Mintak ampun ye ibu/mama/mummy dan mak2 sebab hari ni ibu nak tepek
gambar makanan.
Ni pun dah pengakhir Ramadan.
Ni pun dah pengakhir Ramadan.
Rasanya sejak berpuasa ibu belum lagi tepek menu berbuka ibu.
Sebenarnya setiap kali nak berbuat demikian hati jadi sedih mengenangkan
'saudara Islam' yang sedang menderita di sana...Ya Allah.
Ibu tepek ni pun bukan ada niat lain sekadar sebagai
catatan kenangan kami sekeluarga.
Menu iftar ibu tidak ada bezanya dengan hari-hari biasa.
Cuma bezanya kalau hari biasa anak-anak ibu makan nasi
1x sahaja tapi bulan puasa mereka akan makan nasi 2x iaitu
sewaktu berbuka dan bersahur......
Sejak kawin dengan ayah, ibu dilatih agar tidak membazir
dan memasak menu ala kadar saja.
Dan kami boleh dikatakan tidak pernah membeli
lauk pauk dibazar ramadan kecuali kuih muih.
Itupun biasanya ayah akan beli murtabak atau roti canai sahaja.
Ibu tepek ni pun bukan ada niat lain sekadar sebagai
catatan kenangan kami sekeluarga.
Menu iftar ibu tidak ada bezanya dengan hari-hari biasa.
Cuma bezanya kalau hari biasa anak-anak ibu makan nasi
1x sahaja tapi bulan puasa mereka akan makan nasi 2x iaitu
sewaktu berbuka dan bersahur......
Sejak kawin dengan ayah, ibu dilatih agar tidak membazir
dan memasak menu ala kadar saja.
Dan kami boleh dikatakan tidak pernah membeli
lauk pauk dibazar ramadan kecuali kuih muih.
Itupun biasanya ayah akan beli murtabak atau roti canai sahaja.
Ibu pun dah lupa hari ke berapa menu-menu ni tapi sekadar jadi kenangan kelak.
Ayam panggang versi ibu
, sayur goreng,
sambal hijau,
ikan masak sambal.
A.Resepi Ayam Panggang versi ibu:
Seekor ayam
Belah 2 atau potong macam biasa.
Bahan A
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai
2 inci halia
1 sudu ketumbar
2 senduk kecil kicap,
2 sudu besar sos tiram,
1 senduk kecil minyak masak,
madu ( kalau ada, kalau tak ada boleh ganti dengan gula)
garam secukup rasa.
Blend semua bahan A dan perapkan ayam.
Makin lama perap makin sedap.
*ibu panggang dalam pemanggang ajaib.
B. Resepi Sambal Hijau/ ijau
ikan bilis hitam-goreng.
Bahan A
3 ulas bawang merah,
2 ulas bawang putih,
4 biji lada besar-hijau
cili padi hijau-kalau nak pedas boleh banyakkan
belacan (ibu tak masukkan sebab kalah dengan belacan)
minyak untuk mengoreng
Panaskan minyak,
goreng semua bahan A sehingga naik bau dan toskan.
Tumbuk jangan lumat.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
perahkan sedikit asam limau kasturi/nipis.
Boleh dihidangkan bersama bilis hitam goreng.
Ini saja hidang kami...sawi goreng, ayam masak merah dan gulai lemak telur masin.
sambal ikan, sotong goreng tepung, taugeh goreng dan tempe goreng.
Pencuci mulut puding ceremal.
sotong sumbat, bayam masak bening, begedil dan ikan patin masak sambal.
Ikan siakap masak stim, bergedil sardin, ikan perkasam goreng dan bayam.
Nasi ayam special + ayam panggang + bergedil.
Ikan siakap masak 3 rasa, udang butter dan jantung pisang masak lemak cekur.
Ni pulak nasi ambeng versi Kelantan.
Ibu dibantu oleh 3 farahs gigih bersilat di dapur memasak untuk majlis khatam al-quran di surau.
Maklumlah orang Kelantan masak menu tradisional orang jawa.
Mesti kena buat yang terbaikkan.
Resepi Serunding nasi ambeng versi Ibu:
4 biji Bawang merah, 2 ulas bawang putih, 2 batang serai, 1 inci halia, sedikit lengkuas,
kunyit dikisar bersama ketumbar, jintan manis/putih.
Tumis semua bahan tersebut sampai naik bau.
Masukkan air asam jawa.
Masukkan kelapa dan pastikan dimasak sehingga kering.
Masukkan garam dan gula.
*serunding ni tahan lama kalau dimasak benar2 kering.
Aksesorinya ialah ikan kering.
Ikan siakap masak lemak versi Cheratin.
Menu ni ibu makan masa ikut ayah pergi dinner kat Cheratin.
Tergoda dengan kepekatan dan keenakannya so ibu "paksa" ayah pergi tanya menu pada chef kat sini.
Akhirnya dapat juga menu tu .
Meh ibu share resepinya kat sini:
Resepi Siapkap Lemak berkrim:
1 ekor ikan siakap (2kg) digoreng dengan cara bersalut tepung gandung + jagung.
Bahan A:
3 batang serai
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
*dikisar.
Bahan B:
Lada besar dipotong nipis.
Kalau nak pedas boleh tambah cili padi.
1 biji bawang besar dipotong nipis.
4 helai daun limau purut.
asam keping/asam jawa.
1 tin susu cair.
garam dan gula secukup rasa.
Cara:
Panaskan minyak.
Tumis Bahan A hingga naik bau.
Masukkan Bahan B.
Masukkan susu cair dan semua bahan2 lain.
Kacau hingga pekat.
Dah siap, curahkan sos tadi ke atas ikan siakap yang telah siap digoreng.
Sambal tumis kupang.
Ibu seorang je yang mengadap ni sebab anak-anak tak begitu suka kupang..
Pecal yang ayah request.
macam orang mengidam gayanya.
Sambal Pecal :
Segengam kacang tanah di sangai (goreng tanpa minyak).
Goreng dalam minyak: 3 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih,
10 biji cili padi, sedikit cekur.
Tumbuk semua bahan hingga sebati.
masukkan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masaukkan air asam jawa.
Makan bersama sayur2 yang dicelur:
kacang panjang,
tougeh
jantung pisang.
Tempe goreng dan tauuhu goreng.
10 biji cili padi, sedikit cekur.
Tumbuk semua bahan hingga sebati.
masukkan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masaukkan air asam jawa.
Makan bersama sayur2 yang dicelur:
kacang panjang,
tougeh
jantung pisang.
Tempe goreng dan tauuhu goreng.
Ni sup tulang.
Sejak puasa dah 2-3 kali jugak ibu masak sup tulang nie.
Anak-anak suka......
Hidang pencuci mulut biasanya disediakan oleh Along, Angah dan Naurah.
Petang-petang memang meriah dapur ibu kerana ramai kakitangan
yang volunteer......
Itulah yang sempat ibu snap menu kami.
Ada lagi yang tidak sempat ibu abadikan kat sini........
11 ulasan:
Meriah sungguh menu berbuka NzA.. akak bila sempat jer masak.. kalau tak terpaksa beli di Bazar Ramadan..
simple je kak..itu pun sbb ramai yg tlg kat dapur...thn depan xtaulah sbb dh tingga 4 beranak je.
Wah kak...kelas laa... Akak memang pandai masak lauk2 jawa....
untung nza pandai masak sotong sumbat sendiri..acik punya teringin nak makan pi beli yang dah siap masak..RM7.00 sekor nza
Semua nampak sedap la K.Ina :-)
Bertuah anak2 dan suami akak~
menu berbuka semua lazat2. zura masak ikut sempat jer kak~ kalo sampai rumah 6.30ptg.. ade lah lauk n sayur.. kalo sampai lambat lagi.. kadang2 sempat masak lauk jer.. sayur ganti dgn ulam2 jer lah.. hehehe
memang betul, meriah betul laiuk pauk NzA, tengok pun dah tau sedap.
Terima kasih berkongsi resepi, insyaAllah boleh cuba juga nanti
Wah sedap2 semuanya kak nza...
Kalau ramai di dapur, semua jadi... ^_^
Air tangan seorg ibu..menyelerakn semuanya...
Pepagi dh terliur, ups... ^_~
Dalam banyak-banyak tu, teringin pulak nak sambal hijau, kak. Dah lama tak membuatnya. Rumah saya yang asyik diulang masak dah tentulah ikan masak tiga rasa, ayam masak lemak cili padi, sambal goreng jawa. Tak ingat dah berapa kali diulang masak!
Catat Ulasan