Lebih kurang pkl 8.30 ayah dtg kt sk n terus ke kelas Naurah & Farouk. Ramai sgt ibubapa dh dtg so ayah ajak ibu ke SMKBG dulu. Sesampai di sana kami berpecah. Maklum le nk kejar masa....
Ibu terus ke kelas along...hemm..kena panjat tangga ke tingkat 4. Jumpa cikgu along n berbincang ttg result along...Alhamdulillah along masih tersenarai dalam TOP 10..ttp ibu xgitu puas hati dgn result along maklumlah tahun ni along nk duduki PMR... Besarlah harapan ibu agar along boleh ulangi kecemerlangan along masa UPSR dulu...ibu mengharapkan along dpt 9A...Emmm tinggi sgt ke hrpan ibu ni????????...ttp ibu rasa along bolh kalu berusaha lebh ckit...Sempat gak ibu bebelkan along dpn cikgunya...senyum jeerr cikgunya..... So far menurut cikgu along budk baik kt sk. Xprnh buat masalah.......
Lepas tu ke kelas angah kt tingkat ke 2 pulak...berpeluh smpai ke kaki....eemmm, kekonon melaram dgn baju baru yg ibu beli kt Kelantan....eemmm hampeh!!!!..Hem, jumpa cikgu angah...panjang lebar dia bercerita smpai ibu pun xsmpt nk mencelah...Alhamdulillah....bangga sungguh ibu bila cikgu dok puji2 angah seorg murid baik, cemerlang, pintar n tekun. Angah kekalkan tempat 1. Mmg budak sorng ni dari kecil nk yg terbaik jerr...Tulh sbb xsbr nk kluar awal (ibu lahirkan dia waktu kandungan 7 bln-kata doktor.., budk xsmpt siap...he) xbolh kalu org nk kalahkn dia...
Last sekali ayah ke kelas Beby...eemmm, mcm biasa ayah no comment. Ibu cuma tengok report kad beby jeerr...emm, result Beby agak merosot dari UPPM 1 hari tu..banyak main le tu. Otak bolh tahan ttp terlebih vitamin M.....hai siap le balik rumah nnti dengar syarahan ibu yang panjang lebar.....
So far...ibu bersyukur dan bangga dengan anak2 ibu...Harapan ibu, ayah, keluarga dan guru-guru agar anak2 ibu mengekalkan kecemerlangan sewaktu UPSR dulu. Betapa bangganya ibu, ayah, keluarga dan guru-guru bila kalian berjaya dengan cemerlang. Walaupun kalian pernah ditawarkan ke sekolah berasrama tetapi ayah berat hati melepaskan kalian krn menurut ayah kalian masih kecil (sebenarnya ayah takut berjauhan dgn kalian...hi.hi.hi). Kalian bertiga ditawarkan ke Kelas Rancangan Khas Agama. Kalian dijaga, ditatang umpama anak emas oleh pihak sekolah. Banyak keistimewaan yang diberikan kepada kalian kerana kalian semua adalah murid2 harapan sekolah....Jangan hampakan harapan tinggi yang pihak sekolah letakkan dibahu kalian. Jadilah anak2 dan murid kebanggan ibubapa, keluarga dan guru-guru...itulah hadiah yang paling berharga buat kami semua.....
Setelah selesai urusan ayah menghantar ibu balik semula ke sekolah....eemmm..bila member nmpk jerr ibu, terus jerit suruh ibu ke gerai..."wanted"...Hai, baru nk bersantai, peluh belum lagi abis menitik dh kena bungkus roti john....nasib le...Tengah dok syok berniaga, baru teringat 2 org lagi ank2 ibu yg blm smpt ibu jumpa cikgunya....Berkejar ke kelas PRA. Emm..apa lg si bujang tu dh merah mata menangis cz dh tinggal dia sorg jerr...Alhamdulillah si farouk dpt 3A dari 3 subjek...
Bergegas ke kelas Naurah..kesian anak dara yang skema sorg ni. Sanggup ikat perut tunggu ibu dtg.. ....eemmm...Alhamdulillah...Naurah tetap kekalkan kecemerlangannya (dapat 7A1 dari 7 subjek) walaupun dh jatuh no 2 (time exam dok cbuk exited nk blk kg)..Bangga sungguh ibu dengan anak2 ibu.....
Anak2 ku....doa ibu agar kalian terus cemerlang. Kekalkan prestasi dan berusahalah demi untuk masa depan kalian. Kejayaan kalian adalah hadiah yang paling berharga buat ibu dan ayah. Hanya dengan ilmu kita dihormati dan disanjung orang.....tanpa ilmu siapalah kita....kita akan dihina dan dikeji.....ingatlah pesan ibumu ini.......
7 ulasan:
MMMM....BETUL,BETUL,BETUL!
best la korang ade adik beradik ramai...iman sorang-sorang je,blogging pun layan sorang je.heheheh
1.http://dairy-farouk.blogspot.com
2.http://dairy-farahnaurah.blogspot.com
3.http://youngchef-beby.blogspot.com/
along,angah mane blog dia
cik ta... blog amir & amar takde ke,kasi lawan sama ibu punye family...nti iman surah mama beranak lagi utk tambah koleksi keluarga haji abdullah.hahah
tulh..suruh le mama branak ramai2 cam ibu. Kalu boleh cukup 1 team bola sepak...kn best gitu.mmg sronok adk bradik ramai, dh xpyh cr kwn lain...eemm blog along n angah blum wujud lg cz depa cbuk ckit. blog k.Naurah n abg farouk ibu yg uruskn..hi,hi,hi...URL k.nana yg betoi cam ni lee. http://www.youngchef-beby.blogspot.com . byk resepi yg best koleksi k.nana tu....suruh mama ambil resepi tu n msk yepp...
to cta....eemmm betul!betul!betul!....
(Surat untuk 4 Farah dan farouk)
Assalamualaikum,diharapkan kalian berada dalam keadaan sihat hendaknya.
Masa berlalu pantas,kadang-kadang kita tidak sedar pun perubahan-perubahan yang telah berlaku dalam hidup kita.Sebagai contoh,Ayah Yu berasa baru semalam Ayah Yu menduduki peperiksaan PMR,tengok-tengok sekarang anak saudara Ayah Yu,Along yang akan menduduki peperiksaan terpenting itu tidak lama lagi.Along sahutlah cabaran keluarga yang mahu melihat kejayaan Along.Gunakan sepenuh masa yang tinggal ini dengan sebaik dan sebijak mungkin.Gunakanlah segala kekuatan dan kebijaksanaan Along dalam merancang dan merangka strategi untuk mengulang kaji pelajaran agar lebih cepat,pantas dan berkesan.Kejarlah masa kerana masa amat gembira untuk meninggalkan kita.Jaga kesihatan.Jaga hubungan kita dengan Allah dan manusia.Lakukan yang terbaik kerana kita mahukan yang terbaik.Untuk mengecapi kejayaan bukanlah semudah kacang,kita harus bersabar,tekun,sedikit berkorban,semangat juang yang tinggi serta keyakinan itu amatlah mustahak.Rancanglah pembelajaran Along agar lebih berkesan.Jangan terlalu tertekan dan jangan menangguh dalam apa-apa perkara.
InsyaAllah,Ayah YU yakin Along pasti akan mendapat target yang Along inginkan.Cuma,kalau mahu berjaya,kita kene bekerja keras,bukan hanya mengharapkan suapan dari orang lain.Bukan senang untuk mendapatkan apa yang kita inginkan,tapi bukanlah mustahil,dan perkara itu akan menjadi mudah kalau kita mempermudahkannya.
Akhir kata,nasihat ini bukan Ayah Yu tujukan untuk Along saja,untuk angah,bb,naurah n fayut...
salam dari afrika utara,mesir.
Along to ayah u-
Syukran jazilan,ayah yu.Along akan ingat pesan ayah yu.Hm.Sebenarnya,along tak berapa boleh kuasai subjek arab.Tolong doakan along ye.Along pun nak berjaya macam ayah yu.Dapat pergi luar negara.Dan along akan sahut cabaran keluarga kita.Along akan tingkatkan usaha along demi mendapatkan kejayaan.Amin.Along still pegang kata2 ayah yu,don't stop until top.k.Tata.Kami di sini semua kirim salam....
Catat Ulasan