2-3 hari lepas ibu dikejutkan dengan kehadiran 7 botol minyak wangi
"Far Away" dan "Soft Musk" kegemaran kami..
Terkebil-kebil ibu anak beranak...Confius dan terperanjat kejap.
Tanya Farouk siapa yang bagi....Katanya achik sebelah bagi kat ibu.
Pelik jugak sebab ibu tak ada pun order minyak wangi avon nie...
Esoknya ibu jumpa jiran sebelah.
Tanya tentang minyak wangi yang diberikan semalam.
Rupanya "Daddy" angkat 5F ,Sir Lee Cheng Kin bagi untuk kami anak beranak.
Mulia sungguh hati Sir Lee ni.
Sering menghadiahkan kami macam-macam sejak anak-anak ibu kecil lagi.
Masa lahirkan Farouk pun, dialah bagi hamper yang paling besar.
1 tahun tak abis Farouk pakai hadiah yang diberikan.
Semasa kami ke Sarawak, Sir Lee lah yang sering menolong ibu menyorong Farouk
di dalam kereta sorong......
Semasa 3F sekolah, Sir Lee lah yang sering bagi duit poket dan
belanja mereka makan.
Sewaktu itu Sir Lee masih mengajar di sekolah 3Farah sebagai guru Bahasa Inggeris.
Walaupun kami berlainan bangsa dan agama namun
ikatan persaudaraan dan kekeluargaan tetap terjalin erat.
Sir Lee jugalah orang yang pertama "wish" tahniah dan bangga
bila Along dan Angah berjaya ke universiti.
Bertapa beliau gembira melihat kejayaan anak-anak ibu dan ayah.
Beliau jugalah yang sering menghadiahkan kek bila tiba hari jadi ibu dan anak-anak.
Dan beliau tidak pernah lupa berikan pelbagai cenderamata
setiap kali OS atau hari-hari bersejarah 5F.
Sering memberi nasihat berguna terutama pada Along dan Angah.
Hadiah "misteri" yang kami terima.
Antara kejutan yang Sir Lee berikan buat kami,
Dan banyak lagi sebenarnya yang telah Sir Lee
berikan buat kami terutama 5F.
Beliau amat menghargai sebuah ikatan persahabatan dengan ayah.
Tidak terbalas jasa baik Sir Lee pada kami sekeluarga.
Ibu dan anak-anak sentiasa mendoakan agar Sir Lee sentiasa
diberi kebahagiaan dan kesihatan yang baik......
Dimurahkan rezeki....
Juga semoga Sir Lee bertambah sihat dari penyakit yang dihidapinya,
serta bahagia disamping keluarga tersayang......
Jasa Sir Lee tetap dalam ingatan kami sekeluarga buat selama-lamanya.......
TQSM Sir Lee..
May God Bless You Alwayzzzz......
Petikan FB ibu :
13 ulasan:
seronok dengar bila ikatan begitu erat terjalin antara saudara berlainan bangsa dan agama..semoga hubungan makin erat antara keluarga kak nza dengan sir lim
waa bestnyer dapat perfume lagi tu...untung dapat Daddy angkat baik hati gini...
waa bestnyer dapat perfume lagi tu...untung dapat Daddy angkat baik hati gini...
kalau saya..sukanyeeee dpt perfume.
bestnye dpt hadiah perfume..memang baik sungguh sir tu kan..saya tmpang seronok tgk persahabatan yg dijalin antara dia dgn keluarga kak nza..:-)
perfume..bestnya!! Untung NzA dan keluarga, persahabatan yang tak mengira bangsa dan agama.
semua dapat? untung nye...murah rezeki.
Pemurah sungguh Sir Lee... macam2 dia bagi...
Beruntung anak2 angkat dia...
Suka haruman Far Away tu NzA.. saya guna jenama tu... baik hati sir lee tu ye ;)
Terharunye kak...
Indahnya ikatan persaudaraan wlu berlainan bangsa n agama... moga terus kekal hendaknya..amin..
Alhamdulillah, persahabatan & persaudaraan tak mengira bangsa & agama :)
Alhamdulillah, sungguh beruntung.
Lain agama dan bangsa bukanlah penghalang untuk bersahabat... ^_^
seronokkan dapat kawan macam tu..walau berlainan agama dan bngsa, tapi persahabatan tetap utuh terjalin...
Catat Ulasan