Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

20 Oktober 2013

Majlis Qurban

Bersiaran lagi walaupun keadaan kesihatan masih kurang memuaskan.
Hari ni nak tepek kisah qurban.

Hari Raya pertama Ayah join qurban di taman perumahan kami.
Ayah qurban 1 bahagian untuk diri sendiri
Ya Allah, rezeki kami melimpah ruah.
Hari pertama saja lebih kurang 11 ekor lembu tumbang.
Mungkin kebanyakan penduduk taman melakukan ibadah qurban maka dagingnya
diagih-agihkan melimpah ruah.
Ibu jadi buntu jugak kerana tak tahu nak simpan kat mana
daging-daging tu semua walaupun dah diagih-agihkan.
Rasanya kalau tak silap ibu adalah dalam 12-15 kg.......
Apapun syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang melimpah ruah dari Allah.

Hari ke 2 giliran ibu pula menunaikan ibadah qurban.
Tapi tahun ini, ibu niatkan untuk Beby kerana
dia akan duduki SPM.
Saban tahun begitulah ibu buat giliran pada anak-anak
seperti mana yang pernah abah dan mama lakukan buat ibu adik beradik....

Alhamdulillah perancangan pihak sekolah untuk adakan
ibadah qurban untuk kali pertama berjalan lancar.

Rancangan asal, penyembelihan ingin dilakukan di sekolah tapi memandangkan
kami beli 2 ekor lembu daripada pusat ternakan berhampiran sekolah maka
segala urusan qurban dilakukan oleh kaki tangan di sana.
Lagipun mereka sangat cekap dan buat kerja sistematik.
Kalau tak silap ibu, dalam masa lebih kurang 2 jam saja 2 ekor lembu selamat dilapah.....
Maka cikgu-cikgu yang melakukan  ibadah qurban termasuk ibu saja ke sana manakala yang
lain tunggu di sekolah.

Lembu yang telah disiap disembelih dibawa ke sekolah dengan lori untuk dipotong....
Cikgu2 lelaki melapah daging dengan dibantu oleh AJK PIBG.

Cikgu-cikgu perempuan pula ditugaskan untuk membuat pengagihan daging
untuk diagih2kan.

Syukur Alhamdulillah,
kami mampu agih-agihkan kepada semua rakan-rakan guru, staf,
anak-anak murid yang miskin serta beberapa orang penduduk kampung
yang miskin.

Tulang-tulang lembu dibuat sup untuk
dijamu kepada semua warga sekolah pada keesokkan harinya.

Gembiranya hati melihat anak-anak didik makan dengan berselera...



Anak ibu peminat sup gearbox......
like mom like son...

Sementara cikgu-cikgu sibuk mengerjakan daging,
diadakan juga program melukis poster sempena Hari Raya Aidil-Adha.....

Semoga tahun depan ibu dan ayah diberi rezeki
lagi untuk melakukan ibadah qurban ini.....InsyaAllah....

12 ulasan:

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah,setiap tahun akk buat ibadah korban..

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

alhamdulillaah..dah sempurna ibadah qurban
acik doakan Nza sihat..

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, beruntung sekolah sebelah pusat ternakan. Terkejut juga bila mula-mula saya tengok gambar tu, ingatkan kat sekolah, semua lengkap, rupanya tidak...

Farouq macam malu-malu kucing je bila nak bergambar...?

Unknown berkata...Reply To This Comment

wah sedap betul nampak sup tu...
Alhamdulillah dinda pun berkorban tahun ini seekor lembu untuk kami anak beranak

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah.. rezki ye kak.. meriah suasana.. eina pun pnh icebox rumah tu, penuh dgn daging n tulang, kaki2 lembu pun ada..ngee... dh sakit gigi hari2 mkn daging :p
Apapun alhamdulillah rezeki... kt kg dpt dgg, blk kl ni pun org kasi lg dgg, perumahan eina pun ada buat...

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

meriahnye suasana majlis qurban di sekolah akak...siap ade masak sup lagi hah...sonok dpt jamu anak murid kan kak.....

Unknown berkata...Reply To This Comment

meriahnya.... sedap sup makan ramai2. Amboi Farouk makan gear box yer. Jangan naik darah tinggi yer. ahahahaha

p/s : Betul lah tu kak, opis sy tu. hehe

Nur berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, tumpang seronok tengok gambor. Baik-baik makan daging banyak-banyak tu kak. Tapi kalau masak singgang sedap juga. :)

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, dah selamat. Awat Farouk nampak malu2 ja tu, hehe..

Unknown berkata...Reply To This Comment

Makan roti cicah sup memang terangkat.. lagi2 sup tulang hihihi.. sedapnya

Aziela berkata...Reply To This Comment

Amiin. Semoga terus dimurahkan rezeki akak sekeluarga.

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Alhmdulillah....semoga sntiasa dimurahkan rezeki utk NzA..
Meriahnya majlis qurban di sekolah..

About me