Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

25 Jun 2013

Ayah Bersidang...Kami Bershopping.

Hari Sabtu seawal jam 4 pagi kami bertolak ke KL.
Rancangan awal petang Jumaat dah kesana tapi terpaksa ditunda kerana uruskan hal penting di sini.
Naurah dan Beby tak ikut kerana ada urusan di sekolah.
Lagipun mereka berdua dah tak minat berjalan ketempat yang agak jauh.
Penat katanya......

6 pagi kami tiba di Hentian Putra.
Ayah parking kereta di situ kerana Persidangan ayah berlangsung di PWTC.

Selesai solat subuh ayah bawa kami ke PWTC dulu.
Pendaftaran ayah bermula pukul 8 pagi.
Masa kami tiba di Level 4 masih tak ramai orang.
Maklumlah ayah antara peserta terawal.......

Macam Farouk la pulak nak masuk bersidang.....

Along dan Angah yang mula bosan.....

 Muka budak yang dah mula bosan.

 Kena paksa posing.....sebenarnya ibu pun dah bosan tahap gaban.....

 Posing lagi.....

dan lagi...muka dah tak boleh senyum......he3X....

 Kami turun bersarapan di lobi PWTC.
Order nasi lemak dan pai ayam.
Nak tunggu bersarapan bersama ayah lambat lagi.
Kebetulan hari yang sama ada konvo pelajar IPTS.
Memang ramai orang....

Selesai sesi pendaftaran dan taklimat ringkas,
 ayah call suruh ibu dan anak-anak bersarapan di atas bersama peserta seminar.
Kami naik juga ke atas tapi perut dah kenyang.
So ayah suruh ibu dan anak-anak pergi shopping sementara ayah selesai
persidangan...
YES!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!...

Kali pertama ibu dan anak-anak naik teksi di KL....he3X...
Ayah bukan main risau.
Setiap setengah jam call...sms...call...sms....risau sangat takut kami kena culik agaknya.....walah.
Ibu maklumkan kami selamat tiba di Jalan TAR.
Bukan jauh sangat pun dari tempat ayah bersidang.
Jalan kaki pun sampai...2km je tapi kami malas nak jalan so naik teksi.

Ayah siap bagi "senarai semak" tempat-tempat best bershopping.
Walah....itulah cara ayah umpan ibu setiap kali bawa kami bersama..

Tiba di Jln TAR kami ke kedai buku dulu sebab motif utama nak cari buku-buku angah.

Inilah antara buku-buku yang angah perlukan.
Alhamdulillah dapat juga akhirnya setelah pencarian di Kuantan dan di Muar
tidak berjaya......
Berpinar biji mata ibu melihat buku-buku angah.....
Ni baru buku budak asasi..

 Wajah ceria Angah setelah dapat apa yang dihajat...
Along pulak over dok study buku tu kat tepi jalan.......
Katanya tiba2 tak sabar nak sambung degree bulan 9 nie......InsyaAllah.

Muka budak bosan yang temankan ibu bershopping.......
Along dan Angah banyak habiskan masa lepak2 dan baca buku.
Jadinya Farouklah jadi mangsa peneman ibu.......

 Jalan TAR.
Penat berjalan kami lepak-lepak di sini.
RUpanya hari Sabtu ada perhimpunan BlackOut 505.
Patutlah ibu lihat gelibat kumpulan ini.
Tapi Alhamdulillah situasi aman dan terkawal.....

 Farouk baru baik dari chicken pox...Parut pun masih bersisa di muka.

Lama juga kami di sini.
Ibu cuci-cuci mata sambil cuci-cuci dompet.....

Kami isi perut di AnW yang berhampiran..
Rasanya lama dah tak makan kat AnW.
Ibu order set family Combo.
 Along dan Angah...

 Farouk sekadar makan burger ayam..

Selesai isi perut kami sambung shopping lagi.
Ayah suruh ibu terus ke SOGO tapi Along pula dah mula sakit kepala.
Katanya tak larat dah nak menapak.
So kami sekadar pusing area situ je.

Ayah sms yang persidangan di sambung hingga ke petang.
Pada mulanya ayah janji nak jemput kami di SOGO..
Aduyai....ibu dan anak-anak dah habis jelajah.
Kaki dah mula lengguh-lengguh dan penat.
Fulus pun dah nazak.....
Lagipun ibu lihat jerebu mula melanda di situ.
Risau juga sebab ibu, Along dan Farouk pengidap astma.
Kami ambil teksi balik ke PWTC.
Terus ke surau Hentian Putra.
Solat dan lepak-lepak di situ sementara tunggu ayah selesai urusan.

Dan budak ini lena beradu di surau HP.......

Petang kami terus bergerak balik ke Muar.
OTW ayah sempat cadangkan nak melencong ke Genting Highland.
Anak-anak tidak setuju terutama Angah kerana petang Ahad angah terpaksa balik semula ke Kuantan.
Tiba di rumah dah malam........

p/s:
Terima kasih di atas ucapan dan doa2 sempena hari lahir ibu....

12 ulasan:

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

amboi kemain shopping..pandai ayah umpan ibu n anak2.hehe

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Kalau tak umpan dengan shopping, nanti takde sapa nak teman pergi... hehehe...

tapi first time saya baca entry pasal shopping dalam blog akak ni yang shopping sampai dah tak larat nak shopping lagi... hehehe

Kakcik Seroja berkata...Reply To This Comment

Belum ada rezeki untuk kita berjumpa, kan? :)

ummiross berkata...Reply To This Comment

Waa ke KL rupanya NzA, kenapa tak call ummi, kita shopping bersama, hehe..

Aziela berkata...Reply To This Comment

Ishh...ayah mmg sporting sungguh. Siap offer nak ke Genting lagi. Best2... Tapi memang x boleh enjoy kalau penat dan pening kepala.

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

hepi belated besday sis...
dh terlepas entry pasal tu kot..hehe

best nye dpt jenjalan..shopping mmg peberet js jugakkkkkkkk...kihkih

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Seronok ayah kali ni sebab kak Nza & anak2 temankan dia :)

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Letih jugak tu... balik hari kan..

Pandai ayah umpan ye.. :-)

Syazana Zainn berkata...Reply To This Comment

letih kalau balik hari

next time kena lama2 la hihi

:D

attyfir berkata...Reply To This Comment

nasib ayah umpan ngn soping..mmg sonok kan..

tak terlambat nak wish ,selamat hari jadi nza..semoga diberkati allah selalu ..diberi kan kesihatan yg baik ..amen..

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

bestnya dapat soping..!!! jelessss tau..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Bestnya jalan-jalan dan shopping.

About me