Sejak minggu lepas sibuk si mamat Farouk nak masak kek coklat.
Ibu suruh dia tunggu weekend sebab minggu lepas dia final exam.
Gigih dia tulis bahan-bahan nak buat kek.
Ayahlah jadi mangsa untuk pergi kedai.....
Gigih menyiapkan kek coklat.
Abaikan dapur yang dah mula berkecah tahap gaban.......aduyai...sabar jelah.
Patutlah beria-ia nak masak kek rupanya terpengaruh tengok resepi dalam majalah BoBoi Boy
Resepinya :
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A:
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar @ susu cair
perisa coklat
1/2 cawan air campur 2 sudu kecil nescafe
Bahan B :
2 sudu kecil sodium bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
Cara-cara:
1. pukul telur hingga kembang. Masukkan gula dan pukul lagi.
2. masukkan minyak masak.
3. ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli
dengan bahan A. Gaul sebati.
3. bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam hingga masak...
*Farouk kukus je sebab ibu malas nak lap oven tu....hehehe.....
Zoom sikit....
Hasil kek coklat yang telah siap hasil airtangan Farouk......
14 ulasan:
waa..anak teruna NzA pun dah pandai masak, seronoknya Farouk main masak2 kat dapur, best kan Farouk ada ibu dan ayah yang sporting yang sanggup memenuhi impian Farouk nak memasak kek coklat.
wah farouk pandai masak ye..
bagus jugak tu..nanti sng mama
tak sgka farouk minat memasak.untung ibu ada anak teruna rajin..menjadi jugak tu hasil tgn farouk,kek coklat kukus pulak tu mesti sedap punya!
moist2..sedapnyeee
Wahhh rajinnya farouk :D
Simplenya resepi kek coklat tu :O
tahniah Farouk.. kek coklat kukus memang feberet acik tu
boleh buat selalu tu Farouk
hebatnya farouk dah pandai buat kek coklat! mesti teruja bila dah siap tu...
kuat betul pengaruh majalah ni ye kak...
Amboi farouk ..minat masuk dapur jugak..untunglah ibunye... :-)
Happy la dia, kek menjadi ye...rajin sungguh!
Ehh boleh kukus ya? Kalu camtu saya nak cuba lah!
rajin anak bujang
rajin anak bujang
nk ikut jejak langkah akak2nya :)
wah,chef farouk buat kek coklat..rajin nye dia..kagum2..:-)
Awak memang pandai memasak kan mesti best kan
Catat Ulasan