Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 September 2014

Husnuzon dan Farouk

Husnuzon=Bersangka baik.
Lama juga ibu tak buat n3 tentang bujang terhangat ibu nie.
Semakin hari semakin lemau ibu nak buat n3.

Farouk si bongsu tidak secemerlang 4Farahs dalam akademik.
Bukan kerana  tidak setanding IQ si kakak2nya tetapi
sikap dan lambakan penyakit "M" berleluasa menyebabkan
Farouk tergolong dalam kategori sederhana.
Cikgu-cikgu Farouk akui Farouk seorang yang bijak dan cepat faham
apa yang diajar namun seperti yang ibu kata dia lambat matang dan banyak main.
Dan yang paling sadis bila komen daripada cikgu-cikgunya yang menyatakan
Farouk ni kurang tumpuan dan terlebih 'bermain'.....Adeh....

Tahun ni   Alhamdulillah 2kali exam sekolah agama Farouk mampu
meraih tempat ke 2 dan pada bulan lepas dia dapat Nombor 1.
Keputusan di sekolah kebangsaan pun mula menunjukkan peningkatan.
Keputusan untuk sekolah kebangsaan belum memuaskan hati ibu.
Mungkin ibu terlalu taksub dengan 4Farahs yang sering meraih kedudukan
teratas keseluruhan tingkatan?????

Bak kata kakak-kakak Farouk....Ibu, "husnuzon" lah dengan Farouk...
Dia bijak cuma mungkin budak-budak lelaki lambat nak matang..
Kawan-kawan kami yang lelaki kebanyakan macam tu.
Masa sekolah rendah tak cemerlang tapi SPM mampu dapat straights A..
Si kakak sering membela adiknya dan menyejukkan hati ibu yang agak terkilan ni.
Adeh...mungkin ibu tidak sabar melihat perkembangan Farouk atau
sebelum ini ibu sentiasa di dalam zon selesa menyaksikan kecemerlangan
4Farahs dalam setiap peperiksaan???

Apapun TAHNIAH Farouk kerana mampu
mendapat Tempat PERTAMA dalam aliran agama.
Bertambah cerah harapan ibu dan ayah untuk menghantar Farouk
ke sekolah aliran agama 2 tahun dari sekarang....InsyaAllah.....

Tidak putus-putus ibu mendoakan kecemerlangan Farouk dunia dan akhirat...Amiin.



Iman muda ibu....

8 ulasan:

ibuayu berkata...Reply To This Comment

In sha Allah..farouk boleh

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

Bak perumpamaan; setandan pisang tak semua masak serentak.

Ada satu dua yang lambat tapi tetap akan masak dan boleh dikecapi...

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Insya-Allah, Farouq akan 'meletup' suatu masa nanti...

Miss Sasu berkata...Reply To This Comment

insya allah..

nak share.. if ada yg nak kurus dengan bacaan kalori. follow me ok. tq..

i.follow u

sal ya berkata...Reply To This Comment

Setiap anak berbeza kak. Terutama anak lelaki dgn anak perempuan. Mengharapkan dia spt kakaksnya pn x blh jgk. Kesian dia.

Miss Sasu berkata...Reply To This Comment

akak.. whatsaap saya 0129851718
saya guide cara makan lecithin & omega yang betul plus kurus dengan betul.

i'm waiting

Unknown berkata...Reply To This Comment

insy allah

cadar 5D murah di sini. nanti follow ye. tq

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Takpa, kak. Bila dah besar sikit nanti tentu dia rasa tercabar dengan kecemerlangan kakak-kakaknya. Teringat pada adik lelaki saya. Masa bersekolah darjah 1, dengan bangganya dia balik ke rumah bawa buku laporan sambil terjerit gembira dapat nombor 31 drp 31 orang murid. Saya ni dok jeling pening tengok sikapnya. Sampai rumah terus kena pukul bertalu dengan mak!

Tapi bila dia besar sikit, dah mula rasa cemburu bila orang beri perhatian pada saya sebab keputusan saya sentiasa cemerlang. Bila dah jealous, mulalah tu semangat rajin belajar pun datang!

About me