Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 Oktober 2013

Birthday Farouk di Perantauan.

                                                               1 minggu ibu menyepi.
Banyak kisah suka duka yang berlaku.
Banyak yang ingin ibu ceritakan di sini tapi apakan daya masa tak mengizinkan.

Tanpa di rancang kami balik kampung.
Lepas sekolah kami bersiap
Dalam bersiap-siap Farouk menerima sebijik Cheese Cake daripada
daddy angkatnya a.k.a Sir Lee Cheng Kin yang dikirimkan melalui jiran kami.
Dalam terpingga-pingga kami meneruskan perjalanan.

Singgah makan dan solat kat RnR Muaazam Shah Pahang.
Sambil tu potong cheese cake sebab si tuan punya badan dah tak sabar.

Cheese cake yang sedap sangat-sangat pemberian "daddy" angkat 5F berbangsa Cina
yang merupakan rakan rapat ayah.
TQSM Sir kerana tidak pernah lupa hari bersejarah kami sekeluarga
walaupun terkadang ibu pun sering terlupa......
Jasa Sir tetap dalam ingatan kami sekeluarga.

Birthday boy yang dah tak sabar nak potong kek.

 Ucapan daripada Sir Lee Cheng Kin a.k.a daddy angkat 5F di FB:
Farouk semakin 'mature' n bertambah 'leng chai' (handsome). 
Happy Belated Birthday Leng Chai.

Masing-masing tak sabar nak makan kek...

Balik kampung sekali lagi ibu belikan kek pilihan Farouk.
Farouk pilih sebijik kek Angry-Bird.
Gara-gara ibu dan Along leka di kedai emas...
akhirnyaaaaaa.....
huhuhuhu

V


V


V


V


V


Kek Angry bird bertukar menjadi Angry-Farouk.
Terperanjat si tuan badan bila mata angry bird dah mengelongsor ke bawah.
Ising cair dan dah tak ada rupa kek idaman.
Berjurai-jurai airmata Farouk...sedih...sebak...sayu.....huhuhu.....
Terkedu ibu dan Along......
Terpaksa la ibu cungkil biji mata angry bird tu dan tampal semula kat atas.
Nak gelak tak sampai hati sebab air mata farouk makin laju berjurai.....


Dalam kesedihan 2 orang kanak-kanak rebina menyejukkan hati si abangnya.
Makanlah mereka bertiga kek yang hancuzzz tu dengan berselera
dan kami memandang kerana rasanya tak sanggup nak makan kek itu.....

Doa buat Farouk:
Ya Allah,
Jadikan lah Muhammad Farouk seorang anak yang soleh,
anak yang bijak,
anak yang terang hatinya,
anak yang penyayang,
anak yang mampu membahagiakan insan-insan disekelilingnya,

Ya Allah,
semoga Farouk menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat....
Amin...amin...amin.....


10 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

Ye la pulak kak ibu... kalau dinda pun sure meleleh air mata...kek yang diidamkan menjadi very angry pulak... tapi apa2 pun happy birthday farouk....aunty mama paling terliur tengok cheese cake tu

Unknown berkata...Reply To This Comment

Happy besday farouk... hadoi, kesian tgk angry bird tu...hehe

Nur berkata...Reply To This Comment

Happy belated birthday to Farouk. Semoga jadi anak yang soleh. Sedapnya kek cheese. :)

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Aminnn..
Happy belated besday farouk... untung ada bapa angkat yee :-)
Alahai, sedihnya mmbygkan keadaan farouk yg frust tu....huu.. sedey tuu,,

ibuintan berkata...Reply To This Comment

Amin... moga makbul doa ibu, hepi besday Farouk

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

happy belated birthday farouk! amin juga utk doa ibu itu~

alahai.. baik sungguh daddy angkat 5F belikan cheesecake utk farouk tu.

hikhik... sian mata angry bird tu dah lari. kalau izan pun mesti sedih sangat ni.

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

hepi belated besdie farouk...moga jadi anak yg bijak, sihat dan soleh......

bertuah farouk ade bapa angkat yg ingat date besdei die kak...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

Sory ye farouk,anty ketawa tgok kek angry bird farouk tu.hehe

Semoga farouk jadi ank soleh,cemerlang dunia akhirat.selamat hari lahir

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

selamat hari lahir utk Farouk..semoga mnjadi anak yg cemerlang dunia dan akhirat...

Aziela berkata...Reply To This Comment

Happy Birthday Farouk. Memang dia semakin matang dan leng chai. Hehehehe. Tapi memang sedih la jadinya bila angry birds dah tak berupa. Kasihannya. Mujur dah makan cheesecake yang sedap kan.

About me