Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 Oktober 2011

Itulah Hakikat.....

Isu cikgu-cikgi naik gaji jadi perbualan hangat.
Debat yang sensasi masa kini.
Lebih hangat isu umur persaraan 60 tahun.
Jadi bahan cercaan dan lawak jenaka.
Ibu hanya meneliti satu persatu.
Membisu seribu bahasa.
Kadang-kadang tersenyum sendiri.
Macam-macam ragam manusia.
Ada saja yang tidak memuaskan hati.....

Yang baik ibu jadikan panduan dan 
yang buruk ibu buang jauh-jauh dari kamus hidup.
Setiap manusia ada baik buruknya.
ibu pun tidak terkecuali.......

Dan disebalik semua itu, ibu juga terpaksa berkorban.
Berkorban masa ditinggalkan Ayah saban masa.
Mungkin orang tertanya-tanya apakah tugasan sebenarnya Ayah
yang mana ibu sering ditinggalkan.

Ya, Ayah antara Ahli Majlis Tertinggi Cuepecs Kebangsaan.
Bertahun-tahun menyandang gelaran tanpa mengejar wang ringgit.
Berjuang tanpa mengira penat lelah, dan paling utama
terpaksa berkorban waktu dan masa untuk bersama kami.

Ya, ibu dan anak sering ditinggalkan.
Hujung minggu kami jarang bersama Ayah.
Apatah lagi sewaktu cuti persekolahan.
Disaat Along akan hadapi SPM tidak berapa lama lagi,
Ayah perlu terbang lagi ,ke Beijing pula.
Meninggalkan kami untuk kesekian kalinya.
Along pasrah, ibu redha....

Suatu ketika dulu Farouk akan menangis dan menangis..
setiap jam akan menelefon Ayah...
Bill telefon usah dikira...
Begitulah bila dia merindui Ayah tetapi sekarang tidak lagi.
Farouk dan kakak2nya sudah mampu terima hakikat
berkongsi Ayah dengan masyarakat.
Ibu tanamkan dalam diri anak-anak kekuatan.
Ibu ingin anak-anak jadikan ayah idola dalam perjuangan.
Walaupun mereka berjuang dalam bidang yang berbeza.
Dan ibu sudah mampu menerima semua itu.
Walaupun jauh disudut hati kecil pernah merintih.
Ibu juga manusia biasa.......

Bila mendapat sesuatu yang baik, "mereka" dilupakan.
Orang lain yang disanjung dan dipuja serta diberi 
ucapan tahniah mengunung tinggi.
Tapi bila mereka berjuang untuk sesuatu 
yang tidak disenangi,
mereka dikencam hebat.
Antaranya umur persaraan 60 tahun 
adalah idea Ayah dan orang kuat Cuepecs.
Dan semasa isu itu dibawa ibu turut sama berada di dalam dewan.
Seingat ibu ,ayah sebagai pengerusi sewaktu berseminar di Sabah.
Ibu sempat meneliti satu persatu alasan-alasan kukuh
yang mereka kemukakan setelah bertahun-tahun
membuat kajian demi kajian.....

Mereka berjuang untuk kenaikan gaji kakitangan awam
 terutama kaum guru.
mereka berjuang untuk semua penjawat awam.
Saban tahun menuntut bonus dan kenaikkan gaji.
Menuntut kurangkan beban kerja guru-guru.
Sanggup ke luar negara dengan pembiayaan sendiri
demi membuat kajian dan penyelidikan.
Menebalkan muka, 
mendaki tangga demi tangga, berjuang terus berjuang,
tanpa mengira penat lelah,
membetulkan apa yang perlu.

Penuh dengan ranjau.
memakan masa bertahun-tahun lamanya berjuang.
Terkadang mereka dijanjikan dengan janji2 palsu.
Terkadan pulang dengan kehampaan....

Bila berjaya, nama orang lain dijulang.
Tetapi ibu tahu Ayah dan rakan2nya ikhlas.
mereka tidak pernah mengeluh.
Mereka tidak pernah meminta untuk disanjung.
Apatah lagi dijulang nama.
Mereka sudah lali dengan cercaan.
Dan mereka tidak pernah minta balasan.
Cuma mereka inginkan yang terbaik untuk kakitangan awam.
Agar nasib kita semua terbela.....
Tidak ditindas dan terus ditindas...

ramai rakan2 tag ibu gambar ni kat FB...
Ibu tersenyum dengan gurauan2 mereka.
Siap tag dengan kata2 "Cik Abe mu la ni punya pasal"..
He.he.he...apa-apa jelah.....

Disini juga ibu "copy paste" dari FB....
Ini hanyalah sebagai koleksi ibu dan bukan ibu tujukan pada sesiapa.
Hanya sekadar peringatan pada anak-anak ibu juga.
Kerana mereka juga dilahirkan sebagai pelajar oleh guru-guru.
Agar suatu hari nanti mereka tahu menghargai guru-guru mereka.
Walaupun ibu seorang guru, anak-anak ibu cemerlang
ditangan guru-guru mereka.
Bukan kerana ibunya seorang guru..........






p/s : 
sebenarnya ibu pun tidak setuju dengan umur persaraan 60 tahun tuuuuu .... ibu pernah usik ayah nanti ayah lupa jalan balik rumah bila dh berusia senja sebab dah ny*ny*k...he.he.he..

Dan ibu amat respect pada Guru Besar ibu sekarang yang berusia hampir menjejak 58 thn yang begitu didikasi dan kerajinannya mengalahkan guru-guru yang baru posting.
Ibu jadikan dia idola kerana semangat dia yang memang layak bergelar guru.
Tahniah Cikgu Nik Fauziah Bt Nik Yusoh....
Ibu sangat bangga dengan beliau.....

34 ulasan:

ejaMaria berkata...Reply To This Comment

Ibu, jangan kecil hati dgn apa yg saya tuliskan ini ya...

bagi kumpulan kakitangan profesional mungkin kenaikan utk ke usia 60 itu ok... tahap kepakaran mereka boleh dikongsi... tapi...

bila kakitangan sokongan... saya mmg tak harap... saya sendiri dari kumpulan sokongan menjawat jawatan tertinggi... sudah letih, jemu dan sakit hati dengan kumpulan org yg dah berusia lebih 50 ni... bila diberi kerja / tugasan mereka mengeluh... kalau buat pun... kerja yg tak semenggah... menyampah sudah...
kalau tak disuruh bole pulak diorg main game la... bersembang la... internet la... menjahit pun ada... bole darah tinggi tau kita yg mengadap diorg ni...

saya selalu ingatkan diri sendiri, bila tua nnt jgn la buat perangai mcm tu... mmg di benci org nanti... :(

suhaina laui. berkata...Reply To This Comment

salam....sabar ye kak....saya mmg xkerja...tapi sy boleh pikir sebab musabab ape yg diberikan.....menuntut yg xpasti...mengata lbh dari yg dapat....yd dapat lak mcm xbersyukur....xtau la dunia akhir zaman kot.....semoga ALLAH SWT membals jasa pergorbanan suami akak n akak sekeluarga...amin

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

Assalamualaikum NZA,

Orang2 yang macam ejaMaria kata tu sebenarnya tidak tahu tentang halal haram rezeki yang mereka terima.

Kalau dalam masa bekerja yang mana mereka dibayar gaji sedangkan mereka seronok membuat sesuatu yang diluar dari tugasnya, apa hukumnya gaji yang mereka terima itu. Biarkan mereka sendiri yang menjawabnya.

Adalah tidak adil rojakkan semua sekali orang yang berusia 50 tahun ke atas berperangai macam tu. Mungkin ada sorang dua.

Saya pernah juga bergaul dengan orang Cuepecs ni termasuk dengan Presidennya Dato' Omar. Pernah sama2 duduk semeja dengan Dato' dan orang2 tinggi Cuepecs ketika membincangkan tentang isu gaji satu jawatan (tak payahlah saya sebut jawatannya). Akhirnya kami berjaya walaupun saya sendiri tidak sempat merasanya kerana saya memilih untuk bersara awal.

Apa pun saya tahu mereka semua sangat bekerjasama. Terima kasih Cuepecs.

Unknown berkata...Reply To This Comment

Maaf ibu ini juga hanya pendapat sahaja.....

saya sokong dengan pendapat ejaMaria tapi bukan pekerja yang berumur 50 tahun keatas sahaja tapi yang masih baru terutama yang bekerja dibahagian hadapan memang gemar dan amat menyusahkan kami bila berurusan kekadang tu sebab mereka menyebab kami ni jadi terpaksa menunggu kekadang tu alasan time sarapan, tengah hari dan minum petang bayangkan hanya berapa jam sahaja mereka bekerja tetapi kalau kami dah sampai berurusan dengan bahagian atasan alhamdulillah begitu mudah sekali bukan memandang pada pangkat atau pelajaran seseorang tapi itulah hakikat yang mama qs perlu lalui....

sekadar satu coretan berkata...Reply To This Comment

tak tau nak komen ape...
terpulang pada masing2..bile sudah dimanahkan satu kerja kene la buat dgn rase ikhlas dan bertanggungjawab...tak kire la pangkat rendah ke tinggi ke...

tengah berpiki2 sampai bila nak bekerja ni...

Iela Fazielah berkata...Reply To This Comment

oo..suami akak org ceupacs... presiden dia org UPM kan.. dulu org kuat bulan sabit UPM..skrg dia dah bz.. tp kami tahu...org ceupacs berusaha keras utk org2 kerajaan... pada ila ila bangga dgn mereka....

ibuintan berkata...Reply To This Comment

Nza.. sampaikan ucapan trima kasih akak kpd en suami Nza yang telah bersama2 memperjuangkan kenaikan gaji dan pemberian bonus kakitangan awam setiap tahun...

tentang pencen umur 60 tu...terpulang pada kita kan, tak ada paksaan kalau rasa boleh lagi berkhidmat dengan baik sehingga usia itu apa salahnya, ada juga beberapa rakan lama akak yg dah pencen namun masih mampu dan sanggup bekerja secara kontrak dan dapat berkhidmat dgn baik juga

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Terima kasih kpda Cuepacs krna sntiasa mmperjuangkan penjawat awam...
Saya sndiri pun rasanya tak pasti lagi nak bersara bila...semuanya brgntung pada kesihatan dan kemmpuan..

NzA berkata...Reply To This Comment

to eja
terima kasih eja krn sudi brkongsi pendapat n pngalaman...itulah, setiap org mcm2 ragam..ada yg bekerja krn Allah, ada yg bekerja krn gaji semata2, ada org kerja utk menyusahkan org lain, ada org bekerja kerana minat...krn setitik nila rosak susu sebelanga. trkdg faktor usia juga xdpt menentukan produktiviti seseorg...

NzA berkata...Reply To This Comment

to suhaina
itulah kita sebagai manusia yg lemah...trkdg tidak pernah brsyukur dgn apa yg ada dan trkdg sifat iri hati mengatasi segala2nya...
Thanks suhaina.......

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

biasalah kak.org hanya nmpk keburukan..kebaikan dan perjuangannya tk ada sapa tahu kecuali akk dan keluarga..terima kasih pada suami akk dan cuepacs.teruskan perjuangan..

pada akk dan semua insan bernama cikgu..sy sanjung anda semua..tanpa cikgu..kita tak jadi seperti hari ini..yg penting kita takkan jadi org tanpa ilmu cikgu..

NzA berkata...Reply To This Comment

to kunang-kunang
kita org yg disebalik tabir n terdekat secara langsung yg tahu bertapa perit dan sukarnya utk dapatkan sesuatu. Perjuangan dan penat lelah tidak pernah dipertikaikan..Yg penting kita bekerja kerana Allah dan InsyaAllah, rezeki yg kita dapat berkat n diredhai Allah.......

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
di mana2 jabatan mmg ada hadapi masalah mcm itu....Ada org yg dh berumur tetapi masih byk memberi sumbangan dan ada yg baru posting dh mula menunjukkan taring...sering menolak setiap kerja yg diberi..sebenarnya semua itu terpulang pada diri kita sendiri..jika kita sanggup makan gaji buta, kita akn lakukan kerja sambil lewa n tidak amanah...
Semoga kita tidak tergolong dlm golongan org2 yg sebegitu.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to aiinnoraini
yg pnting kita tahu setakat mana kemampuan kita juga tahap kesihatan..kalau muda2 pn dh malas bekerja, xmustahil bila dh brumur mkn malas bekerja....

NzA berkata...Reply To This Comment

to iela
Thanks Ila, perjuangan mrk tidak mengenal jemu dan semoga mrk tidak akan jemu utk terus membela penjawat awam....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ibuintan
InsyaAllah dan terima kasih....yg penting hati dan naiwaitu kitakan kak. Kalau kita bekerja kerana Allah, InsyaAllah segala tanggungjawab yg diamanahkan akan kita laksanakan dgn penuh didikasi.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to MP
betul tu MP, yg pnting kita tahu setakat mana kemampuan kita......

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
biasalah PK, ada org yg tidak pernah puas dgn apa yg ada dan ada juga yg jenis tidak senang melihat kesenangan org lain..Yg penting kita tahu tanggungjawab kita.......InsyaAllah...

ummiross berkata...Reply To This Comment

Begitulah nasib cikgu kan NzA, ummi telah lalui semuanya. Teruskan perjuangan dengan ikhlas, insyaAllah disisi Allah besar ganjarannya...

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
Begitulah dan nasib guru skrg lagi tragis krn beban kerja yg semakin mengunung.....

Cikli berkata...Reply To This Comment

jadi unsung hero ni pahala banyak cikgu. terima kasih kepada ayah farouk.

NzA berkata...Reply To This Comment

to cikli
Sama2...moga begitulh.

cikguNae berkata...Reply To This Comment

akak, Terima Kasih atas usaha Cuepecs... itu tidak mungkin dinafikan.

Mungkin, bantahan dan sindiran itu untuk golongan penjawat awam yang dimaksudkan oleh ejaMaria.

NzA berkata...Reply To This Comment

to nae
Akak bkn pejuangnya dan akak hanya merasai nikmat dr prjuangan mrk....

Betul tu, disebabkan segelintir org yg sebegini mencalar penjawat awam yg lain.....

IMANSHAH berkata...Reply To This Comment

salam
kat sekolah pun sama, ramai dah berkira2 nak sambung..puncanya?? tertarik dengan skim gaji baru..erm

perjuangan menaikkan gaji tu saya rasa ok, tapi tang sambung tu, saya rasa kalau ada pilihan saya nak berhenti usia 58

NzA berkata...Reply To This Comment

to Imanshah
kat Sk akak semua xmo smbung..msg2 dh ambil opsyen 56 thn aje...hi....

Unknown berkata...Reply To This Comment

betul tu kak...semoga kita bukan diantara yang seperti mereka....

bangga dengan keluarga akak semua....

Unknown berkata...Reply To This Comment

mana yg baik b uat teladan, yg buruk jadikan teladan..

Insya Allah kak, usaha baik suami kak Allah balas dlm bentuk yg lain.. percaya lah kak.

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
yg pnting hati kitakan mamaQS..InsyaAllah, ada ganjaran utk mrk yg ikhlas.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak yong
betul tu k.yong....krn Allah Maha kaya dan Dia maha mengetahuai keikhlasan kita....

Nur berkata...Reply To This Comment

Yati sekadar memerhati je, sebab abe Yati bukan kakitangan kerajaan. Tapi pada pendapat Yati, kakitangan kerajaan sangat beruntung, punya persatuan seperti cuepacs yang selalu berjuang untuk kebaikan, bonus, dll. Orang kerja swasta? Nan ado...

NzA berkata...Reply To This Comment

to yati
kalau xde kesatuan susah yati...tu pn puas naik turun tangga...berbincang n meeting xpyh cerita.......ttp biasanya swasta kalu dpt bonus lg lumayankan.

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

xapelah kak ... tugas guru tugas yg mulia ... tanpa guru,x terdidklah ank bangsa ...

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummihanie
thanks krn memahami dan menghargai....

About me