Terima Kasih ibu ucapkan kepada rakan-rakan yang
memberi ucapan sempena Ulang Tahun perkahwinan ibu ke 21.
Juga terima kasih di atas doa-doa kalian...
Hari ni nak tayang kisah masak memasak daripada chef yang tak begitu pandai memasak....he3x.
Kali pertama ibu mencuba memasak resepi daripada Pahang.
memberi ucapan sempena Ulang Tahun perkahwinan ibu ke 21.
Juga terima kasih di atas doa-doa kalian...
Hari ni nak tayang kisah masak memasak daripada chef yang tak begitu pandai memasak....he3x.
Kali pertama ibu mencuba memasak resepi daripada Pahang.
Ini pun setelah terliur tengok kat blog Lizz dan kebetulan Angah pulak request resepi ni.
Angah minta resepi daripada rakannya yang berasal dari Temerloh Pahang
yang terkenal dengan keenakan Ikan Fatin Masak Tempoyak.
Angah minta resepi daripada rakannya yang berasal dari Temerloh Pahang
yang terkenal dengan keenakan Ikan Fatin Masak Tempoyak.
Tanpa berlengah ibu suruh ayah beli ikan patin saiz XXL.
Besar gedabak ikan tu.
Si ayah pulak beli ikan kat EconSave ....terpaksalah ibu bersilat siang ikan tu..Aduyai tension betul.
Maka dengan gigihnya ibu memulakan misi memasak.
Resepi dan bahan-bahan:
1 ekor Ikan patin.
2 senduk tempoyak ( suka suki je kan ibu cedok tempoyak banyak-banyak)
Daun kesom
Serbuk kunyit ( kunyi hidup lebih sedap kot)
Cili padi ( kalau yang suka pedas tu letakkan banyak-banyak ye)
2 batang serai dititik.
Asam keping ( kalau nak lebih masam)
garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Air.
Cara-cara ( ibu belasah je...hahaha....) :
Kisarkan tempoyak + cili + sedikit air.
Campakkan ikan patin ke dalam periuk.
Masukkan air + kunyit.
Agak-agak dah agak panas masukkan bahan-bahan kisar.
Masukkan daun kesom + serai + asam keping + bahan perasa.
Biarkan mendidih.......
Siap untuk dimakan....
Resepi ni memang sedap.
Ini belum orang Temerloh ori yang masak.....
Resepi ni memang sedap.
Ini belum orang Temerloh ori yang masak.....
15 ulasan:
kalo dpt patin fresh dari pahan lagi sedap kak...lieya rajin kirim ngan kawan lieya bile die balik pahang....kalo beli kat pasar sini dah lain sikit rase manis isi tu....
to lieya
2lh ikan sana mmg terbaiklh..kt sini ikan belaan dlm sangkar je lieya......
Kat Temerloh tu, ikannya dalam sangkar sungai Temerloh. Jadi, airnya sentiasa mengalir. Kat sini2 nie semuanya bela kolam kak. Akak, terornya akak siang ikan tu. Ikan tu kalau salah potong, boleh hancur jadinya. Ish...saya pula dah terliur. Walhal kat Kuantan selalu jer saya makan. Memang tak muak makan.
to aziela
2lh, angah kata rasa ikan kt sana brbeza yg dijual di sini....ttp yg pnting dpt rasa keenakan masak tempoyak tu.....
kak ikan patin @ ikan sungai @ ikan sawah semuanya dinda tak makan....
tapi...
Mr H mmg suka
ooo..ye ke? biasanya org xthn bau nya kot.....
Terliur sudah tengok ikan patin tempoyak NzA... perghhh mau tambah 2 pinggan ni :)
Baru jer beli sekor ikan patin kat pasar tadi..boleh lah buat jugak..alamakkkk, tempoyak pulak tak de...huhuhu
Terliur wehhhh tengok...
Happy anniversary kak.... jauh perjalanan hidup ye kak.. moga terus kekal n bahagia till jannah, amin...
Huwaaa sedapnyeee.. :-)
mentang2ler Pahang menang Piala Malaysia terus teringat nak makan tempoyak patinkan.. ehm kalau kat kampung saya semua ikan boleh ditempoyakkan...
Waa saya pulak yang teringin nak mkn patin msk tempoyak ni...sedapnyer....
Kami sekeluarga suka ikan patin masak tempoyak ni NzA. Kecur tengok masakan NzA ni.
salam
Ikan patin masak tempoyak..leh tapau bg ta tak? Dah terliur dtg sini.
Lama tak dtg sini maaf dari tirana aduka
Sedapnye kak..nyum2...
Happy Anninersary kak..moga kekal bahagia hingga kesyurga.!
alamak terbaiklah kak,lizz tgok ni kompem suka.huhu
Catat Ulasan