Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

15 Mei 2019

UMRAH-KOTA MADINAH Part 1

25 Nov-6 Dec 2018

Mencari redha ALLAH
Alhamdulillah..Sekali lagi Allah menjemput ibu untuk ke rumahNya.
Allahhu....
Tidak terucap dengan kata-kata rasa syukur kehadrat Illahi
kerana kali ke 2 dalam jangkamasa tidak sampai 2 tahun Allah 
sudi menjemput ibu ke rumahNya lagi.
amat terkesan di hati.
Rindu pada Kaabah tak pernah luput dalam ingatan.
Walaupun dah banyak destinasi di dunia ini ibu pergi tapi 
tidak sama dengan perasaan rindu untuk ke Tanah Suci.

Umrah Pertama (2016) ibu pergi bersama 
Al-Khatiri Travel dan kali ini ibu ke sana bersama  Juara Travel.
Kami menaiki penerbangan Etihad AirWays.
Ibu pergi bersama  en suami, Farouk dan Abah.

25 November 2018, 
Kami berkumpul di KLIA pada pukul 3.00 petang.

Anak-anak dan family adik bersama kami di KLIA.

Penerbangan kami berlepas pada pukul 7.25 petang dan 
tiba di Abu Dhabi pada pukul 11.00  malam.
Transit di Abu Dhabi dan kami sempat menunaikan solat jamak di sana.
Kami tiba di Jeddah pada pukul 4 pagi.
Alhamdulllah Allah permudahkan urusan di immagresen.
Urusan tidak sampai 15 minit...

Kami menaiki bas ke Kota Madinah selama 5 jam.
Tiada istilah letih atau penat bila ke tanah suci.
Di dalam hati penuh rasa syukur dan rindu....
Check in di Al Eiman Taibah Hotel 
yang terletak lebih kurang 80-100m dari Masjid Nabawi.

Sabar menunggu untuk check in.
Kami akan menginap di sini selama 4 hari.

En suami menjadi paparazi 

Allahhu akhbar....kerinduan ibu terubat bila tiba ke sini.
Lebih bahagia bila mampu bersama hero-hero kesayangan ibu untuk beribadat.
Hati mana tak bahagia bila dapat datang ke tempat suci bersama suami...ayahnda dan
 anaknda Farouk.
Walaupun kali ini ibu terpaksa keseorangan (sebelum ni ibu bersama Beby ) 
membawa diri untuk bersolat 
namun pengalaman umrah pertama dulu banyak memberi kemudahan untuk ibu
bergerak sendirian.

Masjid Nabawi yang sering dirindui.

Bersama abah

Bersama suami


Bersama hero kesayangan ibu satu-satunya.

Disekitar kawasan masjid.

Di belakang tu makam Baginda s.a.w bersama sahabat-sahabat
@Raudah.

Terima kasih Allah kerana permudahkan urusan kami di sini.
Semasa di sana suhu antara 10-15 darjah celcius.
Cuaca yang sejuk dan nyaman.

En suami dan abah

Mejor Ustaz Haji Halim yang berBaju biru tulah muttawif kami
Terima kasih ustaz kerana banyak membimbing kami.

Candid

Bahagian dalam yang indah dan selalu hadir dalam mimpi dan igauan ibu..

Tangki air zam-zam dimana-mana sahaja dibahagian dalam masjid

Santai-santai petang sementara menunggu Maghrib.

Kalau datang umrah, tiada apa yang difikirkan selain solat..solat..dan solat..
Berdoa dan mengaji....Indahnya.

Farouk santai-santai dilaman Masjidil Nabawi sementara menunggu Maghrib...

Dihadapan Hotel penginapan kami selama 4 hari kami di Madinah.

Part 2 ibu akan ceritakan tentang lawatan disekitar Madinah...
Tunggu.......

Terima kasih ALLAH.

0 ulasan:

About me