Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 Mei 2012

Orang Belajar, Dia Tidur...

Syukur Alhamdulillah kelas malam tadi berjalan lancar.
Tidak sia-sia si cikgu merajuk.
Nampak perubahan sikap mereka.
Lebih berhati-hati dan tekun.
Rajuk cikgu bukan kerana benci tetapi kerana sayang.
Tiada istilah dendam dalam hati, apatah lagi perasaan benci.
Rajuk seorang ibu dengan anak-anak........

Setiap kali ada kelas malam,
pasti Farouk akan jadi peneman ibu.
Ibu pastikan Farouk bawa kerja-kerja yang cikgu bekalkan....
Siap bawa bekal.

Farouk cuma mampu bertahan 1 jam sahaja dan akhirnya.............zzzzzzzzzzzzzzzz.....
Bukan main lena dia beradu.....
Tidur kat meja mengalahkan tilam empuk gayanya.....
Memang dah sah anak ibu dan ayah yang kedua-duanya kuat tidur...he.he.he...

Dan lihatlah betapa anak-anak didik ibu begitu tekun
menyiapkan latihan Matematik yang diberi.
Sejuk hati ibu melihat mereka.
Doa  ibu sentiasa mengiringi mereka.
Semoga mereka mampu berjaya dengan cemerlang
seperti rakan-rakan mereka di kelas A......

22 ulasan:

mamaijat berkata...Reply To This Comment

.....Alhamdulillah.....
semuga jadi satu peringatan buat mereka hingga bila2 pun....

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

syukur rupanya rajuk itu ada makna...hehe..
moga anak2 didik ibu cemerlang dlm akademik..insyaallah

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Merajuk bersebab, untuk kebaikan mereka jugak. Saya pulak sekali sekala mengamuk suara dengar sampai sekolah seberang jalan. Sekali sekala pulak menangis sampai terketaq2 badan sebab geram. Lepas tu baru la dema terhegeh2 nak serius buat keja. Terukla cekguu camni. Harap2 dapat hidup sampai pencen la saya ni.

Unknown berkata...Reply To This Comment

Kak Ibu dah habis merajuk.... farouk ni boleh geng dengan abang qayyum le.... mana2 pun boleh tidur...masalahnya lelap pulak tu

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
InsyaAllah moga selepas ni mrk bringat2 dlm melakukan sesuatu.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to JS
he.he.he...sskali nk buat mrk sentap.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
begitulah dunia kita dinas...dh xde ayu bila marah...boleh roboh menara 4 tingkat bila menjerit....trkdg boleh mengalir airmata bila sedih..apa pun kita perlu kuat lalui semua ini krn inilh dunia kita smpai tua..hu.hu.hu.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
ye ke???hi.hi.hi...trkdg kelakar je tgk...org riuh rendah pn dia boleh lena dibuai mimpi2 indah.....

ummiross berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..sejuk hati cikgu kan.
Beginilah hidup cikgu, silih berganti kan NzA,ada rajuk,ada tangis tapi tetap ada gembira dan bahagia...

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

mia pun same kak...awal dah tersenguk tdo...penat gamaknye kat sekolah....

mummyrinazone beauty berkata...Reply To This Comment

eh farouk tuh wat keje umah2 tapi dlm tido..hikhik..cumil jer.dia mmg suka tido ek?alahai..takpelah janji dia ikut

NIA berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah.

alalala farouk comel je hehe.

Nur berkata...Reply To This Comment

Rajinnya, kak Nza, ada kelas malam. Macam tuition la ya. Beruntung anak-anak murid kak Nza. :)

ibuintan berkata...Reply To This Comment

rajuk cikgu tak ke mana pun, rajuk sayang yg lebihnya... tak gitu


alahai Farouk

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

rajuk yg membawa kebaikan apa salahnya kan..sedap je tgok farouk tido,rasa macam nak tumpang sekaki.hehe

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

kadang2 seronok jugak merajuk ngn budak2 ni...saya pun selalu jugak macam tu...

♥cybermummy♥ berkata...Reply To This Comment

rajuk tu biasa lah kan nza sbb saya pun suka merajuk dengan anak2 .. hihihi

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

sedapnya tengok farouk tido...tiba2 je saya pun mengantuk sekali..hehe

sekadar satu coretan berkata...Reply To This Comment

Waahhh lenanya farouk tidooo...

Maya Mayana berkata...Reply To This Comment

mimpi apa agaknya tu yerk? ala mokcu pun kdg2 tuisyen tersengguk-senguk..hehe

Salmi berkata...Reply To This Comment

Ada juga baiknya sesekali cikgu merajuk.. Menyedarkan murid2 drp angan2 dan khayalan..

Kesian Farouk. nampak mcm tidur dlm kepenatan je..

sal ya berkata...Reply To This Comment

insyaAllah kalau niat dia orang ikhlas dtg belajar dipermudahkan segala2nya.

About me