Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

28 April 2019

Hot Ballon CAPPADOCIA TURKI

Day 6-Daerah ke 6 ( 21.3.2018 )

Saat yang ditunggu-tunggu.
Tempat yang paling popular kalau ke Negara Turkey ialah naik
Hot Ballon di Cappadocia.
Cappadocia ni sebuah daerah yang agik terpencil dan belum membangun
berbanding daerah-daerah lain di Negara Turkey
tetapi dikelilingi pemandangan yang sangat unik dan cantik.

Seawal pagi kami dah bertolak ke sana dengan menaiki van.
Tak semua ahli rombongan pergi sebab kalau nak ke sini  dikenakan bayaran berasingan.
Tiada dalam pakej sebab tak semua orang berani naik Hot Ballon.
Takut...gayat....risau..

Perkhabaran awal kami terima,
Untuk naik Hot Ballon ni bergantung pada keadaan cuaca.
Kalau berangin memang ballon ni tidak boleh terbang sebab merbahayakan keselamatan diri...
Semasa kami di Cappadokia ni suhu antara 5-7 darjah celcius dan berangin.
Alhamdulillah rezeki hari tu anginnya tidak begitu merbahayakan.

Untuk naik Hot Ballon ni bayaran dikenakan berjumlah USD210=RM890+ seorang.
Bagi yang berani dan nak rasa cabaran memang berbaloi-baloi la naik kan.

Proses untuk mengisi gas sedang berjalan lancar....
Akibat cuaca sejuk..ibu tak rasa pun panas atau 
bahang walaupun berada berhampiran belon tu.

Beberapa buah belon dah siap sedia dinaikkan....
Dalam 1 bakul boleh memuatkan seramai 8-10 orang.

Ok...posing berlatarbelakang belon yang dah siap diisi gas.

Memang banyaklah belon-belon tu sedia untuk membawa pelanggan.

Cantikkan.....

Berlatarkan belon udara panas....
Cantik sangat kalau lihat secara live.
Kawasan ni bukit-bukit batu yang sangat unik.

View di persekitarannya dikelilingi bukit-bukit batu.
Ada juga ibu lihat rumah-rumah dibina di dalam gua batu tu....

Keadaan cuaca masa ni sangat sejuk + berangin.....

Kami juga dibawa ke suatu tempat di atas bukit yang dipenuhi 
batu-batu yang cantik dan pelbagai bentuk.
Daerah Cappadocia ni memang terkenal dengan pemandangan dan bukit batu-batu yang cantik dan unik.
Cantik sangat view di sini.

Bersama Ommar yang merupakan pemandu pelancong kami berbangsa Turkie tapi
fasih berbahasa Indonesia.

Along dan Ommar



Antara view yang cantik....

dan sini...

Kat atas bukit ni juga disediakan alat teropong tu.
Boleh nampak cerung-cerung yang dalam....Mak aiiii....gayat.

Along mencuba teropong...

Dalam 2-3 jam juga kami kat sini.
Banyak pengalaman indah di sini.

Kami meneruskan lagi perjalanan ke suatu destinasi yang menarik.
KLIK SINI :
Part 2-Istanbul
Part 3-Bursa
Part 4-Uludag

Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL

27 April 2019

Bowling Sempena Hari Guru 2019

26.4.2019 (Jumaat)
Melaka Internasional Bowling Centre
MIBC


Kisah semalam.
Sekolah ibu adalah program Rehlah Santai Tenpin Boling 2019.
Ibu...Farouk dan Kakak Naurah join. 
Ayah berada diluar kawasan so tidak dapat join bersama.

Geng Kaum Wanita....

Geng Kaum Lelaki

Sebelum mula kita posing dulu.


Muka tak sabar nak ber boling...


Geng kami berpecah.
Masing-masing masuk kumpulan lain....

Akhirnya...
Farouk JOHAN berkumpulan.
Walaupun banyak bola Farouk ke longkang tapi di topup geng-geng kumpulannya
yang boleh tahan teror bermain boling.
Ibu pula dapat Naib JOHAN berkumpulan.
Percayalah..kejayaan ini diatas kegigihan kami.
Walaupun kali pertama main boling...dengan versi "left handed' namun mampu
menumbangkan ping dengan jayanya.
Nasib orang kidal macam tulah....
Jari jemari yang nak masuk dalam lubang bola pun dah songsang berbanding
orang lain....

Geng Farouk-JOHAN Keseluruhan
Geng Ibu-Naib JOHAN keseluruhan.

Tamat permainan kita isi perut dulu.
Kami buat pot luck.
Macam-macam ada.....
Tak termakan semua tu.

26 April 2019

Mevlana Museum KONYA TURKI

Day 5- 20.3.2018

Kami bermalam di Richmond Ephesus Hotel.
Ok...Jakun kejap sebab melihat keadaan bilik hotelnya.
Dalam 1 bilik ada 3 tingkat.
Fuh....cantik dan mewah sungguh dekorasi.
Tak sabar nak guling-guling..
Tak tahu nak pilih tidur kat tingkat mana.
Katilnya pun mampu mengundang mimpi indah.....


kita isi perut dulu sebelum meneruskan misi.


Dari luar nampak biasa-biasa aje.

inilah hotel yang paling best sepanjang ibu pergi bercuti...
View nya pun cantik sebab terletak di atas bukit

Hari ke 5 kami dibawa ke Muzium Mevlana
Muzium ni terletak disebuah Kota Kecil Konya...

Ok kita bergambar dulu sebelum masuk

dan Along


kat belakang tu replika penari Sufi.
Tarian Sufi terkenal di sini.
Alahai....kalau tengok boleh pitam.
Berpusing-pusing ligat macam gasing lagaknya...ha3x


Inilah makam-makam yang menyambut kami...huhuhu

Kat sinilah terletaknya makam Jalal Ad Din Muhammad Rumi.
Beliau seorang penduduk Persia Sufi yang dikenali sebagai Meviana.

In-door

Disekeliling masjid ada bilik-bilik kecil yang dijadikan 
tempat mempamerkan bahan-bahan Sejarah.
Dah la pintu masuknya agak rendah.
kalau tak berhati-hati boleh terantuk..


Inilah antara biliknya.
Kecil je saiznya

Jadinya kami kenalah jelajah dari bilik ke bilik......

Pelbagai versi Al-Quran dipamerkan dengan sejarah yang tersendiri.


Paling hujung ada sebuah bilik yang lebih luas.
Di situ menempatkan patung-patung dengan jalan ceritanya yang tersendiri.
Patung ni ditempatkan di bilik yang lebih besar.

Ok...ibu pun nak menyelit....

dan ini.....

Setelah selesai keluar/masuk dari bilik ke bilik untuk menyaksikan 
barang-barang sejarah kami menuju ke masjid yang terletak di tengah-tengah kawasan.

Ini view di dalam masjid.
Kami sempat solat di sini....
Kat dalam masjid pun ada makam...







Ini pula Sultanhani Caransary.
Sebuah caravan yang macam kubu.
Kalau kat sini kita akan terpegun melihat senibinanya yang klasik dan unik.
Kebetulan semasa sampai ke sini sudah lewat petang.
Tidak berpeluang masuk ke dalam sebab pintunya bertutup.
Tidak ada rezeki.
Huhuhu.....

Kami meneruskan perjalanan ke Daerah Cappadocia.

KLIK SINI :
Part 2-Istanbul
Part 3-Bursa
Part 4-Uludag


Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL


About me