Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

20 Jun 2009

Kampung Budaya Sarawak.

.Perjalanan ke Sarawak dr Air-port Senai cuma memakan masa 45 min je.
Ibu ke sana kerana ikut ayah berseminar.
Cuma Farouk je yg ikut.
4F terpaksa ibu tinggalkan dengan Tok Mak.

Ibu naik penerbangan seawal 9.00 pg dan smpai lebih kurang pukul 9.45. pg.
Sesampainya ke Sarawak, kami terus di bw ke rumah Ketua Menteri kerana
 kebetulan hari tu adalah perayaan Hari Gawai.
Aduzzz, penat tak payah cerita tapi yang bestnya maknannya teramat sedap.
Chef2 hotel trkemuka yg sediakan makanan.
Macam-macam menu ada, kambing panggang black pepper yang paling best.
Pelbagai jenis kek lapis Srwk di hidangkan.

Yang paling mengharukan bila bagasi kami tidak kunjung tiba hingga malam.
So terpaksa la kami pegi dinner kat restauran Jepun dengan pakaian yang sama.
Redha jelah.
Semasa dinner kami dihidangkan dengan makanan Jepun.
Semuanya sedap-sedap.

Hari ke 2 kami di bawa ke Budaya Sarawak.
Ala-ala Mini Malaysia  kat Melaka tu.
Tapi tempatnya lagi luas dan rumah-rumahnya lagi banyak dan unik.
Memang seronok sangat tapi agak penat kerana sesekali ibu terpaksa memangku farouk.
Ibu dan Farouk di atas rumah panjang.


seorg pemuzik sdg memainkn alat muzik tradisional

penari2 tradisional masyarakat Sarawak...
Persembahan tarian tradidsional di salah sebuah rumah.

di pintu masuk ke dewan besar di Kg Budaya.
Ada persembahan kebudayaan selama 2 jam di sini...

ayah cuba menyeberangi jambatan buluh...
Ibu tak join pun sebab masani ibu sorong Farouk dengan stoller.


di perkarangan rumah panjang...


bersama seorang kaum penan.
Kecik je saiz orang ni.
Hi...pakai cawat jerr....
Seksi sungguh.
Farouk pun tak sanggup nak tengok.



Farouk tertidur...kepenatan di dlm stoller

bukan main lagi mata farouk dok jeling2 kakak cantik kat sebelah tu....
Salah seorang penari di sana

p/s
(kenangan 2.6.2004)

0 ulasan:

About me