Salam rindu semua.
Dah beberapa hari ibu menyepi.
Alhamdulillah hari ni kita bersua kembali.
Cuti 3 hari ibu sekeluarga mengukur jalan.
Bermula dari petang Khamis hinggalah ke petang Ahad.
Destinasi pertama kami ke Rawang, Selangor.
Dari rumah ibu ke Rawang lebih kurang 3 jam lebih melalui
lebuh raya Utara Selatan.
Tersesat jugak beberapa kali walaupun dah guna GPS kereta dan Wase....
Dari rumah ibu ke Rawang lebih kurang 3 jam lebih melalui
lebuh raya Utara Selatan.
Tersesat jugak beberapa kali walaupun dah guna GPS kereta dan Wase....
Lebih kurang pukul 6.30 petang kami tiba di sana.
Bermalam semalaman di rumah adik ibu.
Bermalam semalaman di rumah adik ibu.
Bukan main seronok lagi Farouk dapat jumpa sepupu kesayangannya Daniel dan Wafiq.
Semalaman di Rawang dan keesokan harinya kami bergerak ke Ayer Tawar,Perak.
Lebih kurang 4 jam perjalanan melalui lebuh raya Utara-Selatan.
Lebih kurang 4 jam perjalanan melalui lebuh raya Utara-Selatan.
Mengunjungi rumah peninggalan K.long dan Abg long.
Family ibu dan adik-adik dah rancang untuk berkumpul di sini.
Ya Allah...sayunya hati bila kedatangan kami sudah tidak ada yang menyambut..
Family ibu dan adik-adik dah rancang untuk berkumpul di sini.
Ya Allah...sayunya hati bila kedatangan kami sudah tidak ada yang menyambut..
Tiada lagi kedengaran gelak ketawa dan sapaan mesra arwah berdua.
Yang tinggal cuma suasana sunyi..sepi...suram.....
Yang tinggal cuma suasana sunyi..sepi...suram.....
Tidak kuat hati untuk bermalam di rumah arwah.
Terlalu banyak kenangan yang tertinggal di situ.
Kami telah booking sebuah homestay 2 tingkat, 4 bilik.
Semalaman RM300 dan kami adik beradik menetap di situ selama 2 malam.
Memang selesa sangat sebab homestay ni baru siap.
Anak-anak ibu bersama Su-tie (adik bongsu ibu) dan sepupu sepapat........
Anak arwah bertudung oning kuning tu....
Esoknya seawal 11.00 pagi ibu bersama adik atie dan 2 orang adik ipar bergerak
ke rumah arwah untuk sesi mengemas.
Kanak-kanak rebina kami tinggalkan dulu di homestay bersama Along.
2 orang adik lelaki ibu dah bergerak ke pejabat peguam bagi urusan
harta-harta peninggalan arwah kak long.
Dah selesai sesi mengemas bahagian bawah, barulah kanak-kanak rebina
dibawa ke sini.
Punyalah penat kaum ibu mengemas...dan dengan riang ria kanak-kanak rebina
membuat sepah.....
Namun hati ibu tenang dan sejuk melihat keakraban mereka....
Bukan selalu mereka dapat berkumpul begini....
Inilah kerja anak-anak generasi Y.....
Seharian kami di rumah arwah.
Mengemas, memasak dan makan di rumah arwah......
Setiap saat kami pasti bercerita tentang arwah.
Kami rindu segala-galanya tentang arwah..
Setiap saat kami rasa arwah berada bersama kami......
Ya Allah......terlalu merindui k.long.......
Terpaku mata ibu memandang cenderahati yang abang long sediakan
untuk kak long untuk hari ulang tahun perkahwinan mereka yang tidak sempat mereka raikan.
Tertulis " Khas untuk kesayangan abang..my sweet heart...love you".
Ya Allah...begitu sayangnya A.long pada K.long.
Akhirnya mereka ditakdirkan sehidup semati bersama.......
3 hari 2 malam di Ayer Tawar, Perak.
Barang-barang peninggalan arwah terutama kain baju ibu dan adik-adik packing untuk
disedekahkan pada yang memerlukan.
Berat hati untuk meninggalkan rumah arwah.
Mungkin ini kali terakhir kami ke sana...
Ibu sempat berbisik :
"Kak Long, kakak balik dulu ye.
Kakak dan adik-adik dah bersihkan rumah kak long.
Moga kak long tenang di sana bersama abang long....
Kami rindu kak long sangat-sangat....."
Hari terakhir kami mengambil kesempatan mengziarahi pusara arwah.
Perjalanan memakan masa 3 jam.
Ya Allah...sayunya hati.
Terlalu berat kaki untuk melangkah.
Tanah perkuburan yang baru dibuka.
Cuma ada 5 buah kubur saja.
Di antaranya kubur bapa abang long yang meninggal sehari sebelum k.long dan abang long meninggal.
Suram dan sunyi suasana di situ membuatkan hati ibu bertambah sayu.
Damailah dan tenanglah kak long dan abang long bersemadi di situ.
Al-FATIHAH
Throwback:
Gambar ni ibu snap semasa OTW balik dari Perak.
Sehari selepas k.long dan a.long meninggal.......
6 ulasan:
Tiada ungkapan yg dpt diberi..hanya mampu menyedekahkan Al-Fatihah
Terasa sama sayunya...Anak arwah tu duk dengan siapa ya kak nza..Al fatihah
Salam Kak~
Zura yang membaca n3 akak turut merasa sedih.. sabar yer kak~ semoga Arwah tenang di sana.
al-fatihah...
mmg sebak n sedih...
Sebak rasanya bila membaca. Terasa macam kehilangan ahli keluarga sendiri. Al-fatihah buat mereka berdua. Semoga mereka tenang di sana.
Setiap yg hidup pasti akan kembali pada Penciptanya. Kita yg hdp ni entah mcm mana pengakhirannya. Tabah dan sabarlah. Rindu itu pasti akan hadir setiap ms dan ketika.
Catat Ulasan