Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 Mei 2019

GLORY MEMORIAL ALMATY KAZASTHAN

Trip Kazakhstan-24.3.2018

Bersua kembali.
Nak tepek kisah travel tahun lepas.....
Dah 1 tahun berlalu.
Memori pun dah makin hilang....emmmm

Tahun lepas ibu sempat ke Almaty, Kazasthan.
Menaiki pesawat Astana Air.
6 jam penerbangan dari KLIA ke Almaty.
Negara unik dan rakyatnya pun unik.
Negara ni terletak di sempadan Russia.

Semasa ibu tiba di Almaty adalah penghujung musim sejuk.
Suhu antara 5-10 °C....
Pokok-pokok pun masih tak berdaun.
Apapun view sangat cantik.

Bangunan pencakar langit disepanjang perjalanan tapi penduduknya tidak padat.
Jalan raya pun lengang je.
Ibu berkesempatan ke Glory Memorial.
Kami tak rancang pun nak ke sini.
Disebabkan pemandu pelancong kami Jiger (warga Almaty) 
peminat setia Tun Mahathir makanya dia begitu teruja nak tunjukkan kami 
pokok yang telah ditanam oleh Tun.
Jiger ni pernah belajar di UIA dan sangat fasih berbahasa Melayu.

Jalan masuk ke Glory....
Pokok-pokok semuanya tak berdaun.

Peneman ibu...Along

Ada beberapa batu bersurat sepanjang jalan masuk.
Tapi malangnya sepatah haram ibu tak faham tulisannya.
Kat sini memang 100% ditulis dalam tulisan ibunda.
Dah la tulisannya pelik...ada huruf K terbalik...A tunggang langgang...
Kepala ke bawah...kaki ke atas...Mak aiiii.
Serius memang tak boleh langsung nak eja...

Sepanjang jalan masuk orang-orang di sini memerhati kami.
Ada yang sanggup berdiri tegak dan memerhati kami tanpa berkelip-kelip.
Nak berinteraksi mereka langsung tidak boleh berbahasa Inggeris.
Kadang-kadang rasa kami macam kumpulan "Alien" yang baru turun ke bumi.
Pelik ke kami...janggal ke kami......ha3x....
Geng Travel Tursina

Kat dalam ni banyak didirikan tugu-tugu peringatan.
Nak baca memang tak faham. 
Dapat info pun dari Jigen.
Menurut Jigen tugu-tugu peringatan ni dibina sempena 
memperingati 28 orang askar yang terbunuh semasa 
bertempur dengan tentera Nazi dari German.

Kat tengah bulatan tu adalah api.
Menurutnya Jigen api tu bernyala sejak tahun 1963 lagi.
Tak kiralah salji turun ke..hujan ke... api tu tetap menyala kerana 
dibawah tanah tu ada saluran gas.

ini....

dan ini...tapi 1 pun ibu tak faham apa yang tertulis....

Along lah yang banyak menyumbang gambar....he3x.

Di pintu masuk dan keluar Glory ni terdapat banyak burung merpati.
Malahan mereka ada buka gerai menjual makanan burung dan souvineer.
Kat sini ada juga kuda tunggangan....


Ibu bersama adik di pintu masuk/keluar ke Glory Memorial

Selepas  ke Glory Memorial kami meneruskan perjalanan.
Kami di bawa ke Green Bazaar Kazakhstan juga dikenali "Zellony Bazaar".
Kat bazaar ni pelbagai jenis jualan.
Ada bahagian basah...buah-buahan, pakaian serta souvineer.

Semasa kat dalam bazar ni keadaan sama..
Semua mata tertumpu pada kami...
Kami diperhatikan setiap langkah sehingga ibu rasa sangat tidak selesa berada lama kat dalam tu.

Selesai shopping souvineer kami bergerak ke satu destinasi yang buat kami sangat teruja......
Jommmm......

1 ulasan:

Umi Nazrah berkata...Reply To This Comment

menarik nya pemandangan dan suasana. inshaAllah saya harap sangat dapat ke sana juga nanti ^_^

About me