Bersua kembali.
Keadaan ibu masih belum pulih sepenuhnya.
Mungkin faktor umur yang menyebabkan
proses pemulihan agak perlahan.
Sejak 17.11.13 (Ahad) Farouk masuk Kem Smart Al-Quran.
Dia berada di sana selama 2 minggu. Sekurang-kurangnya awal cuti farouk diisi dengan ilmu akhirat.
Persediaan awal untuk farouk.
Ayah merancang untuk hantar farouk bersekolah tafhiz bila naik tingkatan 1 nanti. Mungkin ayah nakkan satu-satunya waris kami mengikuti jejak langkah atok sebelah ibu yang bergelar ulamak dan tok guru. Insyaallah semoga suatu hari nanti farouk mampu merealisasi impian kami menjadi seorang anak yang soleh, penuh dengan ilmu agama.
Seorang anak yang mampu menyebarkan ilmu agama pada masyarakat.
Seorang anak yang mampu mendoakan ibu dan ayah bila kami telah tiada..,....amin.

Program ini berjalan selama 2 minggu dengan bayaran RM350. Ibu rasa ianya sangat berbaloi kerana semuanya termasuk penginapan dan makan minum.
Muka sedih bila kali pertama terpaksa berpisah dengan ibu. Seorang anak manja yang sentiasa disisi ibu.
Sebenarnya ibu lagi sedih.
Rindu farouk sangat2...huhuhu.
Sebenarnya ibu lagi sedih.
Rindu farouk sangat2...huhuhu.
Semoga farouk mampu lalui saat2 ini dengan tabah dan sabar.
Ibu tidak sabar menanti 30.11.13 untuk memeluk farouk erat2....
Rasanya tak tertanggung menahan rindu pada farouk.....
Ibu tidak sabar menanti 30.11.13 untuk memeluk farouk erat2....
Rasanya tak tertanggung menahan rindu pada farouk.....
9 ulasan:
Tak berapa hari je lagi.leoas ni dapatla ibu pelok farouk buat melepaskan rindu
denggi mmg amik mase tuk sembuh sepenuhnye kak...lieya doakan akak sihat cepat yeak....
alhamdulillah....bekalan akhirat akak tak lupakan....moga farouk mendapat keberkatan dgn kem nieh....
Syafakillah NzA semoga cepat sembuh.. memang lama nak pulih NzA akak dah rasa kesakitannya tu..
Semoga Farouk menjadi anak yang soleh ...
Sekejap je tunggu 30 November, pejam celik, tau2 Farouq dah balik.
Pemergian Farouq untuk mendalami ilmu agama, mudah2an akan bertambah kebaikan dalam dirinya.
Insya-Allah, semoga Farouq menjadi anak yang soleh.
Dan didoakan kak sembuh daripada penyakit. Amin...
Pada saya bayaran tu sangat murah. 2 minggu kan. Saya pernah nak bayar kem motivasi, 3 hari untuk 250. Tapi tak jadi sebab Adam nak pergi workshop lain.
Semoga Farouk akan menjadi seorang khalifah yang disegani. Amiin.
Sayunye kak... tbyg perasan farouk n perasan akak juge.. huu.. apapun semua utk kebaikan farouk kan... :-)
Moga impian jd nyata suatu ketika nnti, in sha Allah.. amin...
Yeayyy esk farok dh nk blk dah kan sis...
Moga akak d beri kesihatan yg baik...ameen
alahai... bujang sorang ni memang siapa tak rindu hihihi...
P/s : kak, lukisan tu tak sempat nk di buat kenangan.. dh diconteng2 dan dikoyak anak2 huhuhuhu T_T berebut punya hal
kem yg bagus utk farouk..pada sy kira ok la tu harganya..baru ni sy tgok pamplet kem ibadah macam farouk ni 2mggu dekat rm600 tau
Catat Ulasan