Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 Oktober 2011

Jambu Batu + Serba Salah.

2 hari lepas ibu bergegas hantar seorang anak murid pulang ke rumah.
Dia tak mau balik ke rumah tetapi mengarahkan "cikgu bertugas" 
hantar dia ke kedai buah ayahnya kat pasar tani.
Katanya mak dia berniaga di sana ....

Biasalah tugas seorang guru, yang terkadang terpaksa jadi "makcik Supir" 
kepada anak-anak murid yang sakit/pening/demam dan tercedera.....
Itu pun siap kena komplen dengan ibu bapa...
"Cikgu, kenapa tak terus hantar anak saya ke klinik.
 Saya tak ada masa nak bawa  anak saya ke sana"
Wow!!! Ayat-ayat yang dah sinonim dengan telinga "cikgu2 bertugas"..
Kalau terus bawa ke klinik terdengar lagi komplen:
" Cikgu jangan pandai-pandai bawa anak saya ke klinik..
Anak saya ada alergik dengan ubat..."
Aduhai...serba salah dibuatnya.

Tapi kali ini lain pula ceritanya.
Seorang murid ibu ni jatuh motosikal 1 minggu yang lepas
sewaktu persekolahan.
Tapi takut nak beritahu maknya.
Kebetulan sewaktu di kelas dia bergurau dengan kawan dan
si kawan tersepaklah kakinya yang memang dah sakit tu.
Mau tak si A tu menjerit kesakitan dan mengadu kakinya
dicederakan rakannya...
Bila disiasat barulah terbongkar rahsianya jatuh motosikal.......

Umpama superwomen, ibu terus la hantar A ke kedai ayahnya.
Alhamdulillah, si ibu amat-amat baik dan  dapat
menerima penjelasan ibu.
So ibu offer nak bawakan anaknya ke klinik.
"Tak apalah cikgu, nanti saya nak bawa  A ni pergi urut.."
"Terima kasih ye cikgu"
"Maaf kerana menyusahkan cikgu"
Sejuk hati ibu mendengar kata-kata mak A...

Terlanjur dah ada kat kedai buah, ibu memilih beberapa
biji buah jambu yang besar dan fresh tu.
Bila nak bayar mak si A menolak.
"Tak payahlah cikgu, saya bagi cikgu.."
Ibu berkali-kali menolak tapi mak si A berkeras tak nak terima bayaran.
Sempat ibu bergurau dengan A:
"Kalau awak demam nanti cari cikgu ye...Cikgu hantar awak balik.
Nanti cikgu dapat makan jambu "free" lagi.."

Itu satu lagi masalah bila ke pasar tani atau ke kedai,
mak/bapa murid-murid ni,
selalunya mereka selalu bagi "free"....
Terkadang segan juga kalau dah selalu dapat barang-barang "free" nie.
Terkadang jadi serba salah pula walaupun ibu tahu mereka ikhlas.....

.nyum..nyum....dah 3 hari stok jambu masih ada lagi......

36 ulasan:

h4ni3 berkata...Reply To This Comment

eh, saya pun nak tolong hantar budak tu balik jugak lah
hehehe ;)

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

adui dah kita tolong macam2 kerenah plak parents pelajar nie ekk..nasib yg nie ibunya baik.siap belanja jambu batu.untung2.rezeki akk la tu...:)

Iela Fazielah berkata...Reply To This Comment

mcm2 kan kak... tp sedapnyer jambu tu....

IMANSHAH berkata...Reply To This Comment

rezeki jangan ditolak

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Saya pernah sembang dgn seorang cikgu, dia kena ragut masa hantar anak muridnya g klinik.. kesian betul

Ps: sedapnya jambu tu kak.. :D

NzA berkata...Reply To This Comment

to h4ni3
hanie cr pesakit yg ada kedai buah..p antar...confirm dpt 1 loribuah free...he.he.he...

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
itulh nasib guru...buat baik salah, trlebih baik lg salah...hu.hu.hu....

dlm pd tu ada juga ibu/bapa yg baik hati....

NzA berkata...Reply To This Comment

to iela
mmg mcm2 ragam ilah......mmg sedap..rangup sgt2...

NzA berkata...Reply To This Comment

to imanshah
ttp trkdg malu2 kucing...he.

NzA berkata...Reply To This Comment

to zefa
trkdg semua itu brlaku tnpa diduga...

brtmbah sedap cz dpt free...hi.

ummiross berkata...Reply To This Comment

cabaran seorang guru kan NzA.
fresh nampak jambu tu,bestnya.

AHP Pie@Mohamad bin Wahid berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah,
keikhlasan yang 'dibayar' cash oleh Allah SWT

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah saya setakat ni tak pernah lagi terima maki hamun bila tolong hantar student balik rumah sebab sakit. Selamaaaaat :)

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

bukan sng jadi guru bertugas kan ...

wah rezeki jambu runtuh ni :p

Cikli berkata...Reply To This Comment

murah rezeki orang baik ni

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Dah rezeki akak tu..Murah juga rezeki akak..& murah juga rezeki mak A tu.. ^_^

jeBateja berkata...Reply To This Comment

kejap cikgu....cikgu nak citer pasal jadi supir ke....pasal dapat buah free ni....?


ahakz...ahakz....gelak den jeles....sebab tak de anak murid....

Suhana Shahril berkata...Reply To This Comment

Jambu batu..emm..sedap..sedap..sedap...

Nur berkata...Reply To This Comment

Baiknya kak Nza ni. Selalu kalau murid sakit, cikgu call je ibubapa, suruh amik kat sekolah. Kak Nza siap hantarkan balik lagi. Rezeki tu kak.. jambu. :)

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

syoknya kalau dapat mkn jambu...lagi2 kalau cicah colek....

moga terus murah rezki ibu anak murid akak tu berniaga ye...

MutiaraBiru@Ibu3A berkata...Reply To This Comment

kak nza,

ibu murid kak tu memang ikhlas tu & amat berbesar hati sbb kak antorkan anak dia ke tempat dia meniaga dgn selamatnya... memang gaya org yg tahu berbudi & menghargai pertolongan org..

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
mmg fresh...rangup n sedap....

NzA berkata...Reply To This Comment

to AHP
bukti Allah Maha penyayang....

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
pngalaman rakan2 yg brbagai ragam..ttp syukurlah slama ni pn akak masih blm menerima situasi camtu...

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummihanie
itulh nasib seorg guru yg trpaksa brdepan dgn brmcm2 ragam ibu/bapa....

NzA berkata...Reply To This Comment

to cikli
Alhamdulillah, syukur...

ibuintan berkata...Reply To This Comment

memang itulah antara tugas cikgu kan... yg penting kita ikhlas

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
rezeki yg Allah berikan.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to jebateja
hi.hi.hi....jeles ek...kt tmpt kerja jebat apa kurgnya...semuanya pemurahkan.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to suhana
mmg sedap....nyum...nyum..nyum....

NzA berkata...Reply To This Comment

to yati
xsmpai hati nk biarkan mrk yati..kalau jadi pd anak2 sndiri kita pn sedihkan....

NzA berkata...Reply To This Comment

to izan
mkn musim panas mmg sedap kalau mkn buah2 nie izan...

NzA berkata...Reply To This Comment

to mutiara
gembira bila diri dihargai......Alhamdulillah...

NzA berkata...Reply To This Comment

to ibuintan
betul tu kak. Besar ganjarannya dr Allah,....

anggunpesona berkata...Reply To This Comment

Buat baik dibalas baik. Cuma ada segelintir yg tak menghargai apa yg cikgu buat untuk anak2 mereka.

NzA berkata...Reply To This Comment

to anggun
itulh, trkdg kebaikkan n keikhlasan kita trguris mendengar kata2 yg xmenyenangkan..ttp xsemua begitu..ramai yg pennuh dgn budi...

About me