8 Tahun sudah umur si bujang ibu.
Cepat sungguh masa berlalu.
Rasanya baru semalam peristiwa itu terjadi.
Terlalu banyak ujian dan dugaan yang ibu serta ayah lalui
dalam membesarkan farouk.
Tragedi yang kami lalui:
-Sedari kecil Farouk pengidap Asthma yang agak kronik.
Setiap minggu perlu berjumpa doktor untuk dapatkan nebulizer.
-Alami paru-paru berair diusia 8 bulan..
-Pernah muntah darah membuak-buak kerana tertelan
serpihan kulit telur,
-tercabut gigi hadapan diusia 2 tahun akibat jatuh motosikal
semasa bersama ayah dan alami pendarahan yang teruk.
-Alami pendarahan semasa di Petro Sains akibat dilanggar tanpa sengaja
oleh seorang kanak-kanak.
Nasib baik staff disana bertindak cepat dengan membawa Farouk
ke klinik peribadi Tun Mahadhir Mohamad.
-Dan peristiwa yang tidak dapat ibu lupakan
bila farouk jadi mangsa langgar lari..
Dan banyak lagi ujian dan dugaan yang kami
lalui dalam tempoh membesarkan farouk.....
Ibu sentiasa mendoakan agar Farouk sentiasa
dilindungi Allah SWT.
ibu dan keluarga juga berdoa
agar Farouk menjadi anak yang baik, pintar, bijak, berakhlak
dan cemerlang dunia dan akhirat....
Amin....
diusia 3 tahun....
gambar terkini yang ibu ambil pada 5.10.2011
p/s:
Sebenarnya setiap kali kedatangan hari lahir Farouk
ibu rasa amat terkilan kerana berlaku kesilapan dari
pejabat pendaftaran berkaitan tarikh lahir dan waktu kelahiran
yang amat berbeza dengan yang sebenarnya.
Tarikh lahir sebenar :12.10.2003- 7.15 malam
Disijil kelahiran tercatat : 13.10.2003- 8.30 malam.
Bila ibu suarakan pada Ayah,
Ayah cadangkan agar ibu ikut sijil kelahiran kerana itu
sudah termaktub.
Tapi ibu akan meraikan kedua-dua hari tersebut.
Tapi ibu akan meraikan kedua-dua hari tersebut.
Dan yang pasti ibu rasa amat-amat terkilan....
12.10.2011 - disaat ibu melahirkan Farouk merupakan tarikh
bersejarah bila Hospital Besar Muar diwartakan sebagai
Hospital Pakar Sultanan Fatimah dan di rasmikan oleh
Sultanah sendiri......
35 ulasan:
moga farouk menjadi anak soleh yang menjadi penyejuk mata kedua ibu bapa dan pemimpin kepada org2 yg bertaqwa, ameen..
Selamat hari lahir buat anakanda Farouk.. Moga jadi anak yg soleh, berjaya didunia dan akhirat.. amin.
Happy birthday Farouk, semoga sihat selalu, semoga dilindungi Allah setiap waktu,semoga menjadi anak soleh..Amin.
Selamat hari lahir buat Farouk.
In positive side..Farouk bertuah..boleh sambut ulangtahun kelahiran pada kedua2 tarikh tu..:)
apa2pun mudah2an Farouk menjadi anak yg soleh, kebanggaan ibu dan ayah..amin.
semoga jadi anak soleh farouk
to AHP
InsyaAllah..insyaAllah..InsyaAllah...amin...amin..amin..itulh hrpan kami semua..terima kasih AHP
to zefa
Terima kasih...InsyaAllah....amin.
to ummiross
itulh yg kami hrpkan ..agar xada lg tragedi yg menimpa......amin....
to siti murin
InsyaAllah...amin..Itulah, disebalik kekurgan ada kelebihan....
to imanshah
InsyaAllah..amin....Thanks dik.
Banyaknya dugaan, kak Nza..Happy birthday Farouk, semoga menjadi anak yg soleh. Dengar cakap ibu & ayah naa :)
to dinas
mmg selalu diuji n semoga ujian itu merupakan sesuatu yg manis pd masa akn dtg......amin....
semoga menjadi pembeza hak dan batil seperti namanya
kenangan memlahirkan farouk merupakan yg terindah yer..ada sejarah disitu
nak membesarkan farouk juga begitu bernilai ujianNYA..
btw farouk umo 3tahun tu tak berubah langsung dengan sekarang,comel..:)
tahniah Farouk... hepi besday, moga Farouk menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup
to cikli
InsyaAllah...mudah2an gitulah.
to PK
byk yg indah n byk yg menyedihkan.....semoga ada yg manis menanti dihadapan.....
to ibuintan
InsyaAllah...moga2 gitulah hendaknya.....
eheh...boleh pulak jd camtu eh..kalau eina as ibunye pun, sure terkilan akan kekal selamanya...dan mesti nak celebrate di hari yang sebetulnya..hu~
apapun selamat hari lahir farouk..hope besar jd anak yng berguna..Amin..
selamat ari lahir farouk ...sabar sungguh akak mendidik n merawat farouk..kasih ibu membawa ke syurga...tahniah=)
to mamalieyna
2lh kecuaian pihak yg trbabit mempengaruhi kita seumur hidup....sedih n trkilan
thanks eina...amin...
to n.hezrina
itulah kasih ibu..biarpun sering diuji ttp kasih ibu dpt atasi segalanya....
happy birthday farouk!! smg membesar sbgai anak yg soleh..
to intanberlian
thanks intan.....amin.
Happy birthday, Farouk. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya. Amin... :)
happy birthday farouk.
camne tu kak boleh salah tarikh lahir n masa
apapun semoga farouk membesar menjadi anak yang soleh dan bijak...amin
to yati
Thanks yati.......InsyaAllah...amin..amin...amin....
to mamasyaza
thanks su..
2lh, trkilan sgt bila dpt sijil kelahiran farouk tu ttp dh xboleh nk buat apa.........trkilan sgt.
oh 8 tahun dah ingat 7 tahun farouk ni .. patut ler nampak bijak dan berdikari sikit
to Bee
dh lapan tau daaa aunty......he
trkdg manja lebih2 gak dia nie Bee..ngada2.
hepi belated besday Faroouk... owh, rupanya ade ksilapan di sijil lahir lahir... kalo saya pun hangin jugak, camno depa cuai sangat..
to kakyong
thanks k.yong...2lh kesilapan yg besar bagi akak..mempengaruhi fakta sejarah hidup seseorg.....
moga farouk terus membesar menjadi anak yg soleh ye kak...comel je gmbar dia masa umur 3 thn tu....
to izan
InsyaAllah....amin...amin..amin....
budak2 kecik semuanya comel2kan...
kejaap je dah besar kan farouk .. sebaya ank sulung hanie ...
semoga farouk mmbesar mnjadi ank yg soleh ! comel nyer gambor bby ;)
Catat Ulasan