Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

28 Jun 2013

Kisah 2 Orang Budak Biru.

Hari Khamis dan Jumaat Naurah dan Beby 
ada program lawatan sambil belajar untuk
Badan Pengawas Sekolah di Putra Jaya.

Mereka di sana selama 2 hari 1 malam.
Bawa beg macam nak pergi 1 minggu...aduyai.
Ibu doakan moga anak-anak ibu selamat sampai dan selamat kembali.

Dan pagi-pagi si ibu tak henti-henti memberi pesanan :
Jangan nakal-nakal..
Jaga adik ye kak nana...
Jangan buli adik ye Kaka Nana..
Jaga tingkah laku..
Jangan lupa solat tepat waktu...
Tetiba dua-dua jawab serentak : YA...IBU!!!!!!!

Aduyai dah macam mak nenek pulak ibu nie....he3X...
Macam biasa ayah diam memerhati gelagat kami.
Ayah juga bergegas untuk ke tempat
seminar selama 2 hari.........
Tinggallah ibu, along dan Farouk.....
Sunyi sangat-sangat rasa tanpa insan-insan tersayang disisi.....

Sebelum bertolak kena paksa posing dulu......he3X....
Rindu budak 2 orang nie......

18 ulasan:

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Kat mana tu...? Dah dekat dengan area sekolah saya...

attyfir berkata...Reply To This Comment

dekat dah ngn unty..

Unknown berkata...Reply To This Comment

Ooo.. ibu tak ikut sekali ke? hehehe. seronok nya g rombongan zaman sekolah2 ni. Teringat pulak zaman saya bersekolah =)

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

senang jugak dua beradik ni sama2 pengawas ye..bile ada aktiviti ni adalah kakak leh tgk2 kan si adik..^_^

lizz berkata...Reply To This Comment

biasala ibu mesti risaukan samala ngan saya kalo anak nak gi lawatan memacam pesanan sambil lambai sambil mengingatkan dierang...
...dedua pengawas aderla penemankan...mesti dierang seronok tu...

ummiross berkata...Reply To This Comment

NzA..jomlah ikut sekali ke Putrajaya, dekat dah dengan rumah ummi tu.
hehe..comelnya je budak baju biru 2 orang tu posing, senyum je walau kena paksa.

Aziela berkata...Reply To This Comment

Mesti rasa sunyi kan kak. Dah biasa berkumpul bersama.... Takper kak...nanti boleh ajak Along jalan2 shopping2...

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Hati seorang ibu kan..walau kejap jer anak2 pergi tapi terasa lama sangat....

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

naluri ibu mmg camtu kan kak, risau kalau anak berjauhan walaupun sekejap.

Syazana Zainn berkata...Reply To This Comment

wahh bestnya pi rombongan sekolah

teringat waktu sekolah dulu, ibu kite pun suka pesan benda yg sama :p

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

dia org ada rombongan skolah ke...
sama lah cam js hari tu anak2 nk pi kem..mcm2 pesanan adooo..hehe..

mamaijat berkata...Reply To This Comment

. . .Rindu merindu dah jadi mainan. . .

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Dah besar anak dara NzA ye... :D

Syima ~Mama Kyra~ berkata...Reply To This Comment

Mmg rindu klu anak n suami tiada di sisi kan..tp rindu ni bagus bole mbuat hbgn btmbh kukuh ;)

Nur berkata...Reply To This Comment

Jauhnya lawatan sekolah. Risau juga bila pergi jauh camni yek, kak.

nieda berkata...Reply To This Comment

Ok jugalah dua beradik ni pengawas ada geng...tp hati ibu tetaplah gundah anak berjauhan kan

Salmi berkata...Reply To This Comment

Dua-dua pengawas ye. Mudahlah jika ada apa-apa program..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

byk sgt pesanan tu maknanya syg..mana ada ibu yg tak syg anak..:)

About me