Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

1 Oktober 2011

Kisah Pencuci Kereta

Akibat teringin sangat nak tukar selera dari Cik Silver ke Cik Hitam,
ibu terpaksa memejamkan mata bila tengok Cik Hitam comot.
Tambahan kalau hari hujan yang turun sederhana lebat tu
akan menambahkan kecomotan Cik Hitam.
hu.hu.hu....

Ibu ni dalam kategori yang teramat "RAJIN"  basuh kereta.
Masa pakai Cik Silver ibu dalam Zon selamat .
Walaupun berhabuk tetapi dalam pandangan kasar orang tak nampak.
Tapi Cik Hitam ni, dari pandangan mata kasar ke, halus ke...
kecomotannya trserlah.
Ala2 macam muka makcik2 pakai bedak sejuk gitu....
Tensi..tensi....

Dan ibu amat bersyukur kerana setiap kali
weekend, kalau tak Ayah, Farouk yang akan 
ambil alih cuci kereta ibu....
Tugas ibu hanya membedakkan Cik Hitam
dengan "bedak sejuk"...he.he.he....

 Dengan gigihnya Farouk cuci bahagian hadapan Cik  Hitam....

 Lap jangan tak lap.......

 Terus gigih mencuci kereta ibu.....
Ibu sekadar memantau sambil brFB.....

 Bahagian tayar pulak.....

 Eh, Farouk nak cabut tayar kereta ibu ke?????
Oooo..katanya ada debu hampir 1 kg melekat kat rim tu.
Apa-apa jelah Farouk, yang penting kereta ibu bersih berseri-seri....

Gud job......he.he.he....
Petang nanti ibu upah 'sosej'  feveret Farouk ye......

25 ulasan:

Suhana Shahril berkata...Reply To This Comment

Wah..rajinnya hero kak NZA tlg cuci keta. Ni yg buat x sabar nk tggu hero ana besar, bole tolong ana buat camni jgk.Jimat, xyah p cuci kat kedai...kekeke...ada ker plak berangan camtu?Mcm kes dera plak...kekeke

NzA berkata...Reply To This Comment

to suhana
kalau bab2 camni mmg dia rajin cz dpt main air....hi.hi.hi...

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Si Farouk ni dahla rajin try respi kat dapoq, tolong cuci keta ibu pun rajin. Sejuk hati tengok :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
dia suka sgt la dinas cz brpeluang main air...ha.ha.ha....trkdg dia mampu buat ibu panazzzzzz hati...

IMANSHAH berkata...Reply To This Comment

kalau hujan je, memang malas nak basuh keta, basuh pastu hujan balik

Ummiross berkata...Reply To This Comment

Bertuahnya NzA, rajin Farouk ni...

NzA berkata...Reply To This Comment

to imanshah
2lh, skrg ni hujan xmenentu n menambahkan kecomotan kereta tu....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
ada bnde yg dia minat mmg rajinlah ummi ttp kalau suruh baca buku, masyaAllah, liat sungguh.

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

rajinnya farouk.suka mkn sosej macam Aiman.hehe..seingt sy kereta sy sepanjang beli mmg tak pernah basuh sendiri.hantar kedai jer.comot dan pemalas kan?haha..

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
rajin tgk mood dialah tu..
suka sgt makan sosej ttp badan sekeping jugak......

akak bab2 nk antar kedai cuci ni malas nk tunggu...hi.

ibuintan berkata...Reply To This Comment

samalah kita Nza.. basuh kete takde dalam list kerja rumah, slalu abahintan saja yg basuh


untung juga Farouk rajin menolong, berseri2 cik itam tu

NzA berkata...Reply To This Comment

to ibuintan
2lh, mmg xde dlm list utama..mmg malas sgt bab2 kereta nie...hi...

nasib baiklah farouk voleenter...

Wanita2u berkata...Reply To This Comment

Salam mesra. :) Kak Fash nak ajak lawati www.portalwanita2u.blogspot.com.

Dapatkan juga update di sana setiap masa. Jom suggest this blogshop pada kawan² juga ya. :)

Pelbagai produk kecantikan & kesihatan ada di sana. Recommended products - Sabun Pelangsingan Badan, Sabun Payudara, Herba Dara Semula, Krim Manjakani, Jus Asmaranita, Jus Bidadari, Minuman Super Maxx 5+1. :)


Kini terdapat Promosi Istimewa : Tawaran Hangat : Pakej Bajet Istimewa

NIA berkata...Reply To This Comment

alolololo rajin anak bujang akak ni.hehehe.

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

bleh diharap ni farouk..hee~ good boy~ ^_^

NzA berkata...Reply To This Comment

to wanita2u
InsyaAllah....

NzA berkata...Reply To This Comment

to sizuka
trlebih rajin sudah....hi...

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamalieyna
bab2 ni mmg trsangatlah rajin eina cz boleh main air...hi...

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Rajin betul anak bujang akak ni..blh buat menantu..hiks.. :D

puanbee berkata...Reply To This Comment

rajin farouk nih , beza sungguh dgn anak dara bee

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
hi.hi.hi....masa kerajinan melanda....boleh gak brbesan nie...

NzA berkata...Reply To This Comment

to Bee
trkdg dia volunteer nk wat kerja ttp kalau homework mmg liat la....

Nur berkata...Reply To This Comment

Rajin farouk cuci kete. Tapi dapat upah ya. Mesti dia suka. :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to yati
every week dia slalu volunteer nk tlg cuci kete ibu..agaknya dia pn segan naik kereta comot kot...hi....

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

kereta itam mmg saket jiwa kite bile kotor kan kak ... tp hanie suke gak kete itam ni sbb nmpk class gituh ;)

rajen ank teruna sorang ni...bagus3x

About me