Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

30 Jun 2013

Program SK Ibu-Jun

Lama dah ibu tidak bercerita tentang aktiviti di sekolah.
Tempat ibu mencari rezeki sesuap nasi...
Banyak program berjalan bulan nie.....

A. Kursus Motivasi
12 Jun-sekolah ibu adakan kursus motivasi murid Th 6.
Penceramah jemputan ialah Da'ie Mohamad Azamudin@Azam.
Finalis program da'ie TV3.
Ibu pun sebenarnya tak kenal jugak da'ie nie sebab jarang sangat
tengok program tu.....he3X.......
Masa dia datang baru kenal siapa dia...
Itu pun kecoh ibu dok tanya rakan-rakan siapa empunya diri..

Best jugaklah Da'ie Azam ni bagi motivasi.
Kelakar dan dapat tarik minat budak-budak.
Tak kering gusi kami gelak....
Budak-budak pun suka sangat.

 Ibu snap dari belakang je.
Masa ni sedang memantau 2 orang budak noty yang tak tahu dok diam...
alahai, menganggu betul.

 Sempat la cikgu-cikgu yang comel ni bergambar dengan da'ie Azam.....

 Dan cikgu gediz ni pun sibuk nak bergambar....he3X....

B. Cenderahati Hari Lahir
Hari Isnin (17.6.2013) pulak ada penyampaian cenderahati sempena
Hari Kelahiran cikgu-cikgu (April-Jun)
Masa ni ibu tak gitu sihat.
Lepas turun pentas terus bergegas ke klinik.

C. Hari Terbuka dan Kantin.
Hari Rabu 19.6.2013 pula di adakan Hari Terbuka @ Kantin.
Cikgu-cikgu yang bergelar guru kelas jalani tugasan untuk bertemu sua dengan ibu bapa.
Cikgu-cikgu yang bukan guru kelas dengan gigihnya berniaga bagi menambah dana
untuk murid-murid.....

Along pun turut serta membantu ibu dan rakan-rakan guru berniaga.

Pada Hari Jumaat ( 21.6.2013) keadaan jerebu dalam keadaan merbahaya
di Daerah Muar ( 400+) dan murid-murid di cutikan.
Cikgu-cikgu tetap hadir bertugas.
Bayangkan cikgu hadir tanpa murid.
Hari Isnin (24.6.2013) arahan darurat dikeluarkan.
IPU mencatat 745+ pada jam 7 pagi.
Kami diarah bercuti akibat tahap ipu makin kritikal.

Malam Selasa (8 malam) darurat ditarik balik dan sekolah dibuka seperti biasa.
Dan yang pasti ibu bapa dan murid keliru dengan arahan yang dikeluarkan.
Kehadiran murid dah dijangka.
Tak sampai 1/3 hadir.
Sekolah masih lengang........

D. Jerebu
Kejadian ni berlaku sehari sebelum anak-anak comel ni di cutikan akibat jerebu.
Cikgu konon2nya nak sponser mask untuk pengidap athma saja
tapi 1 kelas mengaku pengidap athma...
Aduyai...sabar jelah budak-budak nie.
At last, stok untuk ibu pun habis dikerjakan anak-anak comel + mengada nie.....

Setelah 4 hari bercuti, murid Tahun 1 yang hadir cuma 7 orang saja.

Ibu terpaksa isi aktiviti PdP dengan adakan program NILAM.
Ibu tak dapat nak jalankan PdP seperti yang dirancangkan
memandangkan kehadiran yang begitu sedikit....

E. Program Pengamalan Keluarga Sakinah.
Program anjuran bersama sekolah ibu dengan Keluarga Sakinah
dijalankan pada 29.6.2013 (Sabtu).
Program ini dirasmikan oleh
YB Datuk Ir Hamim Samuri (Timb. Menteri Perdagangan Antara Bangsa & Industri)
Paluan kompang ,bunga manggar dan bunga telur menyambut VVIP.

Ketibaan YB.

 Program untuk ibu bapa dan anak-anak diasingkan.

Acara bercukur secara Islam.
Menurutnya, sekarang kita terlalu banyak melakukan acara bercukur berdasarkan adat
berbanding merujuk kepada agama....

4 orang bayi yang selamat menjalani acara bercukur.
Rambut-rambut bayi ini dicukur, ditimbang dan dinilaikan mengikut harga emas......
Wang  itu disedekahkan kepada fakir miskin.

Acara seterusnya ikrar ibu/bapa/anak yang akhil baliqh.
Ada ikrar antara ibu/bapa dan anak-anak dan sebaliknya.
Farouk pun join juga walaupun belum akil baliqh...
Sebagai pembelajaran untuk dia.

Farouk melafazkan ikrar didepan ibu...
Sayu pulak hati ibu.
Mata farouk berkaca dan manik-manik hampir tumpah.
Doa ibu semoga anak-anak ibu menjalani kehidupan berlandaskan ajaran Islam sebenar...
InsyaAllah....

Ada lagi program besar menanti di bulan Julai nie............

12 ulasan:

ummiross berkata...Reply To This Comment

Seronok baca aktiviti sekolah NzA ni satu persatu.
Hehe,,bila bagi topeng free, semua menagku athma ye.Gambar budak2 tahun 1 tu comel je.
Bagus juga ada buat ikrar bagi anak yang akhil baligh tu kan.
Tentu farouk rasa terharu dan sebak bila baca ayat2 dalam ikrar tu,tersentuh juga hati anak bujang NzA tu walaupun belum akhil baligh.

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

meriahnyeee mcm2 acare ye kak nza...

akk sihat? sorry tau lama x menjenguk...

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Sebulan yang padat dengan aktiviti.

Insya-Allah, semoga semua pihak akan mendapat natijah yang baik, Amin.

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Banyak sungguh aktiviti yg telah dijalankan. Kak Nza dah sihat? Take care ya..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Tentu sekolah Yah meriah sepanjang masa dengan pelbagai acara.

Aziela berkata...Reply To This Comment

Seronoknya baca semua aktiviti di sekolah akak. Seronok betul saya lihat anak2 comel darjah 1 tu. Along nampak cantik sngat bila ceria macam tu...hehehehehe. Farok tu memang ada ciri2 gentleman la...

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

banyak betoiler.. tahniah.. semua programpun berlangsung dengan jayanyakan.... best2...
boleh ngaku der asma semuanya kelakarler anak2nikan...

Unknown berkata...Reply To This Comment

salam ibu. Ini lah seronok nya jadi cikgu..ada macam2 xtvt. Apapun tudung ibu memang cntik2. patut lah menang cikgu hok paling jangok sekali.

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

Eh..rase nak nangis plak bace pasal ikrar anak n ibu ni..mesti makin sayu rasa hati kan bila anak2 makin besar n berdikari..wuwu

Syima ~Mama Kyra~ berkata...Reply To This Comment

Oooo...rupanya kak Nza ni cikgu ye..seronoknya aktiviti kt sek ni..mcm2 ada :)

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

banyak juga aktiviti sekolah.kira meriah gak la lepas satu,satu aktivitinya

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

Aktif juga sekolah akak ye...siap ade majlis cukur jambul tu...mmg meriah....yelaaa ade keejasama dan sokongan pelbagai pihak tu aktiviti semua berjln dgn jayanye kan kak....

Anak2 lieya pun lieya cutikan mase jerebu tu ksk sbb mija ade semput...

About me