glitter-graphics.com
Happy Father's Day....AYAH..
Ayahlah...seorang bapa yang terbaik untuk kami. Walaupun ayah seorang yang pendiam tetapi ayah take care...dan yang paling best bila kami dapat result cemerlang dalam exam..apa lagi ayah bagi duit la. Bukan sikit tau.....lumayan gakkk..terrkadang dapat sampai beratus-ratus ringgit...bestkan dapat ayah macam ayah kami. Ayah tak pernah bising kalu result kami agak merosot.........sebab tu kami cuba sedaya upaya supaya dapat result yang top...insyallah!!!!!
Ayah...kami tahu ayah sentiasa sibuk...ayah salah seorang EXCO NUTP dan CUEPACS..sentiasa menghadiri mesyuarat, kursus, seminar dan program di dalam & luar negara. Kami dan ibu tidak pernah sekali-kali mengeluh apatah lagi merungut. Ibulah mengambil alih tugas ayah.
Sememangnya kami bangga dengan pencapaian ayah dan kami sentiasa mendoakan kejayaan ayah... Dan harapan kami agar ayah tidak lupa dan tidak sekali-kali mensiakan pengorbanan kami dengan kesibukan ayah. Dan sememangnya masa kami bersama ayah terlalu terhad. Kami tahu ayah tidak pernah lupa membawa kami bercuti semasa ayah ada kelapangan..terima kasih ayah...
Sempena hari bapa, kami nak minta ampun dengan ayah sekiranya kami ada menyinggung perasaan ayah. Kami berjanji akan menjadi anak-anak yang baik, soleh/solehah, bertanggungjawab dan yang paling penting berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Itulah hadiah kami untuk ayah tersayang.
Juga tidak lupa ucapan Hari Bapa buat buat insan-insan lain yang kami sayangi....Tok Ayah, Baba, Ayah D, Ayah Kie, Ayah Mie, dan Uncle.....Doa kami agar semua ayah-ayah ini sentiasa di dalam perlindungan ALLAH setiap detik....amin.
Sayang selalu,
Anak-anak kesayangan ayah..along, angah, beby, naurah dan Farouk.
glitter-graphics.com
0 ulasan:
Catat Ulasan