Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

9 Mei 2012

Kerinduan Terubat....

Sepanjang berada di Terengganu,
perkara pertama dalam minda ibu nak cari makanan tradisional.
Ingin melepaskan gian pada makanan yang jadi iguan ibu.
Sebenarnya ibu rindu pada kampung....hu.hu.hu.....

Makanan Negeri Terengganu dan Kelantan tak banyak beza.
Dan ibu pernah belajar di Maktab Perguruan Kuala Terengganu yang sekarang
dikenali sebagai  IPGM Kampus Dato' Razali Ismail.
Ibu sudah sebati dengan dialek Terengganu kerana ibu ramai kawan dari sana.

Seawal pagi hari pertama di K.Terengganu,
ibu bersarapan dengan nasi kerabu + ayam bakar madu.
Tak terkata nikmatnya.
Padahal suatu ketika dulu ibu langsung tak makan nasi kerabu walaupun ibu anak jati Kelantan.
Sekarang nasi kerabu jadi makanan yang dalam senarai teratas sejak berhijrah ke Johor.....

Hari ke dua, ibu bersarapan dengan Laksam.
Makanan kegemaran ibu sejak kecil.
Sedapnya tak terucap dengan kata-kata.
Kuah pekat secukup rasa ditambah ikan segar......

Pagi itu juga ibu order nasi dagangan walaupun ibu tak begitu mengemari nasi dagang.,
Sekadar melepaskan rindu kerana nasi dagang adalah makanan kegemaran mama.......

Juga keropok losong.
Yang suatu ketika dulu mejadi santapan ibu bila outing dengan kawan-kawan masa di kampus.....

Pencarian ibu seterusnya ialah di Pasar Payang.
Mencari serunding daging atau lebih dikenali dengan "sambal daging".
Banyak juga melabur kat Pasar Payang...hu.hu.hu......


Cuma ibu amat terkilan bila misi utama ibu untuk mencari kuih belimbing tidak kesampaian.
Puas ibu merayau sekitar Pasar Payang namun bayang kuih belimbing tidak ibu temui.....hu.hu.hu...
Ibu juga terkilan kerana niat hati untuk makan ikan + seafood celup tepung tidak kesampaian...
Kempunan...kempunan.....

Dengan gigihnya ibu search resepi ni kat internet.
Yang kelakarnya kat rumah takde acuan.
Suka suki je jadi kuih belimbing buluh tetapi rasanya lebih kurang sama........

beginilah rupa orang yang dah mula lupa diri......

hasil rembatan ibu.....

Hajat yang utama ialah bershopping....
Hampir muflis ibu dibuatnya.
Rembat beberapa pasang kain batik sutera yang semuanya cantik dimata ibu.
Rasa nak je kedai kain sutera tu ibu angkut sekali.
Tiba-tiba lupa diri....
Perangai yang tidak mampu ibu kikis sejak dulu...hu.hu.hu......
Bila nak bayar tiba-tiba terbelik biji mata ibu melihat
jumlah rembatan ibu........terketar-ketar tangan ibu membayarnyaaaaa....
Sabar jelah..
Boleh claim tak ayah???????.......

20 ulasan:

cheqna berkata...Reply To This Comment

ibu..
beshnya kalau dapat jumpa ni =)

sal ya berkata...Reply To This Comment

laksam mmg faveret husben saya jgk. kuih dia suka qasidah yg ada jual kat pasar malam dungun. kalau balik je mesti dia beli.

Unknown berkata...Reply To This Comment

kakak ipar mama dulu pun dia maktab di trengganu masa hari tu mama dalam perjalanan ke dari kelantan ke trengganu tu ada jumpa dulu maktab sekarang dah Institut apa tah....

makanan pantai timur memang sedap2 lako.... rindu mama dengan nasi kerabu ayam percik di pasir tumboh

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

Ooh..dah last sekali..part nak claim baru sebut nama ayah yer...haha....

saya suka nasi kerabu..the most! laksam & nasi dagang tak minat sangat. dan first time tengok kuih belimbing tu..

wahida berkata...Reply To This Comment

sedapnya ayam bakar madu tu kak...huhu..

org pompuan mcm tu lah kan kak...kalau dah bershopping mmg lupa diri, masa nak bayar terketar2 tgn tu...saya pun sama mcm tu kak...huhu...

mamaijat berkata...Reply To This Comment

...ha ha ha..kalau dah perempuan.....

untuk ibu apa aje ayah akan kata "BOLEH"...kan ayah!!!!!!!

ummiross berkata...Reply To This Comment

waa makan best2nya..

Batik tu memang meletop, memang boleh lupa diri kan NzA,hehe..

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

huhu...jeles sbb smua tu js suka...hihi..

NzA berkata...Reply To This Comment

to cheqna
yelh, ttp masa xmengizinkan...hu.hu.hu...

NzA berkata...Reply To This Comment

to anisalya
laksam mmg terbaik..ttp kuih tu akak xsuka sgt....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
ye ke???? agaknya thn bila ek????
mmg sedap2 mknan belah sana n brmcm2 jenis...byk pilihan.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to siti murni
kalau bab duit mesti ingat ayah....he.he.he...

nasi kerabu yg best...

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Saya suka sungguh keropok losong. Bila dah biasa makan keropok losong Terengganu, balik Penang pun asyik terkenang2...

NzA berkata...Reply To This Comment

to wahida
mmg sedap wahida......nyum..nyum...nyum...

itulh namanya wanita sejati.....ngee...

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

kak nza, mujurlah izan baru makan nasi kerabu beli kat sini sabtu lepas. nasi dagang dah lama MIL izan tak buat... terliur2 dah ni.

hehe... nmpknya shopping n kak nza mmg tak dpt dipisahkan ye...

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Beli jgn tak beli kak. memang rambang mata kalau ke pasar payang.

ps: sy tak pernah perasan pun kewujudan kuih belimbing tu.. nak kena cari juga ni. Entry akak telah buat saya teringin..

NzA berkata...Reply To This Comment

to izan
nasib baik izan dh makan kalau tak kempunan tu.....

entahlah izan, hait yg sgt2 xelok tu sbnarnya...susah nk kikis.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to zefa
akak byk brshopping kt Desa Murni...dh brapa byk melabur kt situ..

akak makan kuih tu masa dok maktab dulu..sedap zefa ttp trkilan cz hr tu xde lak dijual.....

Salmi berkata...Reply To This Comment

Nasi kerabu tu kegemaran akak.. Di sini mudah dpt sebab ramai org kelantan..
Bestnya dpt shopping batik.. Last akak pergi tahun lepas masa buat lawatan ke sk zainab 1

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

kecur air liur tgok nasi kerabu.sedapnya!

About me