Semalam selesai sudah sesi pendaftaran Along a.k.a Farah Nabilah ke
Kolej Matrikulasi Melaka (KMM).
Along memilih menjadi pelajar matrik setelah menolak tawaran ke UiTM Shah Alam.
Perjalanan yang sepatutnya 1 jam 45 minit memakan masa 4 jam
akibat kesesakan jalanraya yang teruk.
akibat kesesakan jalanraya yang teruk.
Kesesakan sepanjang 4 km di kawasan berhampiran kolej.
2 jam kami terperangkap dalam kereta....
Pintu masuk utama.
Pondok pak guard.....
Dengan rasminya along bergelar pelajar matrik.
Semua itu atas pilihan along.
Along menolak tawaran ke UiTM di Shah Alam dan memilih ke sini.
Katanya ingin mengikut jejak pakcik/makcik (adik beradik ibu)
yang kebanyakan jadi student matrik sebelum menjejak kaki ke IPTA dalam dan luar negara.
Ibu dan ayah mengikut saja pilihan along.
Yang penting along tidak sia-siakan peluang yang ada......
Angahlah orang yang paling sedih kerana kehilangan
orang yang paling rapat dalam hidupnya.......
Dan farouklah orang yang paling gembira kerana "cikgu garang"
sudah tiada.........
Menuju ke bilik setelah 4 jam setengah melalui proses pendaftaran..
Bawa beg macam nak berpindah randah.
Bukan 1 beg tetapi 3 beg.
Nasib baik dapat bilik di ground floor...
Alahai anak perempuan ni lain sikit.
Kalau boleh habis khazanah kat dalam bilik dia nak angkut sekali......
Pendaftaran yang mengambil masa yang amat-amat panjang.
Seingat ibu, dari pengalaman mendaftar adik2 ibu ke IPTA,
inilah pengurusan yang paling lama.
Bayangkan dari pukul 2.00 ptg hingga 6.30 ptg baru selesai.
Ramai ibu bapa merunggut akibat sistem pengurusan yang tidak begitu cekap.
Pelajar-pelajar baru berkumpul selepas urusan pendaftaran selesai.
Ibu rasa mereka ni adalah pelajar yang mendaftar sesi pagi.
Along terlepas sesi ini kerana pendaftaran along pada sesi ke 3 (petang).
Masa ni kami baru bergerak menuju ke asrama.
Bayangkan nak ke asrama pun memakan masa hampir 2 jam akibat kesesakan
dan sistem pengurusan yang begitu tidak cekap......
Lebih kurang pukul 7.00 malam baru semuanya selesai dan kami terus bergerak
untuk pulang.....
Singgah solat di R&R Ayer Keroh.
Kat sini tidak disediakan bilik solat.
Mungkin kerana R&R ni terletak berhampiran dengan R&R Seremban.
Naurah sedang bersolat Maghrib di pondok yang disediakan khusus untuk bersolat.
Ala-ala pondok gazebo.
Sampai rumah lebih kurang pukul 10.00 malam.
p/s:
Good luck Along!!!!!
Semoga along terus cemerlang dan buktikan pilihan along
adalah yang terbaik.
Semoga along menjadi contoh yang terbaik untuk adik-adik.....
Dan pandai2lah menyesuaikan diri ditempat orang......
Ibu dan ayah serta keluarga sentiasa mendoakan yang terbaik buat along.
*Sekarang berada disekolah untuk menemani Naurah menjalani
ujian Permata Pintar anjuran UKM.......
*Sekarang berada disekolah untuk menemani Naurah menjalani
ujian Permata Pintar anjuran UKM.......
35 ulasan:
alhamdulillah....bijak pandai anak akak....along dah lepas ke matrik....naurah plak terpilih ujian permata pintar....moga ade rezeki naurah di form 4 nanti tuk join permata pintar yeak...tahniah kak...
Alhamdulillah... Nampak gembira jer Along... Semoga beliau tabah mengharungi minggu orientasi...
saya dan suami pun produk KMM tahun 2000-2002 dulu kak. Alhamdulillah, kami dua2 dpt jugak smbung bljr smp PhD kat oversea. Insya Allah ALong nanti pun boleh ;)
wah,,tahniah...
lya doakan moga mrk trus berjaya & berjaya...
semoga berjaya ye along. dan selamatlah hendaknya di sana. banggakanlah ibu bapa yang dah bersusah payah besarkan along ni ye.
Good luck & selamat maju jaya untuk along.
4jam menunggu proses pendaftaran..huhu..memang seksa tu kak...
KMM dekat skit klu compare dgn Shah Alam. Selalulah akak boleh dtg Melaka, bawak jajan utk along:-) Tahniah Along ...
R&R Ayer Keroh takde surau? Mungkin jugak kat restoran jejantas kot.
Selamat di sana
Along selamat menempuh alam baru... mesti kak ibu sedihkan kali pertama berpisah dengan along....
Good luck & selamat maju jaya buat along..
Lama betul ye sesi pendaftaran.. Seingat akak, masa along mendaftar di KMPK dulu, sekejap je dah selesai..
alhamdulillah..tahniah along.. bijak anak akak..
sungguh lama pendaftaran.. mesti amat penat menunggukan
** saya ni anak sulong baru 6 tahun.harap2 berjaya la nanti
to lieya
Syukur alhamdulillah..akak pn sbnarnya risaukan along tu cz dia bkn jenis tekun belajar..hrpkan otak yg boleh thn..moga dia terus cemerlang n begitu juga yg lain2.....InsyaAllah.
to aziela
he.he.he....gembira utk seketika tu...hr ni dh ngadu penat.....
to Yati chomel
ye ke????InsyaAllah, moga along pn mampu jejak langkah yati bagi merealisasi impiannya tu.....
Tahniah utk yati n suami.
to LYAfrina
InsyaAllah....mudahan begitulh nnti...
to anisalya
InsyaAllah, moga along xsia2kan hrpan family.....amin.
to siti murni
TQSM siti..
2lh, pengalaman yg agak teruk rasanya...hu.hu.hu...
to TH
betul tu TH...agak lebih dkt n senang sikit utk kami menjengoknya nnti.....
R&R yg menghala ke tangkak mmg xde tmpt solat.....
to cikli
InsyaAllah....
to mamaQS
InsyaAllah, mudahan mcm tulh...mmg sedih sgt nie...trbyg2kan dia...hu.hu.hu....
to kak salmi
Terima kasih kak mie.
2lh, xpernah yah lalui urusan pndaftran yg begitu lama masa daftar adik2 ke ipta....jenuh menanti....
to syiela
TQSM..syukur alhamdulillah..amat2 brsyukur dgn kurniaan ilahi...
InsyaAllah, moga anak2 syiela pn menjadi anak2 yg bijak juga.......
Alhamdulillah semu dah selamat. Selamat belajar along semoga berjaya semoga tercapai segala yg dicitakan.
.....masing2 ada alasan tersendiri bila 'along' dah x dok rumah lagi..
apa pula alasan ibu bila 'kehilangan' along juga....
he he he.....
sabar ye dinda.....along gi belajar aje tu...dan x jauh mana pun..kan!!!
Difahamkan kegagalan sistem adalah punca tergendalanya proses pendaftaran di beberapa kolej matrikulasi.. Masa untuk memaafkan dan redha, siapalah yang hendakkan kesukaran seumpama itu.. Mungkin adalah Allah kaffarahkan dosa yang terlibat daripada kejadian tersebut.
Alhamdulillah..jika ini pilihan Along, kita doakan ini yang terbaik untuknya. Cabaran matrik bukannya senang tapi Along berani menyahut cabaran tersebut, tahniah Along, teruskan perjuangan!
NzA.. Pasti nanti rindu-rinduan kat Along.
to kunang-kunang
Terima kasih kak ani...semoga along teruskan ushanya dan berjaya mencapai impiannya tu....
to mamaijat
ibulah org yg plg sedih saat ini..nk mkn tringatkan along..along anak yg manja..setiap kali ibunya makan pasti dia minta suapkan ke mulutnya..alahai, sabarlah hati......
to salahuddin
setiap apa yg brlaku ada rahmat disebaliknya...keadaan itu menguji kesabaran kita....jika kita sabar maka kita dpt ganjaran pahala....ttp ada juga ibu bapa yg mengamuk.
Moga dr kejadian itu dijadikan ikhtibar dr pihat yg brkenaan.....
to ummiross
begitulah hndaknya ummi, moga along mampu meneruskan kecemerlangannya disana krn dia tlh membuat pilihan..pilihan dibuat brdasarkan pndngan dr family yg lain....
dan saat ini kerinduan pd along makin membara.....hu.hu.hu...
Selamat belajar along...moga berjaya InsyaAllah..
Mmg btul pengurusan pndaftaran slow kan..samala masa,akak hantar anak 2 thun lps..masih tak berubah kan ?
to saniah
Thanks kak..
Yelh mmg slow sgt2..patutnya dh buat prubahan cz yg dtg mendaftar serentak......patutnya pjgkan tmpoh pndaftran tu.
Alhamdulillah ye kak selesai semuanya. Hermm matrik melaka? Kat londang ye klu tak silap shima. Tempat kembar shima blajar dulu tu hihi.. Shima dpt uitm alor gajah, tup2 abg plak dpt matrik melaka... mmg xleh pisah kembar ni kan hahahaha..
Selamat maju jaya along! :D
to shima
Alhamdulillah selesai sudah urusan tu shima.
Shima ada abg kembar rupanya..UiTM tu pn dekat kan dgn KMM tu.....
Selamat berjaya along..awak dh buat keputusan terbaik..hehe
Catat Ulasan