Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 April 2019

Gunung Salji ULUDAG TURKI

Day 2-Daerah ke 2 (17 Mac 2018)

Bersua kembali.
Baru selesai percutian ibu di Korea.
Kisah 1 tahun lepas dan ibu baru ada mood untuk update di sini....huhuhu...
Sambungan kisah Kembara ke Negara Turkey selama 10 hari 8 malam yang tergendala...
Hari ke 2 kami sepakat untuk bermain salji di Pergunungan Uludag, Daerah Bursa.
Uludag ni bermaksud Gunung Besar dan terletak di atas sebuah pergunungan.
Ketinggian Uludag ni lebih kurang 2, 543 m dari aras laut..

Semakin tinggi bas menuju ke atas semakin banyak salji di kiri dan kanan jalan...
Waaaaaaaaa.....gembiranya rasa sebab punyalah masing-masing exited nak main salji...he3x
Kiri dan kanan jalan dipenuhi salji....berbunga riang hati mokcik...ha3x....

Dan akhirnya....
Ok posing dulu sebelum masuk ke tempat meluncur...
Kat luar ni salji agak kotor.
Ibu pun tak pasti kenapa..
Mungkin tempat pertembungan antara tanah dan salji.

Fuh...memang ramai rupanya orang datang kat sini untuk bermain salji termasuk la kami...
Nak masuk ke sini perlu ada tiket.
Nak sewa peralatan ski pun ada disediakan di pintu masuk.

Kat sini memang tempat terkenal untuk bermain ski.
Emmmmm...kami sekadar main ais kepal jelah.
Teringin jugak nak meluncur atas ais tapi tau-taulah kan..
Risau nanti jatuh tergolek ala-ala beruang kutub.....
Haaaa....sapa nak tanggung malu nanti...ha3x.....

Kemain exited lagi along ni......
Walaupun sejuk beku tapi gigihlah main "ais kepal"....
Main baling-baling ais..main golek-golek atas salji.

Geng-geng yang terlebih teruja....
Maklumlah kan...kat Malaysia mana nak jumpa salji ori.
Salji buatan adalah tapi 100% berbeza...
Sangat-sangat berbeza..Percayalah.

Tak dapat meluncur dengan ski...meluncur dengan banner pun jadilah ye anak...ha3x.

Kami posing jelah...blurrrr...tak tahu nak buat apa...ha3x...

Ok...posing lagi dan lagi.
Tapi tak banyak pun gambar kat sini.
Mungkin sebab terlalu sejuk...
Otak pun jadi beku...
Neutron-neutron otak lambat berhubung.

Main kepal-kepal ais jelah ye Along....

ok..ok...last.

Tak lama sangat kami kat atas ni sebab masing-masing dah kesejukkan.
Rasanya dalam 2 jam je kat sini.
Itupun rasa dah berjam-jam......

Setelah penat main baling-baling salji, kami lepak sekejap di dalam cafe.
Kat cafe ni ada dijual fastfood.
Bolehlah sekadar panaskan badan dengan menghirup air panas dan alas perut dengan kentang goreng.

Akhirnya kami pun turun dari pergunungan Uludag untuk menuju ke destanasi seterusnya..

KLIK SINI :
Part 1-Kembara Turkey
Part 2-Istanbul
Part 3-Bursa

Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL

18 April 2019

TRIP KOREA-Selamat Tinggal KOREA

Day 6-29.3.2019 (Jumaat)

Selesai sudah siri jelajah ibu di Bumi Sonata.
Banyak kenangan indah terpahat di sudut memori.
Emmmm...entah berapa lama la ianya bertahan.

Seawal 5.30 pagi kami check out dari M Hotel.
Bye..bye...M Hotel.
Penginapan yang selesa....

Menuju ke airport.
Singgah bersarapan dulu dan menghabiskan saki baki duit wang 
di kedai bersebelahan restaurant.
Ibu ni jenis yang agak cerewet bab-bab tanda halal.
Teliti satu persatu.
Ada orang jenis tak kisah.
Main beli je. Itu hak masing-masing kan.
Ok...sarapan dulu.
Mee udong versi Korea.

7.40 pagi kami dah kat airport.
Check in. 
Urusan berjalan lancar.
Macam biasa la airport antarabangsa. Luas dan besar.
Beratur panjang diimagresen adalah perkara biasa.
Kena berjalan jauh untuk ke tempat menunggu pun perkara biasa.

Posing sedas dibalai menunggu.
Ok..baju sejuk dah boleh buka...

Menunggu pun tak la lama sangat sebab banyak habis masa kat imagresen dan 
terpaksa berjalan jauh menuju ke sini.

Penerbangan selama 3 jam dari Korea ke Hanoi.
Ni airport Hanoi, Vietnam.
Transit selama 2 jam
Penerbangan dari Hanoi ke KLIA selama 
2 jam 30 minit.
Perjalanan pergi balik kami menaiki pesawat Vietnam Airlines



Antara menu yang dihidangkan dalam penerbangan pergi dan balik.
Dari Hanoi ke Seoul dan Seoul ke Hanoi
Ayam grill bersama sayur-sayuran.
Rasanya oklah. Boleh tahan sedap.


Menu ni juga dihidangkan sepanjang penerbangan dari 
KLIA ke Hanoi dan Hanoi ke KLIA.
Ibu memang tak boleh telan lah nasinya tu sebab nasi dimasak bersama kekacang.
Pelik je rasanya tapi udang + sotong tu boleh la. 
So ibu sekadar makan lauk jelah.

Rezeki OTW Hanoi ke KLIA kami dapat tempat duduk sederet.
Apa lagi....kemain la Timah tu bergelak ketawa bila dengar kisah lucu.

dan kesian si adik manis ni terpaksa duduk sederet dengan jejaka berdua ni.
Masak la telinga anak dara ni kena usik sepanjang perjalanan.
Sebelah Iqa tu Cikgu Lim merangkap ketua rombongan kami...

Bye..bye Korea...

KLIA.....kami pulang ke pangkal jalan.....
Dan akhirnya....
Ibu tiba di Malaysia pada pukul 8.30 malam waktu tempatan.
Di sambut oleh adik sekeluarga.
Juga en suami.

Seribu kenangan indah terukir.
Semoga Allah kurniakan lagi rezeki untuk melangkah melihat dunia luar....
Insyaallah.....

Terima kasih tidak terhingga buat Timah...Iqa dan Saharah kerana menjadi geng travel ibu.
Semoga kita diberi ruang dan peluang lagi untuk terbang bersama-sama melihat ciptaan Allah.
Terima Kasih Allah di atas segala rezeki yang Kau berikan.

Klik Sini :
Part 1-Ku Datang
Part 2-Pulau Nami
Part 3-Namsan Park
Part 10-Makan-makan

Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL

17 April 2019

TRIP KOREA-Restauran HALAL di KOREA

Day 1-6 (Ahad-Jumaat :24.3.2019-29.3.2019)

Bersua kembali.
Ni dah nak penghujung kisah di Korea.
Jangan ada yang muak dan termuntah jelah....he3x....
Kalau tak catat kat sini semua memori ini akan luput dalam ingatan ibu.

Ok kali ini kita cerita pasal makan-makan di Korea.
Kalau ibu pergi travel oversea perkara utama ibu pentingkan pasal makanan.
Maklumlah kalau pergi negara bukan Islam kita perlu berhati-hati.
Sebab tu ibu lebih selesa pergi dengan pakej yang dah lengkap.
Paling best dengan TURSINA TRAVEL ni.
Makanan best...hotel best....
Dah lebih 10 negara kat dunia ni ibu terbang....Memang berbaloi-baloi.

Mahal sikit tak kisah sebab yang penting keselesaan
Tapi bila ibu search harga pakej TURSINA ni lebih murah..
Makan...tempat tinggal..pengangkutan dan kebajikkan dijaga sebaik mungkin...
Tapi itu terpulang pada individukan.
Lain orang lain caranya kan.....

Semasa di Korea kami dijamu dengan pelbagai jenis makanan dari restaurant yang berbeza.
Kami dibawa ke restauran makanan Korea, Jepun, Thailand, Turki dan Pakistan.
Semuanya terbaiklah.

Mungkin kalau orang yang cerewat bab-bab makan akan hadapi masalah la.
Ada individu yang memang tak boleh hidup kalau tak makan masakan Melayu...ha3x...
Ada yang bawa bekal serunding..sambal tumis...budu dan 
macam-macam makanan yang boleh tahan lama.

Ni cafe kat M Hotel.
Breakfast je kami makan kat sini.

Ni sarapan pagi.
Hotel kami menyediakan makanan halal dan ada sijil halal antara bangsa.
Hotel kami di Seoul ialah M Hotel.
Semasa di MT Sorak kami menginap di sebuah aparment yang spesis hotel.
Lupa pulak nak snap pic sarapan pagi di sana.
Lagipun ibu makan roti je....

A. Menu Versi Korea

Pergi Korea kalau tak makan menu Korea memang rugilah.
Menunya sangat simple tapi sihat.
Dada ayam + sos Korea + sayur-sayuran.
Masa nak makan baru makanan tu kami masak sendiri di situ.
Memang fresh.
Orang Korea mementingkan kualiti makanan.
Boleh dikatanya semuanya fresh.
Setiap hidangan banyak aksesori sampingan walaupun dalam kuantiti yang sedikit.


Ni makanan versi Korea.
Ibu pun tak tahu apa nama restauran sebab semua ditulis dalam tulisan Korea.

Ok...kita perhati kan dulu apa benda dalam dulang tu...
Tak sabar nak rasa hidangan tu.
Setiap kali pergi oversea ibu suka mencuba pelbagai menu tempatan.
Barulah kita boleh compare dengan negara-negara lain kan....
Kalau datang oversea sekadar nak makan nasi lemak..roti canai...nasi minyak
 tak berbaloi la sebab setiap hari kat Malaysia kita boleh dapatkan masakan tu.

Gigih mokcik memasak.....
Faktor utama sebab dah lapar dan exited nak rasa menu Korea.

Ini kat restaurant lain pulak dan hari yang berlainan.
Makanan untuk tengahari juga.
Ini pula nasi yang di atasnya diletakkan pelbagai akesesori seperti
 telur dadar + carrot + sotong + sayur-sayuran + mushrum dan beberapa lagi bahan lain.
Masa nak makan semua bahan tu kita digaul sebati ala-ala makan nasi kerabu..
Selain tu disediakan juga
 fish cake + bilis digoreng garing + ikan bakar mackerel yang sedap tu..
Kimchi memang wajib la ada kan....

Ok kali ni kita makan bersila ye......

Diaorang memang mewah dengan aksesori.
Kalau tak silap ni semasa kat Kimchi School.

B. Menu Pakistan

Restauran ni terletak berhampiran Central Mosque di Itaewon Seoul.
Restauran Halal memang banyak kat area sini.
Sepanjang jalan nak ke Masjid memang restauran halal je.
Pilih je menu dari negara mana yang teringin.
Malaysia...Indonesia...Arab...Pakistan...turkie..Korea...China...semua ada kat sini.

Kami dibawa ke salah sebuah restauran Pakistan area sini.
Sedap sangat menunya. Semua sesuai dengan selera kami.

Iqa dan Timah

Saiz restauran sederhana je.
Ni dekorasi kat dalamnya....

dan ini....

Memang sedaplah menunya.
Macam biasa ada kari ayam + ayam masak tandori + ayam goreng + capati + pelbagai jenis dalca dimasak bersama daging kisar + popia sayuran dll.
Hidangan secara buffet.
Jadinya ambil apa je yang berkenan ikut selera masing-masing.
Puas hatilah makan kat sini.

C. Menu Versi Jepun

Kami juga dibawa ke restauran Jepun.
Ibu sebenarnya agak keliru dengan menu Jepun dan Korea.
'Lebih kurang je.
Cuma hidangan Jepun ni lebih manis.
Kalau hirup kuah memamg "neutron' otak ibu akan alami kejutan la.
Tapi bila dah campur dengan aksesoei lain rasanya oklah.
Ada masin..pedas..masam....manis..semua sebati dalam mulut.
Ha..Hambik....pelbagai aksesori yang ada keliling menu utama.

Ni semasa dinner disebuah restauran Jepun

Hidangan untuk individu...

Daging ni macam kuah sup tapi manis.
Bila dicampur semua akesori tu hilanglah rasa manisnya......

Ni semasa makan malam disebuah restauran Jepun jugak.

Sarapan pagi hari terakhir di Korea.
Kami dihidang dengan mee udong
Kuahnya manis macam kuah-kuah sup masakan Jepun.

Bersama geng travel dari Kelantan.

Dan ini....


Ini la mee nya bersama akoseri.

D. Menu Versi Turki

Restauran ni pun terletak di area Itaewon.
Kawasan yang banyak terdapat restauran halal.
Ok kita posing dulu...

Kami dihidangkan dengan roti dan sup dulu sebagai pembuka selera.
Selagi tak habis makanya diaorang tak hidang la makanan kami kecuali
kalau kami cakap tak nak makan sup tu...

Peringkat ke 2.
Ayam grill bersama sos Turkey.
Nasi tu rasanya macam aksesori je sebab lauknya yang terlebih besar.
Sekeping dada ayam bersaiz XL kot....
Kenyang dengan lauk jelah.

E. Menu Versi Thailand

Kami juga dibawa makan malam disebuah restauran Thai.
Menu semua ala-ala Thailand.

Satu ni je restauran yang ibu snap gambar....walah...

Ini menunya...tomyam + telur dadar + sayur goreng + taugeh +  ikan panggang + sotong kicap dll

Tomyam seafood pedas berapi.
Tapi boleh tahan la rasanya.
Kat Korea ni setiap kali makan kami cuma dihidangkan air sejuk je.
Sepanjang restauran yang ibu pergi memang tak jumpa la air sirap ke...air oren ke....
Memang trend restauran diaorang agaknya kot camtu.

Ok selesai versi JJCM Korea.
Nanti jangan lupa episod terakhir ibu sebelum kembali ke pangkal jalan.....

Klik Sini :
Part 1-Ku Datang
Part 2-Pulau Nami
Part 3-Namsan Park

Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL



About me