Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

11 April 2019

TRIP KOREA-SEOUL TOWER @ NAMSAN TOWER

Day 4-Seoul Tower 27.3.2019 ( Rabu )

Seoul Tower atau Namsan Tower ni terletak tidak jauh dari Kota Raya Seoul.
Terletak di atas bukit
Menara ini setinggi 236 meter.
Cewah...ayat skema kot.
Yelah kan. Kena la bagi pengenalan sikit sebanyak.
Manalah tau ada sesiapa tersesat kat sini dan baca.
Dapatlah sedikit maklumat.

Bas tidak membawa kita ke depan menara macam kat Tamingsari Melaka tu.
Nak naik ke sana kena la mendaki sikit.
Bukan sikit la...penat la jugak.
Nasib baik cuaca sejuk jadi takdelah badan berpeluh dan kuranglah rasa penatnya tu.

Menurut pemandu pelancong...kereta persendirian tidak dibenarkan naik ke sini kecuali menaiki kenderaan awam a.k.a bas.
Semasa kami OTW memang ramailah rakyat jelata berjalan kaki.
Emmmm...
Kalau ibu memang tak sangguplah.
Bayangkan bukit tu tinggi.
Kami mendaki yang tak seberapa ni pun tercunggap-cunggap...

Posing dulu.
Belakang ibu tulah menaranya.

Ok bertiga pulak.
Iqa dan Timah.
Separuh jalan Timah dah tercunggap kepenatan.
Lagipun dia tak berapa sihat masa ni....kesian adikku

Rehat. Melepaskan penat dan lelah...

Wow...entah berapa banyak "mangga kunci" 
yang ada.
Agak-agaknya ada yang hubungan mereka kekal dan putus dipertengahan jalan.
Kalau ibu tak perlu guna mangga.
Ikat je cinta erat-erat dalam hati...ha3x
Ko hado...

Sorang pun sorang la.
Masa ke Korea en suami sedang mewakili Negara berseminar di Brunei...

Ok berempat pulak.
Ada orang volenteer nak snap gambar kami.

Sini pun ada kunci...sana sini ada kunci...
Cantik pulak sebab pelbagai bentuk dan warna.
Kat Malaysia pun dah ada tempat macam nikan.
Kalau tak silap ibu di Bukit Bendera.

Kat belakang ibu tu panorama Kota Seoul...

Ok kat sini pula ye.

Dengan geng travel

Berhampiran pintu masuk ke lif.

Posing dulu sebelum masuk ke dalam.
Kami menaiki lif untuk naik ke atas menara tu...


Teropong apa tuuuu????????
Ni bahagian atas menara.
Memang nampak keseluruhan Kota Seoul...
Indah sangat pemandangan dari atas ni.


Nampak semua bangunan pencakar langit...

Ni di atas menara.

Turun dari menara ada lagi 1 tempat untuk gantung kunci.
Kat sini bentu pokok krismas....unik sangat.

Cakkkkk!!!!!!


Masa untuk turun.
Semasa turun tak rasa penat sebab tak perlu tenaga yang banyak.
Kejap je sampai ke tempat parking bas.

Klik Sini :
Part 1-Ku Datang
Part 2-Pulau Nami
Part 7-Namsan Park

Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL.....

0 ulasan:

About me