Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 Jun 2013

Pendaftaran Angah.

Pendaftaran Angah sebagai pelajar Asasi Law di UiTM Jengka
 telah selesai dengan jayanya pada 2.6.2013.

Ada kisah sedih disebaliknya.
Sebenarnya tarikh pendaftaran angah adalah sama dengan tarikh ibu berada di Bandung.
Serba salah saat ibu rasa saat  itu.
Kalau ikutkan hati ibu, ingin saja ibu batalkan pemergian ibu ke Bandung.
Tapi kesian pulak pada Along sebab pemergian ibu ke sana bersama Along.

Alhamdulillah, Allah permudahkan segala-galanya.
Ayah dan Angah sepakat untuk memberi ibu dan  along peluang.
Ayah terpaksa menarik diri dari menghadiri seminar dan menguruskan pendaftaran Angah......
Jauh di sudut hari ibu terselit rasa terkilan kerana tidak dapat bersama
Angah saat itu.....huhuhu......

 Ayah, Angah, Beby, Naurah dan Farouk bertolak seawal 7 pagi ke Jengka.
Mereka pergi sehari awal daripada tarikh pendaftaran dan menginap di sebuah hotel di sana.

Perjalanan memakan masa lebih kurang 4 jam.
Setiap 1 jam mereka menghubungi ibu.
Maklumlah, selama ini kami sentiasa bersama dalam menguruskan anak-anak.

3 Farah di UiTM Jengka.

Mengisi borang....

 Beratur untuk proses pendaftaran.
Ayah merangkap jurukamera pada hari itu....
Ayah lakukan semua tu di atas pesanan ibu...
Maklumlah, setiap aktiviti pasti ada catatan kenangan berserta gambar...hehehe....
Bersedia ke asrama. 
Ini sebahagian barang yang dibawa.

InshaAllah esok kami sekeluarga akan ke UiTM Kuantan.
Selesai minggu orientasi pelajar
Asasi Law dan Asasi TESL akan dipindahkan ke kampus cawangan Kuantan pada hari esok.

Ibu tak sabar nak jumpa Angah.
RIndu angah sangat-sangat.

p/s:
Juga ucapan tahniah buat Along yang memperolehi keputusan yang
mengembirakan ibu dan keluarga dalam peperiksaan matrikulasi yang diumumkan semalam.
InshaAllah, bulan 9 nanti Along akan menyambung pelajarannya
peringkat degree di IPTA.....Syukur Alhamdulillah......


11 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

rindu angah ye akak kesian akak... harap angah berjaya seperti along nanti.... tahniah along

Aziela berkata...Reply To This Comment

Tak apa lah kak. Syukurlah ayah dengan senang hati membantu. Tahniah kepada Along dan Angah.

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

congrats buat along and angah..teruskan mencipta kejayaan dan insyaallah tercapai apa yg dicitakan...

bestnye sis dpt ke bandung js duk dlm list lagik tak smpi2...hihi

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah Angah dah selamat daftar. Tahniah untuk Along jugak atas keputusan peperiksaan yg cemerlang.

Anak2 pun paham, kak Nza. Tapi hati seorang ibu memang macam tu kan, sentiasa teringatkan anak2nya :)

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

lepas along,angah pulak.sorg2 anak meninggalkan akk utk mencari ilmu..mesti rindu sgt2 sbb derang semua tak pernah berenggang dengan ibu ayah

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

Alahaiiu boleh plak clash dgn date akak ke bandung ye...

Tahniah buat along dan angah...menjadi anak2 akak....tahniah juga utk akak....

Salmi berkata...Reply To This Comment

Tahniah buat Along dan Angah. Sayang Angah dah nak pindah ke Uitm Kuantan. Uitm Jengka tu setengah jam je dari rumah akak. Kalau kekal di situ, boleh kita jumpa masa Yah lawat Angah..

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

Tahniah pada Along dan Angah atas kejayaan dalam pelajaran dan tahniah juga pada Nor suami isteri.

Semoga anak-anak terus berjaya.

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

tahniah utk along dan angah...semoga terus mencipta kecemerlangan...

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Tahniah buat satu keluarga. seorang berjaya, tentunya dengan sokongan seluruh ahli keluarga.

ariana berkata...Reply To This Comment

Uitm kuantan..tersangat lh dekat dgn rmh akak tu yah., senang2 blh lah ajak angah jln rmh acik ye..:)

About me