Day 4- National Folk Museum @ Gyeongbok Palace 27.3.2019 (Rabu )
Ni cerita hari ke 4.
Harap-harap ada lah yang masih terus membaca.
Ke ada yang dah termuntah baca n3 ibu ni...ha3x.
apapun selagi mood tengah baik nak buat n3 ni ibu teruskan.
Risau semuanya lenyap dalam memori.
Kami dibawa ke Gyeongbok Palace ni.
Ada 2 kategori.
In door dan out door.
Tak sempat nak bergambar di pintu masuk...huhuhu...
Kita posing dulu sebelum memulakan sesi seterusnya.....
Kimchiiiiiiiiiiii......
ye..ye je ibu tu kan..nampak macam serius je dengar Cikgu Lim memberi penerangan...
Atas arahan jurukamera, Hatimah..maka kami berlakonlah ala-ala retis...
Ha3x.
National Folk Museum-In Door
Kami dibawa masuk dulu ke National Folk Museum ni...
Musiumnya sangat luas.
Kami redah jelah ikut si Ayu tu.
Jalannya "Kuasa Kuda"...stail orang Korea berjalan.
Terkedek-kedek la kami mengejarnya...Adeh...Ayu..Ayu...please la fahami hakak-hakak ni yang sekadar ada "Kuasa Itik Gembo-gembo"....huhuhu...
Sedikit sebanyak dapat la jugak tengok dan dapat info.
Snap gambar mana yang sempat je angkara si Ayu yang jalannya tak seberapa nak ayu tu.
Ok...posing dulu dengan Sahara, Iqa dan Timah...
Ni kat bahagian dalamnya
dan ini.....kat dalam ni banyak mempamirkan kehidupan orang-orang Korea pada ketika dulu.
entah periuk belanga..tempayan bagai ada kat situ....
Sekejap je kat dalam so kami berkumpul di sini untuk ke kawasan istana.
Si Ayu sedang memberi serba sedikit info pada kami....
Gyeongbok Palace-Out door
Menurut Ayu
Istana Dynasty Joseon dibina pada 1395.
Menurut cerita yang ibu dengar Istana ni telah musnah dalam
kebakaran semasa peperangan rejim Imjin (1592-1598)
Menurut Ayu, Istana ni ada 3 bahagian.
Tapi dari tinjauan ibu, ketiga-tiga kawasan tu seni binanya lebih kurang sama je.
Bila tilik gambar ibu sendiri pun keliru mana yang pertama...kedua..dan ketiga...
Walah..kan ibu dh cakap neutron-neutron otak ibu cepat putus...
Lebih kurang sama jekan...kan...kan
Gaya yang dicipta oleh Kakak Zah yang mengundang gelak tawa.
Maunya tak gelak...dah kemain kita senyum..
rupanya Cikgu Amid terakam lagi la aksi kami ni..
Ha3x...tak tahan nak gelak. Patutlah kemain lama dia nak snap pic
sampai kami rasa macam dah nak tumbang.
cannot brain....
Ni bila jumpa pokok botak sempatlah posing......
Nak lompat bintang tak larat...so posing camni jelah....
Pokok yang mula mengeluarkan putik.
sempat tangkap amoi Jepun.
Cute miut je diaorang..
Macam anak patung je...
Ini pun dari Jepun...Omel sangat.....
Selesai agenda kat sini kami meneruskan perjalanan...
Ok Jom.....
Klik Sini :
Part 1-Ku Datang
Part 2-Pulau Nami
Part 3-Mt Sorak dan Seafood Market
Part 4-Kimchi School dan Hanbok
Part 5-Everland Theme Park
Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL.....
0 ulasan:
Catat Ulasan