Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 April 2019

TRIP KOREA-Selamat Tinggal KOREA

Day 6-29.3.2019 (Jumaat)

Selesai sudah siri jelajah ibu di Bumi Sonata.
Banyak kenangan indah terpahat di sudut memori.
Emmmm...entah berapa lama la ianya bertahan.

Seawal 5.30 pagi kami check out dari M Hotel.
Bye..bye...M Hotel.
Penginapan yang selesa....

Menuju ke airport.
Singgah bersarapan dulu dan menghabiskan saki baki duit wang 
di kedai bersebelahan restaurant.
Ibu ni jenis yang agak cerewet bab-bab tanda halal.
Teliti satu persatu.
Ada orang jenis tak kisah.
Main beli je. Itu hak masing-masing kan.
Ok...sarapan dulu.
Mee udong versi Korea.

7.40 pagi kami dah kat airport.
Check in. 
Urusan berjalan lancar.
Macam biasa la airport antarabangsa. Luas dan besar.
Beratur panjang diimagresen adalah perkara biasa.
Kena berjalan jauh untuk ke tempat menunggu pun perkara biasa.

Posing sedas dibalai menunggu.
Ok..baju sejuk dah boleh buka...

Menunggu pun tak la lama sangat sebab banyak habis masa kat imagresen dan 
terpaksa berjalan jauh menuju ke sini.

Penerbangan selama 3 jam dari Korea ke Hanoi.
Ni airport Hanoi, Vietnam.
Transit selama 2 jam
Penerbangan dari Hanoi ke KLIA selama 
2 jam 30 minit.
Perjalanan pergi balik kami menaiki pesawat Vietnam Airlines



Antara menu yang dihidangkan dalam penerbangan pergi dan balik.
Dari Hanoi ke Seoul dan Seoul ke Hanoi
Ayam grill bersama sayur-sayuran.
Rasanya oklah. Boleh tahan sedap.


Menu ni juga dihidangkan sepanjang penerbangan dari 
KLIA ke Hanoi dan Hanoi ke KLIA.
Ibu memang tak boleh telan lah nasinya tu sebab nasi dimasak bersama kekacang.
Pelik je rasanya tapi udang + sotong tu boleh la. 
So ibu sekadar makan lauk jelah.

Rezeki OTW Hanoi ke KLIA kami dapat tempat duduk sederet.
Apa lagi....kemain la Timah tu bergelak ketawa bila dengar kisah lucu.

dan kesian si adik manis ni terpaksa duduk sederet dengan jejaka berdua ni.
Masak la telinga anak dara ni kena usik sepanjang perjalanan.
Sebelah Iqa tu Cikgu Lim merangkap ketua rombongan kami...

Bye..bye Korea...

KLIA.....kami pulang ke pangkal jalan.....
Dan akhirnya....
Ibu tiba di Malaysia pada pukul 8.30 malam waktu tempatan.
Di sambut oleh adik sekeluarga.
Juga en suami.

Seribu kenangan indah terukir.
Semoga Allah kurniakan lagi rezeki untuk melangkah melihat dunia luar....
Insyaallah.....

Terima kasih tidak terhingga buat Timah...Iqa dan Saharah kerana menjadi geng travel ibu.
Semoga kita diberi ruang dan peluang lagi untuk terbang bersama-sama melihat ciptaan Allah.
Terima Kasih Allah di atas segala rezeki yang Kau berikan.

Klik Sini :
Part 1-Ku Datang
Part 2-Pulau Nami
Part 3-Namsan Park
Part 10-Makan-makan

Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL

1 ulasan:

Umi Nazrah berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah, best nya dapat bawak ibu jalan2. syukur ada nya peluang keemasan tu drpd Allah Taala ^_^

About me