Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

30 Mei 2012

Ikan Toman Goreng Kunyit dan Asam Pedas Johor.

Sila jangan percaya dengan tajuk n3 ibu tu..
Memancing la sangat.
Pegang joran pun tak pernah.

Hari Jumaat lepas seorang rakan sekerja ibu bagi ikan toman.
Mak aiiii...banyak sangat, dalam 15 ekor.
Ikannya besar..Seekor adalah sebesar lengan orang dewasa.
Entah berapa belas kilo agaknya sebab pada anggaran ibu 1 ekor dah jejak 1kg lebih.

 Balik rumah terus bersilat kerjakan ikan-ikan nie.
Habis sisik-sisik ikan bersepah kat atas kabinet dapur.
Yang dasyatnya sampai sisik tu melantun naik ke kepala ibu...hu.hu.hu...
Sukar juga nak buang sisik kat badannya.
Lagipun ikan sungai ni berlendir dan kuat baunya.....

Biasanya kalau ayah beli ikan keli atau ikan sungai ,
ikan-ikan tu dah siap disiang dipasar..
Tinggal bersihkan dengan air asam je......

Setelah ikan tu siap ibu kerjakan,
proses mengagihkan ikan-ikan tu mengikut kuantiti ahli keluarga.
hi.hi.hi...macam kat kilang pulak....
Bila dah diasingkan memang banyak.
Rasanya 5-6X masak pun belum tentu  habis.
Stok-stok ikan tu ibu sumbat dalam peti ais.
Tunggu masa untuk dikerjakan.....

Menu pertama dari ikan toman.
Goreng kunyit aje + masak sup sayur + sambal ....hi.hi.hi...
Rasa isi ikan toman ni boleh tahan juga.
Isinya manis...mungkin ikan fresh.

menu hari seterusnya ialah asam pedas Johor versi ibu.
Ok jugak rasanya.

Resepi ;
Bahan dikisar:
4 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
2 hiris halia

Cara-cara :
Tumis bahan kisar dengan minyak panas
masukkan cili boh/ cili kering (yang telah dikisar)
Bila dah naik bau masukkan air, asam keping, garam, kuib bilis.
Biarkan mengelegak dan pastikan kuahnya sedikit pekat.

Agak-agak resepi apa yang best untuk masak ikan nie?
Boleh tak kawan-kawan bagi cadangan......


18 ulasan:

inazamri berkata...Reply To This Comment

tak penah lg saya mkn ikan toman ni.rasanya macam ikan keli ke?

Unknown berkata...Reply To This Comment

adehhh cam xleh telan je ikan toman huhu

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

tak pernah la ibu..sbb js tak mkn ikan2 camtu..huhu

mamaijat berkata...Reply To This Comment

..ha ha ha..
otai mcm mamaijat pun x penah tgk ikan ni..

NzA berkata...Reply To This Comment

to ina
rasanya berbeza dgn ikan keli dik cz isinya warna putih....xtau nk ckp mcm mana ek.....ngee....

NzA berkata...Reply To This Comment

to shima
1st time tgk akak mcm geli gak tgk cz ikan tu comel.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to JS
ibu pn 1st time cuba masak ikan tu tau...not bad....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
dinda pn 1st time tgk rupanya tu.....mmg cantik agaknya kalau bela kt akuarium.....he.he.he....

h4ni3 berkata...Reply To This Comment

banyak tulang halus2 tak k.nza?
Hehe, x penah makan jugak
banyaknya dia bagi.. Kalau beli, mau puluh2 jugak harganya tu kan..
Rezeki... :-)

LYAfrina berkata...Reply To This Comment

owhh..ikn toman ni.. mmg xpnh mkn lg

NzA berkata...Reply To This Comment

to h4ni3
ikan ni xde tulang hanie..mcm ikan kerisi isinya tu....2lh hasil pancingan kwn akak tu....mmg byk sgt dia bagi...dh rezeki terima jelh....

NzA berkata...Reply To This Comment

to LYAfrina
akak pn 1st time makan...not bad....

Salmi berkata...Reply To This Comment

Tak pernah lagi akak masak ikan toman sebab tak makan.. Ikan keli pun akak tak pernah makan..

Nur berkata...Reply To This Comment

Kita bakor je kak, cicah ayor asam. Tu la dia, ikan sungai ni, susah sikit nak siang yek, dengan bau dia lagi.

Kakcik Seroja berkata...Reply To This Comment

Kakcik tak pernah makan ikan toman. Tapi masak asam pedas itu nampak menyelerakan. :)

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

oh ini namanya ikan toman ye kak.hehe sy nie buta jenis ikan..:)

Unknown berkata...Reply To This Comment

Ape resep nak masak ikan toman tu. Kasi lah awak resep nye. Pengen gak nak belajar masak ikan toman tu

Zairiah zainal abidin berkata...Reply To This Comment

Rase nye mcm ikan haruan sis,

About me