Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 Oktober 2011

Jejaki Sejarah @Muzium Samudera (2)

Sesi jalan-jalan dan percutian singkat di Melaka 
weekend hari tu berakhir di Muzium Samudera (2)
setelah menjelajah ke
dan

Lega rasanya hati ibu kerana tidak perlu lagi menapak.
Penat sangat dan habis lenguh rasanya kaki dan lutut ibu
demi memenuhi keinginan 2 orang kanak-kanak ribena.
Habis longgar sendi lutut dan buku lali ibu......
Dan yang sedih terpaksa melupakan hasrat untuk bersama 
Ayah dan 3 Farah bershopping di 
Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan..hu.hu.hu......

Muka Kakak Naurah dan Farouk yang dah kepenatan tetapi masih bersemangat...

Kepenatan 2 orang kanak2 ribena hilang dan kembali ceria.....
Bakal penganti Dr Sheikh Muzaffar...
Ada bakat tak??????.....


Alahai tak tahu penat ke Kakak????
Ibu dah rasa macam nak je merangkak je...


Layan jelah Kakak Naurah posing...
Di sini kami berpeluang melihat dan memegang Metor.
Metor tu kalau dalam Bahasa Melayu dipanggil Tahi Bintang.
Memang berat dan lebih kurang macam besi....
Farouk siap tanya:
Kenapa tahi bintang ni tak busuk????
Staf di situ siap gelak-gelak dengan pertanyaan Farouk....
Terlupa pula ibu nak snap gambar metor tu.

Dan posing lagi....
Sebelah kiri kalau tak silap ibu replika hang Tuah dan
sebelah kanan tu pedagang Arab....

menikmati keindahan laut.
Rindu laut dan semasa OTW nak balik Ayah sempat  singgah ke Pantai Kelebang,Melaka.
Masa tu dah malam dan ibu pun dah tak ada mood nak tangkap gambar.
Ayah tengok ibu pelik kerana 
Ayah dah tahu ibu ni pantang lalu mana-mana, mesti snap sana snap sini..
Penat + mengantuk sangat masa tu.

Laluan terakhir...
LEGA!!!!!!!
Sampai rumah dah lewat malam......

p/s:
Esok ayah akan terbang lagi...
Hu.hu.hu...kena tinggal lagi dan lagi dan lagi..
Jangan lupa beli FM n souvineer ye Ayah.......

28 ulasan:

Cikli berkata...Reply To This Comment

tahi bintang tu tak najis.
farouk jd angkasawan tu macam sesuai je.

sonata anak kancil berkata...Reply To This Comment

salam - cepatnya balik - patutnya jalan2 pulak ke rumah saya !

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

sy pun nak tnya soalan macam farouk.kenapa tahi bintang tak busuk?

tp ada soalan tambahan..bintang berak ikut mana?hahaha

jgn mare yer..gurau2..:)

jeBateja berkata...Reply To This Comment

Tumpang tanya....replika hang jebat yg hensem mana..???...tak kan tak de...ahakz

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Anak2 klu dah jalan tempat2 mcm ni mmg tak rasa penat..sebab teruja..mak terpaksa layan.. ^_^

mummyrinazone beauty berkata...Reply To This Comment

dulum masa bujang suka lepak kat mahkota prade.tapi dah kawen suka lepak jj lagi..dataran pahlawan tu besh jugak..banyak barang2 cuci2 mata=)

Unknown berkata...Reply To This Comment

padat sungguh xtvt ronda2 ke Melaka tu ya... :)

seronok tgk anak hepi.. dpt explore mcm2..

Maya Mayana berkata...Reply To This Comment

emm tahi bintang tu meteor

soalan farouk tu buat yana ketawa la...haha,kalau busuk mesti org tk nk simpan :)

ummiross berkata...Reply To This Comment

Hehe NzA, longgar sendi lutut takpe lagi, kalau ummi boleh terkehel ni...

wahida berkata...Reply To This Comment

kak, budak2 tu tak penat sbb tenaga dorang kuat lagi...mcm kita ni, jln sikit pun dah tak larat...huhu...

NzA berkata...Reply To This Comment

to cikli
dia confius cz namanya taik...hi...

NzA berkata...Reply To This Comment

to sonata
Maaf la kak cz kalau p berjln xsah kalau xpenat..bila penat mula ingat rumah jelh...hi

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
ha.ha.ha...pelik jugakan kalau difikirkan..kenapa namanya camtu...

NzA berkata...Reply To This Comment

to jebateja
yelh, xdelah pulak...hu.hu.hu...

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
yelh, kita yg penat, budak2 enjoy jerrr...

NzA berkata...Reply To This Comment

to n.hezrina
akak pn suka ke dataran pahlawan tu...byk brg2 souvineer yg cantik2...

NzA berkata...Reply To This Comment

to k.yong
nk kejar masa camtulah kakyong..kalau boleh nk pergi byk tmpat ttp kena KIV dulu..sekurg2nya anak2 dpt serba sedikit ilmu....

NzA berkata...Reply To This Comment

to yana
Opps!!! salah eja ek...Thanks..

2lh, kelakar budak2 ni..mcm2 dia boleh trfikir...

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
1 minggu juga ummi nk pulih tu...bisa2 rasa badan....

NzA berkata...Reply To This Comment

to wahida
yelh, tgk budak2 ni berlari sana sini, kita nk menapak pn dh xlarat...

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

bestnyer muzium .... ;) sonok budak2 tu ek kak ;)

p.s : kak,menyibuk tanye jap .. name akk hanisah ke ? terkezut sy tgk link atas tu .. ;) hehe

ibuintan berkata...Reply To This Comment

seronok gi Melaka kan... walau kecik namun banyak tempat boleh dilawati


kalu pergi semua tmt memang tak terlayan dek penatnya

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummi hanie
budak2 tu seronok ttp ibu yg kurg seronok..

Hanisah tu nama mama akak..sama dgn nama hanie kan......

NzA berkata...Reply To This Comment

to ibuintan
betul tu kak, w.pn kecil ttp byk tmpt menarik di sana...mmg xtrlayan...hi..

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

oic ... name mama akk .. yer,same dgn nama hanie ;)

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummi hanie
ye hanie dan binti akak n mama sama2 Abdullah krn arwah atok pn brnama sama dgn abah akak.....sbb tu bila akak hantar brg2 kt mama mesti posmen kata bungkusan dr adik...he....

Nur berkata...Reply To This Comment

Kalau la tulang kita kuat dan banyak tenaga macam anak-anak kita ya, kak. Hehhe... Yati pun layan anak kat playground tak nak balik pun dah lenguh. :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to yati
2lh, bila makin meningkat umo mkn xlarat rasanya...

About me