Hari ni dah masuk puasa ke 6.
Cepat sungguh masa berlalu.
Minggu ni cuma 2 N3 yang mampu ibu karang.
Sadis sungguh.
Sibuk memang sentiasa sibuk ditambah dengan "mood"dah ke laut.
Cepat sungguh masa berlalu.
Minggu ni cuma 2 N3 yang mampu ibu karang.
Sadis sungguh.
Sibuk memang sentiasa sibuk ditambah dengan "mood"dah ke laut.
Kisah praRamadhan terperap dalam draf.
Berhabuk dan bersawang.
Cuti 4 hari sebelum dan diawal Ramadhan sempat layan 4Farahs bershopping kat Melaka.
Niat hati nak cari baju raya yang ready-made.
Si ibu dah 2 tahun "bersara" jahit baju raya anak-anak.
Punyalah cerewet 4Farahs ni.
Habis lengguh kaki dan lutut si ibu nie.
Ayah tak ikut serta kerana sibuk dengan meeting Cuepecs tang bonus gomen minggu lepas.
So ibulah jadi mangsa melayan 4Farahs.
Adeh....ikut sapalah tu cerewet sangat tang memilih baju tu??????
Akhirnya balik tanpa baju raya.
Rasanya dah lebih 4-5 buah kedai kain baju tu kami masuk.
Hari dah makin petang.
Tekak dah kering...perut dah lapar minta diisi.
Kami pergi ni 2 hari sebelum puasa.
Kami pergi ni 2 hari sebelum puasa.
Layan jelah tekak 5F tu.
Macam biasa fast food jugaklah pilihan mereka.
Baru senyap dan takde komen.
Ibu sekadar alas perut dengan zinger burger je.
Tekak ibu dah tak macam dulu lagi.
Dah bertapa kat rumah ibu ambil kesempatan selongkar khazanah yang tersadai kaku
kat sudut bilik.
Itupun sebab Along sibuk nak berkemas.
Buka beg travel...MasyaAllah...rupanya banyak lagi khazanah kain baju yang ibu beli
semasa melancong luar negara tahun lepas.
6 pasang kain berbaki yang ibu beli di Bandung,
2 pasang beli kat Ghuangzho......
Nasib baik masa ke Macau dan Hong Kong tak beli kain baju.....Adeh.
Nasib baik masa ke Macau dan Hong Kong tak beli kain baju.....Adeh.
Nampak tak ibu ni menang membeli tapi kalah bab-bab membudget duit.....
Itulah kelemahan ibu sejak dulu sampai sekarang.
Tiba-tiba mood menjahit datang membara.
Tengah syok menjahit stok benang pulak habis.
Syiok betul.
Terus hilang mood yang ibu tunggu berbulan-bulan.
Tergendala lagi cita-cita nak jahit baju.......
Maka tertangguhlah lagi kerja-kerja ibu nie.
Nampak gaya weekend ni kena seru balik
mood menjahit ibu yang telah hilang entah kemana.
Maka tertangguhlah lagi kerja-kerja ibu nie.
Nampak gaya weekend ni kena seru balik
mood menjahit ibu yang telah hilang entah kemana.
11 ulasan:
Cantik kain pasang sulam tu NzA.. akak belum sempat buat lagi yg beli di Medan tempoh hari..
Menabung sedekah nufnang Volkswagen buat NzA...
Amboi akak, banyak ye kain. meh pos 1 kat saya.. ;-)
Wah, banyakkkknyerrr. Cantik2 pulak tu kak. Kalaulah saya nie pandai menjahit macam akak, mesti bahagia jer sebab saiz saya kalau nak cari readymade ni memang susahhh sangat.
Saya pun suka beli baju ready made je. Nak tempah, kena tempah awal. Nak jahit, tak pandai. Hehehe...
Banyak tu baki kain. Kalau buat GA ni, berlumba-lumba nak menang :)
banyak tuh stok kain nye.. semua belom jahit lah yer kak?
memang potong mood kan.. tengah2 menjahit tetiba benang habes.. aduhaiii.. trus jadik malas.. hehehe
eh ibu dh pandai menjahit pun nak cari yg readymade gak?hehe
Banyaknya kain..cantik2 lak tu..kak nza..abis benang mood pun hilang hehe
Assalamualaikum kak, wahh lawa2 kain.. bagus2, rajin menjahit sendiri. sheila pun selalunya mak yang sediakan persiapan raya kami sekeluarga. mak tukang jahit. so senang sikit kami, tak perlu upah org menjahit.. hihiii
Amboi, banyaknya kain!
Cantik2 pulak tu..
Akak pun berangan nak menjahit thn ni tapi kain tak beli2 lagi..
Kena juga la jahit kan baju 4farah ye nza
Catat Ulasan