Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 April 2019

TRIP KOREA-SHOPPING dan SHOPPING

Day 4-5 (27 dan 28.3.2019)

Acara wajib dan paling ditunggu-tunggu 
setiap kali melancong ialah shoppinggggg...

Sepanjang di sana kami ada la dibawa ke 
Ginseng Centre, 
Cosmetic Centre, Red Pine Centre, 
Dongdaemung Shopping dan Namdaemun Shopping.

Inilah si cantik manis yang kami panggil Ayu.
Warga Korea yang sangat fasih berbahasa Indonesia.
Baik...peramah..sentiasa ceria dan tak lekang dengan senyuman.
Ayu ni amat tenang melayan kerenah kami....

Muka adik-adik manis dan mokcik-mokcik yang dah tak sabar nak bershopping.

Tempat kami berkumpul dan menunggu pokcik driver bawa kami ke destinasi.
Ni gambar depan M Hotel tempat penginapan kami.
Hotelnya sangat selesa......

Sepanjang di sana kami diangkut ke hulu ke hilir 
dengan menggunakan sebuah bas yang disewa khas oleh pihak travel.
Kami panggi bas tu Hanna.....
Ni adalah persinggahan ala-ala RnR.
Memang besar dan bersih.
Tandas pun canggih.....
Duduk lama-lama dalam tandas pun sanggup tau sebab sangat bersih dan wangi.

dan ini....

Kat RnR....Ada kedai baju, souvineer, kedai makan dan lain-lain.
Walaupun ada kedai makanan tapi memang tak beranilah nak dekat 
walaupun makanan berasaskan roti dan tepung.
Faham-faham jelah kan kalau pergi travel negara non-muslim kan.....

Ok...kita selpie dulu.....Berlatarbelakang bandar....

Red Pine Centre

Tiba di sini macam biasa kami diberi penerangan dulu.
Kemudian dibawa kesebuah bilik.
Wow..adik handsome dari Malaysia yang ditugaskan untuk memberi penerangan...
Mak aiiiii...mokcik yang dah berumur ni pun tak kelip-kelip mata tenung adik ensom tu...ha3x...
Kami ada juga buat test salur darah secara percuma.
Negara maju dan pastilah teknologi pun canggihkan...
Mampu mengoda jiwa raga untuk membeli produk mereka....

Tempat jual supliment milik kerajaan Korea...
Harganya...fuh...paling murah pun RM1200.
Ada juga geng kami beli sampai RM8000+.
Cannot brain la....
Orang "have-have" kalau setakat harga camtu letak celah beg jelah tapi bagi ibu yang
  "dont have" ni telan air liur jelah....ha3x.

Ni kat Red Pine Centre.
Pagar masuk.
Biasa lah kalau pergi centre macam ni memang tak dibenarkan tangkap gambar.
Jadinya tangkap jelah gambar kat luar.

Dongdaemun Shopping

Kami dibawa ke Dongdaemun Shopping.
Macam-macam ada kat dalam ni.
Kami terus menuju ke tempat menjual souvineer.

Biasalah kan kalau pergi travel mesti belikan sedikit kenangan untuk 
family dan kawan-kawan...
Lupa pula nak snap gambar.
Lagipun masa yang diberi dalam 1 jam lebih je....huhuhu....
Rushing la mak-mak nak memilih dan membeli....
Ok....ni sebelum acara "menabur dana" di shopping centre.

Muka yang tak sabar nak shopping......

Muka bahagia bila dapat apa yang dihajati.....
Nampak tak muka bahagianya tu....

Posing dulu sementara menunggu geng lain berkumpul...

Kat luar Dongdaemun Shopping.
Sejuk beku rasa masa ni...hu.hu.hu

Muka happy bila dah dapat apa yang diidamkan....

Muka puas hati

Kalau datang Korea jangan lupa beli buah strawberry yang sangat manis dan sedap tu.

Sepeket ada pelbagai harga mengikut saiz a.k.a gred.
Harganya berbaloi dibeli.
Sepeket tu RM7-RM12.
Murah kan.

Strawberry yang mengancam jiwa ibu....

Strawberry yang manis berkrim tu...Pasti menggoda sesiapa saja yang melihatnya.
Percayalah...muka tidak akan berkerut sebab rasanya sangat manis.

Ada nampak muka mummy tak happy?????
Takde kan...semua muka happy.
Sebenarnya kami antara geng yang berbelanja paling berhemah...ha3x....

Namdaemun Shopping.

Namdaemun ni macam pasar lambak la gayanya.
Barangan dijual dilorong-lorong kedai.
Pelbagai jenis barangan dijual seperti baju, souvineer, makanan, cosmetic dan macam-macam lagi.
Barangan kat sini dari negara China.
Peniaganya juga kebanyakkan orang Cina.
Harga kain baju boleh tawar menawar berbanding kat Dongdaemun sebab kat situ versi mall.

Ok kita posing dulu ye. Sebelum dan nanti gambar selepas....

Ribuaan manusia datang bershopping di sini.

Ok dah dapat hasil pancingan di sini.
Ibu tak beli banyak pun souvineer sebab anak-anak dah pesan tak perlu lagi ibu beli t-shirt.
Lagipun uncle diaorang selalu ulang alik ke oversea.
Dah banyak sangat dapat souvineer t-shirt....
Membazir je katanya.
Anak-anak dara pesan suruh beli mask jelah.
Hati ibu berbunga rianglah sebab harga t-shirt lebih mahal berbanding "mask"...ha3x...

Barisan "pelabur" dari Malaysia...ha3x....

Wajah-wajah ceria

 Antara kedai menjual souvineer di Namdaemun....

dan ini...

Ginseng Centre

Pusat milik kerajaan.
Tempat membuatdan menjual supliment ginseng.
Dipintu masuk kami diberi penerangan dan melihat pameran berkaitan.
Pekerja di sini fasih berbahasa Melayu dan Indonesia.
Ada kalangan mereka dari Malaysia.
Cuma jangan terperanjat bila sesi sebut harga produk.
Tapi ada je yang beli walaupun mahal.

Menurut Ayu, orang Cina Indonesia  dan penduduk China 
paling ramai datang dan membeli produk ginseng kat sini....
Semasa kat Ginseng Centre kami bersua dengan Hazami..
Kelakar sangat sebab ibu tak kenal siapa Hazami ni.
Bila cakap tajuk lagu "Sonata Musim Salju" baru neutron otak ibu berhubung..ha3x.
Kecik molek je orangnya.

Oklah..sebab dia famous so ibu pun menyelit dan menyibuk jugalah untuk bergambar.....ha3x

Cosmetics Centre

Kat sini menjadi tempat yang mengembirakan bagi remaja dan yang meminati alat kosmetik.
Kami diberi penerangan dan demo tentang produk.
Kat Korea ni produk kosmetik lebih murah berbanding Malaysia.
Ni semasa pergi ke Cosmetics Centre.
Tak dapat tangkap gambar kat dalam kita posing jelah kat sini....
Produk kecantikkan memang lebih murah di Korea berbanding di Malaysia.
Ibu sekadar beli 20 paket 'mask' untuk anak-anak dara a.k.a 4 Farahs.
Harga mask sini area RM1.60-RM1.90 je sekeping 
berbanding kat Malaysia jenama yang sama berharga RM5.
Patutlah awek Korea bermuka gebu dan licin.....

Itaewon

Mall yang menjual teddy bear.
Kami singgah kejap je sementara menunggu bas travel jemput kami.
Selepas solat jamak di Itaewon sempatlah masuk supermaket yang menjual toys kejap.
Mampu tengok jelah sebab harga nya...emmmmmmm.
Tarik nafas....hembus...tarik nafas.....hembus.
Ok...hilang stress....

Tak lama pun kat dalam tu.
Sekadar posing tepi teddy bear yang besar pastu jadi 
minah tembok di kaki lima jalan...
Ha3x....
Kalau kat Malaysia tak buat kerja macam ni tau.



candid...candid dan candid...

Seoul Korea merupakan negara yang selamat.
Jadinya tak perlu risau sebab memang tiada kes ragut dan samun.
Menurut Ayu, jika kita tertinggal barang atau handphone tiada siapa pun
berani mengusiknya.
Kalau kita datang semula 3 hari kemudian pun barangannya masih ada kat situ.
Baguskan negara diaorang.
Rakyatnya amat berdisplin.
So malam-malam kalau ibu merayap keluar hotel pun tak rasa takut.
Walaupun orang mereka "tak mesra alam" tapi mereka tidak kisahkan orang-orang sekelilingnya.
Masing-masing dengan hal sendiri.....
Kat Seoul memang tak jumpalah kereta kecil.
Semua kereta mewah..
Fuh berpeluh mokcik tengok.
Mampu bergambar dan telan air liur jelah.

Malam terakhir di Seoul Korea.
Kami keluar ronda-ronda menghirup kedinginan malam.
Sejuk sangat-sangat.
Suhu area 1 darjah celcius

Selesai menghirup udara segar kami kembali ke hotel.
Malam terakhir di Korea...
Bye-bye Korea...
Insyaallah ada rezeki ibu akan datang lagi pada musim bunga...InsyaAllah.

Klik Sini :
Part 1-Ku Datang
Part 2-Pulau Nami
Part 3-Namsan Park

Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL

0 ulasan:

About me