Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 Jun 2013

JJCM di Bandung

Salam Isnin.
Hari ini ibu tak begitu sihat.
Seawal pagi dah terpacak kat sekolah tetiba rasa nak pitam dan pandangan jadi double vision.
So waktu perhimpuan terus minta izin ke klinik.
Hari ni diberi cuti......

Oklah hari ini nak cerita pasal JJCM masa kat Bandung.
Biasanya kalau ke luar negara, perkara utama ialah
yang kita fikirkan ialah berkaitan dengan makanan.
Kat Bandung teramat banyak gerai makan.
Bersepah-sepat tepi jalan.
Tapi kami diingatkan agar tidak membeli sebarang makanan di tempat
sebegitu kerana di takuti keracunan dan ada setengahnya tidak halal....
Cara yang selamat kita perlu kunjungi restauran yang terjamin kebersihan dan status halal.
Awas ye ibuk2!!!!!!!

Semasa di Bandung kami menginap di Ten House.

Sarapan pagi di sediakan.
Menunya amat simple.
Hari pertama dan ke 2 kami dihidangkan dengan nasi goreng kicap + teh O.
Teh 'O' merupakan minuman utama tak kira masa dan tempat.
Tak sempat pulak ibu nak snap gambar.
Kat atas tu menu sarapan pagi hari terakhir.
Ibu pun tak pasti nasi lemak ke apa tapi di makan bersama telur dadar dan sambal soon.

Restauran Padang-Mitra Sederhana Kasteur
 Kami singgah makan tengahari di restauran Padang.
Restauran ni besar dan 2 tingkat.
Amat selesa.
Bilik solat disediakan cuma ianya perlu berkongsi antara lelaki dan perempuan.
So , ibu dan along terpaksa pastikan bilik tu kosong dulu untuk solat.

Susunan pinggan perbagai menu di hidangkan.
Kalau tak silap ibu dalam 35-40 pinggan pelbagai menu.

Menu masakan  Padang macam biasalah.
Terdiri daripada gulai ala-ala masak lemak dan kari.
Pelbagai versi sambal yang pedas tapi sedap.
Tapi yang paling sedap sambal ijau + ikan bilis tu........

Pilih saja apa yang kita rasa nak makan.
Harga makanan dikira berdasar pinggan lauk yang kita usik sahaja.
So kalau agak-agak makanan  tidak menyelerakan atau tidak sesuai dengan tekak
jangan sekali-kali kita usik.
Kalau ceduk kuah pun tetap akan dikenakan bayaran...
Budget makan bagi seorang dalam Rp120.000=Rm40 seorang

Restauran Tone's Square
 Hari seterusnya kami di bawa ke Restauran Tone's Square.
Restauran ni pun besar dan luas.
Amat selesa dan disediakan zon untuk perokok....
Kalau kat Bandung jangan risau tentang nak bersolat kerana
di mana-mana di sediakan bilik solat.

Jalan nak ke sini amat-amat sesak...
Fuh!!! nak sampai ke sini kami dah kebuluran tahap gaban....
Kat sini pun masakan Padang.
Yang berbeza ialah menunya.

 Along dah kelaparan....

 Menu feveret ibu, kari kepala ikan merah jadi fokus utama....hehehe........

 Kalau datang ke Bandung jangan lupa order air Avocado + coklat= alpokat
yang femes emes tu.
Memang sedap sangat....nyum..nyum.nyum.....

 Dan tidak ketinggalan sambal ijau yang sedap tu.
Sambal tu pembuka selera dan sambal tu juga penyebab ibu alergik......
Satu lagi yang best, ayam di sini semuanya ayam kampung yang masih muda.
Memang sedap walaupun di goreng kunyit.
Budget makan kat sini dalam Rp130.00 = RM45 seorang.

Kampung Daun.
Kg Daun merupakan kawasan reakrasi dan disamping itu
disediakan pondok-pondok kecil untuk kita menjamu selera.
Kiranya kawasan ni 2 in 1.
Pusat rekrasi dan restauran.
Perjalanan dari Bandar lebih kurang 2 jam yang memenatkan serta mencabar ( nanti ibu buat n3 khusus).

 Pintu masuk.

 Daftar untuk booking 'pondok' bagi menjamu selera.
Kalau nak order makanan perlulah ketuk buluh yang disediakan di pintu masuk pondok tu.
Kalu tak, sampai kebulurlah kita di situ.

 Buku menu yang unik....

 Pelbagai jenis menu yang pelik-pelik.
Untuk selamatkan diri, ibu pilih menu yang biasa di makan.

 Menunggu makanan di hidangkan.
Dibelakang pondok tu mengalir air sungai yang sejuk dan jernih....
Amat-amat selesa dan rasa tenang di hati yang sebelum ni
berkeladak akibat perjalanan yang penuh dengan cabaran.........

Menu yang ibu pilih, nasi ayam penyek.
Bersama segelas jus alpokat (avocado + coklat) yang sangat-sangat femes.
Segelas dalam Rp25.000-30.000 =RM10+ tidak termasuk cukai.
Tak sah kalau datang Bandung kalau tak cuba jus alpokat yang nyummy tu....

Nasi ayam penyek di sini memang sedap walaupun sambalnya pedas berapi-api....
Sepinggan dalam Rp35.00 =RM15+ tidak termasuk cukai.
Budget makan untuk seorang Rp120.000 = RM40 seorang.

Ada beberapa lagi restauran yang terkenal boleh dikujungi di Bandung.
ibu rasa tak jadi masalah untuk mencari tempat makan yang sedap dan selesa di sini.

p/s:
*Ada kawan blog mengadu tak boleh tinggalkan komen kat blog ibu.
Kalau ada masalah klik SINI 

22 ulasan:

ummiross berkata...Reply To This Comment

Waaa NzA, bestnya makan2 kat Bandung, sambal hijau tu memang mengancam abih, apolkat tu, ummi tak pernah rasa, insyaAllah lain kali kalau pergi ummi nak try juga.

ps:ummi dah pos FM,ummi guna address sekolah NzA ye.

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
sekadAr brkongsi ummi..manalh tau kot2 ada kwn2 nk ke bandung..bolehlh mrk cari tmpt nie....sedap sgt2 ummi..kalau p bandung ummi kena cuba tau...

Syazana Zainn berkata...Reply To This Comment

seronoknya berjalan ke sana :)


p/s: terima kasih ibu sudi meninggalkan komen di blog kite. kite hargainya :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to syazana
seronok abiskan duit...he3X...

Sama2 ....

kurus berkata...Reply To This Comment

wahh seronok ke bandung
makanan disana banyak pilihan kan
kalau boleh nak makan semua ekke ;)
akak pernah ke jakarta aje . bandung x pernah sampai layie

Cik Rose berkata...Reply To This Comment

Salam perkenalan kak.. Follower ke #521..
bestnya dapat ke negeri orang kan.. jalan-jalan :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to ieda
mknan mmg byk, mcm kt Msia jugsk....Jakarta ke Bandung tu 2-3 jam je kak ikut hway....rugi ieda xpergi...

NzA berkata...Reply To This Comment

to ros_reeza
TQSM dear......sskali tgk tmpt org mmg best....

lizz berkata...Reply To This Comment

semunyer best-best menunyer...terlio ...

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Macam sedap je makanan-makanan tu semua............ meleleh air liur.

NzA berkata...Reply To This Comment

to lizz
mmg sedap n kena dgn selera.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to syahmi
mmg sedap syahmi.....tiba2 tringin lak nk mkn...

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Teringat pulak masa akak jalan bandung tu ari...bestkan NzA hendaknya shopping ;)

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

ualoh sedap semuanyer.... sedap belaka.. nanti kalau dapat gi sana kenalah refer sini balik yerk...

NzA berkata...Reply To This Comment

to cahaya hidupku
shopping mmg best sgt...terapi minda tuh...he3X....

NzA berkata...Reply To This Comment

to cho zila
boleh thn sedapnya....he3X...dialu2kan..buat n3 pn sekdar nk brkongsi dgn rakan2....

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Tumpang seronok tengok, kak Nza :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
he3X......

mamaijat berkata...Reply To This Comment

. . .Suatu waktu dahulu. . .

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
kenangan lama.......

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

bandung macam malaysia juga.kaya dengan makanan

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
Xbyk beza cz kita serumpun...masakan mrk pn lbh kurang sama....

About me