Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 September 2014

Resepi Ringkas Shepherd Pie dan Angah

Secret resepi angah dah tak jadi rahsia.
Sejak bercuti panjang dah banyak kali Angah masakkan Shepherd Pai ni.
Memang jadi kegemaran 5F ni.
Seloyang tu akan habis tanpa pembaziran.
Meh kita intai resepi Angah...



Bahan-bahan:

Bahan A
10-15  biji kentang
4-5  sudu besar butter atau yang sewaktu dengannya
2 sudu besar lada hitam/Lada sulah
garam secukup rasa
1 tin susu cair/susu segar

Bahan B
1 paket  ayam cincang/daging
1 -2 biji bawang besar-kisar
5 ulas bawang putih-kisar
1 tin sos spaggethi original prego
1 tin cendawan butang-kalau ada
2 sudu sos cili
Garam dan kuib ayam

Cara-cara:
Bahan A
1. Kupas kulit kentang, belah kecik-kecik pastu rebus sampai betul-betul empuk.
2. Lenyek kentang dan tuangkan susu cair/segar sedikit demi sedikit.
3. Pastikan kentang yang dilenyek betul-betul sebati dan lembut ( bentuknya macam kentang putar tu)

Bahan B (inti)
1. Cairkan butter
2. Tumis bawang besar dan bawang putih
3. Masukkan daging/ayam cincang
4. Masukkan sos spagethi prego dan gaulkan sehingga sebati
5. Masukkan garam dan kuib ayam.

Cara-cara membentuk lapisan:
1.  Bahagikan kentang yang dilenyek kepada 2 bahagian.
2.  Letak lapisan kentang kat dasar loyang.
3.  Diikuti lapisan ke 2 dengan Bahan B (inti)
4.  Lapisan atas ditutup dengan baki kentang lenyek.
5.  Taburkan cheese mozarela dibahagian atas.

6.  Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150 drjah celcius dalam masa 20-30 min.

12 ulasan:

Chot berkata...Reply To This Comment

sy ingt kalau pai kena ade tepung..huhu

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

wahhhh..sedapnya shepard pai..pndai angah buat..lenkali lehlah try resipi nih...^_^

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Kak nza kalau kentang tu dah rebus blender je boleh tak

LYAfrina berkata...Reply To This Comment

nampak sedap sgt

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

LIEYA PENAH mkn kak...mmg sedap...tgk versi angah pun nampak sedap nie...creamy nampaknye tu kak...nanti leh laa try buat versi angah plak...

Aziela berkata...Reply To This Comment

Oooo...ada lapis lapis rupanya yer kak. Wah...sedap2...

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Pantang saya kalau ada kentang ni. Saya kan minah kentang. So, rasa macam nak jumpa secret recipe Shepherd Pie Angah ni. Meleleh dah air liur ni, kak!

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Hah, terliur sampai typo error jadinya. Nak cuba, bukan nak jumpa :)

Ena berkata...Reply To This Comment

Wahhhhhhhh..
yum yum..
Pandainya!!
Rasa teruja pula..
anak2 akak ni bukan setakat pandai dalam akademik, malah blh jd Master chef juga.. seronoknya.. Alhamdulillah..

Unknown berkata...Reply To This Comment

hehehehe.. boleh cuba buat jugak nanti.. tapi anak2 zura x tahu lah makan ke tidak nih.. hehehe

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

ohh senang ni boleh cuba nanti..tq angah n ibu atas resepinya.hehe

sal ya berkata...Reply To This Comment

Shepard pie ni mmg lm dh nak buat tp malas. Hehe... Anak2 dh bsr dh blh msk sng skt keje mak.

About me