Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 April 2019

TRIP KOREA-KIMCHI SCHOOL dan HANBOK

Day 3- Kimchi School 26.3.2019 (Selasa )

Datang ke Korea tidak sah kalau tak belajar buat kimchi.
Jadinya kami pun kenalah masuk ke sekolah kimchi ye.
Kebetulan ahli group kami ramai cikgu...kalau tak silap ibu 10 orang adalah cikgu.
Ada yang masih berkhidmat dan ada yang dah pencen.

Masuk je kelas dah siap di atas meja bahan-bahan untuk membuat kimchi.
Sosnya telah siap cuma kami diajar cara nak sapu sos atas kobis cina....
Senang kan.....

Cikgunya yang pakai apron pink tu.
Muka asli Korea tanpa pembedahan plastik..muhahaha...
Confiden je dia cakap Korea seolah-olah kitaorang ni faham.
Bila dia gelak kami ikut gelak...bila dia senyum kami senyum...ha3x...
Acah-acah faham. Sepatah je faham bila dia sebut "kimchi"...
Tapi pemandu pelancong kami si Ayu tu yang jadi tukang translate.

Ok.....kita dah tak sabar ni nak buat kimchi.....

Kemain ye ibu....nampak tak kesungguhan pada wajah ibu.
Kalau exam rasanya macam dapat markah penuh.....

Anak-anak murid yang dah tak sabar-sabar nak buat kimchi....
Dan bayangkan bila 10 orang cikgu yang menyertainya sudah pasti la ada sesi soal jawab.
Emmmm...cikgu ni pergi mana-mana tetap sebati dengan personaliti mereka.
Suka bertanya...suka bercakap..suka berhujah...kan..kan..kan

Macam-macam ragam.....
Sebab tulah menurut Ayu, "Cikgu Kimchi" tu cakap sangat seronok mengajar kami.
Patutlah si "Cikgu Kimchi" tu asyik tersenyum sepanjang sesi PdPc.
Sesi soal jawab 2 hala....penuh lawak jenaka.gelak tak payah cakaplah..riuh rendah....
auta dan fakta seiringan...ha3x....

Taraaaaaaaa.....dah siap walaupun dah comot semacam.
Agaknya diaorang tengok memang tak lalu nak makan.....
Saya budak baru belajar....Maaf ye cikgu.

Setelah selesai kelas kimchi yang tak tahu bentu kejadiannya,
Kami dihidangkan dengan pelbagai perisa kimchi dan seaweed.
Marketing produk diaorang tu sebenarnya.....

Rasa jangan tak rasa..Emmmmm...sedappppp

Jemput tengok semua.......
Terjebak jugak ibu.
Beli jugak la seaweed walaupun bila kira harga tak masuk akal.
Kat Malaysia berkali ganda murah.
Kalau kat Malaysia sepaket seaweed ni cuma RM8-RM9.
Tapi kat sini 4 paket kecik jajan seaweed yang ibu beli tu dalam RM71.
Mak aiii..kena pukau ke hapa.

Dah tamat kelas kimchi kami ke satu ruang.
Kemain masing-masing tak sabar nak pakai baju tradisional Korea dipanggil Hanbok.
Mula-mula ibu risau jugak kot-kot tak muat.
Maklum la saiz badan diaorang XS dan S.
Saiz ibu...?????? ha3x...
Rupanya baju Hanbok ni di ikat macam apron so tak kira la badan kecik ke besar ke 
semua boleh pakai.....
Taraaaaaa.....maharani Korea yang muka tak berapa nak Korea...

Alahai buruknya rupa....kenapa entah macam pakai baju orang pregnent pulak.

Minah Korea 

dan lagi...Dah kenapa ibu posing macam patung.
Keras semacam jerrr........

dan lagi.....

Maharaja dan maharani diimport khas dari Malaysia...

Oklah....dah penat posing sana sini kami pun beredar untuk ke destanasi seterusnya....
Jommmmm.....

Klik :

Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL.
Terbaik



0 ulasan:

About me