Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 April 2019

TRIP KOREA-NAMI ISLAND

Day 2-Nami Island 25.3.2019 ( Isnin )

Dari Incheon Airport (KLIK SINI)
kami terus bergerak ke Nami Island.
Ya Allah sejuknya rasa.
Suhu 2 darjah celcius.
Maklumlah semasa tiba kat Korea cuaca kat Malaysia sangat panas.....

Ok....posing dulu...
Kat belakang tu sebenarnya toilet...ha3x.....

Kami menaiki Lake Cuise.
Sebenarnya Nami Island dekat je dengan jeti.
Kalau sanggup berenang boleh la cuba....
Nami Island ni berada di tengah sebuah tasik.
Pada pandangan mata ibu bentuknya macam karipap...
Ha3x....dah kenapa...pulau pun nampak macam makanan...sabar jelah
Perjalanan ke sana tak sampai 20 minit kot.
Ni gambar dalam cuise tu.
Tak sempat nak gigil2 dah sampai. Ha3x.

Bongkah ais yang masih bersisa di tepi jeti.

Ni berhampiran dengan jeti....

Sebelum masuk posing dulu sedas.
Ibu beruntung sebab Hatimah dan Iqa ni jenis suka bergambar.
Sarah pun sama. Snap sana..snap sini.
Sampai ibu boleh lupa kewujudan handphone ibu sendiri...ha3x....
Tq uouls..lap U so much


Ada je geng travel yang bermurah hati snap gambar kami.
Model-model dari Malaysia ni pulak sporting semacam...ha3x..
Mentang-mentang la berjalan solo, kemain gedik ye.

Si jejaka kat belakang tu yang paling rajin snap pic kami.
Yang paling kanan tu wife dia.
Dua-dua cikgu. Baik dan sangat peramat..Suka buat lawak.
Kadang-kadang dia tak buat lawak pun kami mampu gelak sampai sakit perut.
Paling tak tahan setiap kali Cikgu  Amid nak snap pic kami,
punya la kami senyum sampai penat baru dapat sekeping.
Tu belum lagi dia tersilap tekan rakam video....
Alahai bila balik hotel tengok gambar dan video
 yang dia post kat w.apps group tu mau gelak guling-guling dibuatnya...
Cannot brain....ha3x.

Ok...sambil jalan pun ada orang snap pic...kalah retis kot....

Emmmm...terubat la kesedihan bila tengok replika pokok berdaun.
Satu-satunya pokok yang tak "botak"...
Maklumlah plan kononnya datang Korea nak guling-guling atas bunga sakura tapi hampa....
Emmm....masih lagi penghujung musim sejak rupanya...bertabahlah.

Deko2 dari botol yang di"penyekkan"...
Memang kreatiflah diaorang ni.


Patung tu jugak dari bahan recycle.

Hai...awak??????

Cakkkk...sapa yang paling cubby antara kami berdua...
Confirm la si hodoh tu lebih cubbykan...
Ibu rasa ibu sorang je yang berselera posing kat binatang tu.
Kawan-kawan yang lain tengok pun tak selera....ha3x....

Kalau datang Korea wajib bergambar kat sini.
Replika kisah "Filem Winter Sonata" yang femes kat Malaysia suatu ketika dulu.
Ibu pun tak pernah layan cerita ni.
Tau kisah ni pun dari mama...ha3x......


Botak pun botak la wahai pokok....apapun view tetap chantek.

Depa ni memang kreatif la...Batu pun di susun jadi cantik.....

Sarah dan iqa

Sejukkkkkkkk

Semasa ibu datang...diaorang tengah upgrade kawasan ni dengan pelbagai replika.
Kalau ada rezeki suatu hari nanti teringin rasanya nak datang pada musim bunga.
Mesti semua tu dah siap di binakannnn.....

Setiap sudut disediakan unggun api...Emmm kalau kat Malaysia rasanya
kalau nampak unggun ni mesti lari jauh-jauh sebab panas.
Bila sejuk beku macam ni kami jadi macam lebah mengemurungi bunga.....
Eh...betul ke eja macam tu...........

Ok...rasanya cukup dulu la kisah kat Nami Island.
Gambar memang dapat ribu riban.
Berpinar biji mata nak pilih.....
Nanti kita jelajah ke tempat lain pulak ye........Jommmmmm

Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL.
Perkhidmatan terbaiklah.

0 ulasan:

About me