Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

25 Jun 2009

Suprise lagiii.....

Story 3
Hari ni aku terima lagi satu suprise dari anak-anak muridku....Pagi-pagi aku free dan cuba buka internet kt bilik khas ku..eeemmm, dah 2 hari tak ada line. kenapa ye????????. Bosan pulak aku rasa. So aku siapkan fail-fail yang terbengkalai....Menimbun-nimbun kerja menungguku. Apa nak buat. Terpaksalah aku siapkan juga.......

Sambil menyiapkan kerja-kerjaku tu, sempat juga aku melepaskan stress....apa lagi, ........melukislah. Hilang segala tekanan kerja aku untuk seketika........hemmm, lapang dan tenang aku rasakan....


Sejam sebelum waktu rehat aku ke kelas Tahun 4 untuk subjek Mathematics...sebagai tanda terima kasih untuk kejutan semalam, aku belikan bebudak tu cenderahati, murid perempuan aku belikan sepasang sepit rambut comel dan untuk murid lelaki pula aku belikan gam kartun...eemmm happy nampaknya bebudak tu semua.....ramai-ramai mereka ucapkan terima kasih kepada aku....
Sebelum rehat datang 2 orang murid perempuan iaitu Nuris dan Sa'odah (murid tahun 5 ) jumpa aku. "Cikgu kejap lagi pergi ke kelas kami ye"......" kami nk sambut birthday cikgu "....Aku terperanjat untuk kali yang entah ke berapa. Emm...gembira sungguh aku rasa dengan penghargaan dari anak-anak muridku. "Insyallah cikgu akan ke sana nanti ye..".. "Terima kasih".

Waktu rehat aku dah tak suspen lagi coz sudah dimaklumkan mereka nak sambut birthday aku. Terus aku meluru ke kelas Tahun 5. Sambil tu terbayang kek yang mereka tempah...tersenyum aku sendirian dengan kesungguhan akan-anak muridku itu.......
Patutlah semalam mereka semua keluar bersalaman dengan aku sewaktu aku melintasi kelas mereka...rupa-rupanya mereka pun tahu bila birthday aku. Menurut kawanku Mahani, bebudak ni siap ke pejabat untuk lihat tahun kelahiranku.....siap kira berapa usiaku sekarang..... eemmmm, dah tua rupanya aku ni....


Buka aje pintu kelas hampir pengsan aku dibuatnya. Mereka sambut aku dengan bunyi letupan yang agak kuat.....Terperanjat aku dibuatnya.. Aku dah set kat kepala mesti mereka akan sambut aku dengan ucapan dan nyanyian seperti yang dilakukan oleh murid-murid tahun 4.....rupakan lain pula caranya.....hai, terperanjat lagi aku.....
Hai..macam-macam kerenah anak-anak muridku nak tunjukkan kasih sayang mereka pada aku. Apapun aku tetap bahagia.......

Mereka bawa aku ke meja dan suruh aku potong kek sambil mereka nyanyi beramai-ramai. Untuk kesekian kalinya aku rasa amat terharu dangan penghargaan yang mereka berikan...Aku kehilangan kata-kata....aku juga menerima sebungkus hadiah......sepasang kain yang cantik coraknya...Aku hanya mampu ucapkan terima kasih....dan aku tidak lupa berikan mereka buku nota kecil yang comel yang kebetulan dijual di kedai buku sekolah sebelum mereka pulang sebagai tanda terima kasih aku pada mereka......
Terima kasih anak-anak muridku di atas ingatan yang kalian berikan........Tidak terbalas segala yang kalian berikan buat cikgu....


Terima kasih juga untuk Amir Hamzah Tahun 4(salah seorang pelajarku yang baik dan tekun) kerana beri hadiah kepada cikgu, begitu juga dengan Shahirah ( rajin menolong cikgu)...juga untuk semua anak-anak murid cikgu.....cikgu doakan agar kalian semua menjadi anak-anak yang baik, soleh/solehah dan mencapai kecemerlangan di dalam pelajaran...amin..

8 ulasan:

MatAhaRiKu berkata...Reply To This Comment

SELAMAT HARI LAHIR BUAT CIKGU..wah seronoknya bila diingati esp oleh keluarga and anak2 murid..mesticikgu seorang yg cukup memahami n supporting..kagum la..

airul in da houSE berkata...Reply To This Comment

wah..best la jadi cikgu zakiah...cikgu zakiah sporting sebab tu anak2 murid suka...hrrmmm,kalau jadi doktor nanti takkan la pesakit nak sambut bestday doktor kot,hehehehehe....nway,best lah jd cikgu lebih2 lg apabila diberi kejutan sebegini oleh anak2 murid...

Roha berkata...Reply To This Comment

wah....bestnyer dapat surprise!

iman berkata...Reply To This Comment

cikgu glamor kata kan,anyway wish u happy belated birthday yang ke...

NzA berkata...Reply To This Comment

Terima kasih untuk matahari krn sudi baca story2 tu. Juga terima kasih di atas ucapan matahariku pada akak...thankz a lot...

NzA berkata...Reply To This Comment

Thankz cta. Mmg seronok dpt surprise cam tu....

NzA berkata...Reply To This Comment

Thankz to dr Hairul..mmg sronok diingati dan dirai gitu...xkira kerja apa, kalu kita ikhlas dan jujur mmg kita akn dihargai dan dibalas dgn kebaikan..amin...

NzA berkata...Reply To This Comment

Thankz iman...doakan kebahgian ibu bersama kluarga..emm, umur tu rahsia kot....he,he, he...

About me