih...risau.
Thanks mamaijat....

Cikli berkata...Reply To This Comment

ibu tahu apa yang terbaik utk anak. semoga sihat farouk.

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Sian Farouk..nmpk muka dia tak sihat tu..moga cepat sembuh ye..
sedap tu sup ketam kak..

ummiross berkata...Reply To This Comment

Farouk nampak macam tak sihat lagi. Get well soon ye Farouk..
Bestnya sup ketam, orang sihat pun teringin nak makan ni...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

keiannya farouk.Aiman pun demam gak nie..

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Muka dia nampak letih sangat, kesian Farouk. Na'uzubillah, janganla kena demam deng** tu :(

Unknown berkata...Reply To This Comment

siannya demam pulak...

kaki ketam tu lah yg sedap kak... ;)

Dilla Ady berkata...Reply To This Comment

nmpk cengkung tak bermaya pulak muke farouk..takpe, makan ubat rajin2 tau farouq biar cepat sembuh..

dilla dgr jugak org kate bagus sup ketam tuk org kena denggi..takpe la cube jek kak, mane tau berkesan..tpi mintak dijauhkan la farouq kena denggi..

mummyrinazone beauty berkata...Reply To This Comment

mcm mana farouk kak?dah sihat?sup ketam mmg sedap n bagus tuk demam denggi..tapi harap2 jauhlah dr demam denggikan...

Nur berkata...Reply To This Comment

Musim orang demam sekarang ni, kak. Oh, sedapnya tengok roti bakar dan aiskrim vanilla! ^_^

ct N honey berkata...Reply To This Comment

sebelum melrat baik cegah dulu,dengar juga klu dmm denggi sup ketam ubatnya

anggunpesona berkata...Reply To This Comment

Saya pun selalu kena bengkak tonsil bila demam. Makan antibiotik pun kekadang tak lega. Ada kawan saya sampai kena buat minor operation untuk buang tonsil. Skrang dah ok nampaknya.
Moga farouk dah pun sembuh ye nanti nak balik kg.

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

alahai sian farouk ...

betul kak,sup ketam ubat utk denggi..insyaAllah ...

About me