Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

13 Mei 2019

Gunung Salju KAZASTHAN

Tidak pernah terlintas dalam hati untuk jejaki sebuah negara yang
 bersempadan dengan Russia.
Sebuah negara unik dan asing.
Alhamdulillah ibu diberi kesempatan ke sana 
walaupun tidak pernah terlintas pun nak 
melancung ke sana.
Kami tiba di lapangan terbang Almaty awal pagi.
Kalau dari Malaysia penerbangan memakan masa lebih kurang 6 jam.


Tibanya di lapangan terbang kami dibawa ke sebuah hotel.
Semasa tiba cuaca di sana sejuk.
Dalam 5-10 darjah celcius.

Siri jelajah bermula di Glory Memorial (KLIK SINI).
Sesi seterunya ialah,
kami di bawa ke sebuah kawasan pergunungan yang sangat indah.
Perjalanan lebih kurang 1 jam dari hotel.
Ya Allah terlalu indahnya ciptaanMu.
Gunung ganang diliputi salji di depan mata.
Kali ke 2 pengalaman ibu melihat salji...memegang....merasai kesejukkan....


Pemandangan di kaki gunung.

Eskelator yang membawa kami ke station cable car...

Sempat bergambar dengan pendudukan tempatan.
Orang sana sangat unik.
Ibu tak tahu nak katagori mereka bangsa apa.
Ada iras-iras orang Jepun + Korea + Arab + Mat Salleh...
Sangat unik.
Menurut Jigen  kebanyakkan pendudukan tempatan adalah orang-orang 
dari beberapa buah negara di dunia yang datang berhirah dengan berbagai tujuan...
Ada juga antara mereka orang buangan dan banduan.

Dikeliling salji tebal.

Along...ni semasa di kaki gunung....

Fasa 1 kkami menaiki cable car yang boleh muat seramai 6 orang.
Tiba di station ke 2.
Kami menaiki cable car yang open air...
Ya Allah...rasa nak tanggal jantung ibu dan along.
Dengan hujan salji yang lebat ditambah dengan ketinggian yang amat menakutkan.
Rasa nyawa di hujung tanduk....huwaaaaaa.........

Di dalam cable car untuk ke station yang pertama.
Kami masih belum tahu bahawa kami perlu naik cable car yang terbuka tu.


Tiba di puncak sajli turun dengan lebatnya....
Sejuk dah ditahap maksimum.
Suhu -17 darjah celcius......
Salji sedang turun dengan lebatnya.


Nak bergerak pun dah tak mampu......

Along masih mampu main salji...

Posing dalam ribut salji
Ibu dan Along...

Mata pun dah tak mampu nak celik.

Di puncak.
Kesejukkan yang melampau.
Suhu antara -7 hingga jejak -17 darjah celsius.
Bayangkan......perubahan suhu yang tersangat ketara.
Mendadakkkk.....

Dalam 1 jam kami beku di puncak dan akhirnya kami turun jugak.
OTW turun berlaku ribut salji.
Takut dan risau Allah je yang tahu.....huhuhu....

Dan akhirnyaaaaaaa.....


Walaupun dah tidak tahan dengan kesejukkan namun ibu tetap kuatkan semangat.
Ingin merasai dan menghayati keindahaan alam semula jadi yang masih belum tercemar.....
Kali ke 2 dan negara ke 2 berpeluang bermain salji.
Alhamdulillah.

Lama juga kami diberi kesempatan bermain salji.


Walaupun semasa di puncak kami rasa amat takut...risau...ngeri
namun semua tu adalah pengalaman yang sangat berharga untuk dikenang....

1 ulasan:

#JMBELOG berkata...Reply To This Comment

Bestnya bersalji.

salam ramadhan

About me