Alhamdulillah selama 10 hari 8 malam ibu diberi kesempatan
untuk menjelajah Negara Turkie.
Sempat jelajah ke benua iaitu Eropah dan Asia.
Keindahan alam ciptaan Allah.
Dengan suhu yang berbeza setiap daerah..
Pelbagai bentuk muka bumi yang mengkagumkan.
Pelbagai budaya dan cara hidup yang berbeza.
PelbagaI gaya hidup dan darjat yang berlainan.....
Sepanjang jelajah lebih kurang 8 daerah pelbagai pengalaman indah yang ibu alami...
Allahhu...Sebab tulah ibu suka mengembara melihat dunia luar....
Jomlah kita cuci mata dengan view yang menarik.
Seni bina bangunan di Turki memang unik.
Bangunan lama dijaga dengan rapi.
Bunga-bunga baru keluar.
Maklumlah masih penghujung musim sejuk.
Bunga-bunga pelbagai warna yang mula mekar disepanjang jalan.
Bunga-bunga tulip pun masih malu-malu nak keluar...huhuhu...
Aik....gambar bas pun tepek ye....
Pemandangan paling unik di Daerah Cappadocia.
Dikelilingi dengan bukit dan gunung batu.
Banyak rumah dibina di dalam gua batu.
Rakyat negara Turki ni sangat penyayang terutama pada kucing.
Kucing-kucing liar diberi makanan.
Di hotel pun disediakan 1 sudut tempat kucing-kucing ni diberi makan.
Geram ibu tengok kucing-kucing disini.
Dah la bersaiz besar...comel...gebu....gemuk dan manja walaupun sekadar kucing jalanan.
Kenapa awak comel sangat....
Rasa nak je kidnap bawak balik Malaysia....he3x....
Paling unik setiap daerah suhunya amat berbeza....
Ada tempat masih bersalji...ada yang dah masuk musim bunga....ada yang masih
penghujung musim sejuk....ada yang dah mula nampak matahari...
Sangat-sangat unik negara yang terletak antara dua benua ni.
Ok...masa untuk pulangggggggggg
Selamat tinggal Turki dengan seribu kenangan yang amat indah.
Insyaallah jika ada rezeki ibu akan datang lagi pada musim bunga.....
Teringin nak tengok festival Tulip.
KLIK SINI :
Part 1-Kembara Turkey
Part 2-Istanbul
Part 3-Bursa
Part 4-Uludag
Part 5-Isa Bey Mosque Izmir
Part 6-Leather Factory Kusadasi
Part 7-Kota Romawi Kusadasi
Part 8-Cotton Castle Pamukkale
Part 9-Melvana Museum Konya
Part 10-Hot Ballon Cappadocia
Part 11-Perkampungan Cappadocia
Part 12-Salt Lake Ankara
Part 13-Mustafa Kamal Muzium Izmir
Part 14-Shoping di Turki
Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL
0 ulasan:
Catat Ulasan