Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

25 April 2019

Cotton Castle PAMUKKALE TURKI

Day 4-Daerah ke 5 (19.3.2018)

Seharian kami dibawa ke
Leather Factory, Ephesus Ancient Citu, 7 Sleepers Cave dan Hierapolis.
Akhirnya destinasi terakhir untuk hari ini ialah ke
Cotton Castle yang terletak di Daerah Pamukkale.
Pamukkale ni bermaksud "Benteng Kapas".
Pamukkale masuk ke dalamUNESCO World Heritage Site”.
'
Laluan masuk ke Cotton Castle....
Melalui kaunter tiket.
Kemudian berjalann menuju ke sebuah padang yang terbentang indah.
Melalui sebuah pintu gerbang.


Perjalanan untuk ke Cotton Castle agak jauh jugalah.
Namun pemandangan yang indah membuat kami leka dan tidak sedar masa berlalu..

Untuk masuk ke sini kita perlu berjalan kaki.
Agak jauh jugalah tapi disebabkan cuaca yang sejuk ditambah lagi dengan 
pemandangan yang indah,
jadinya kami tak rasa pun penat.

Runtuhan sebuah kota.

Uniknya di sini kita seolah-olah masuk ke dua alam yang berbeza.
Pemandangan awalnya ialah terbentang indah padang rumput dan bukit-bukit kecil.
Versi ke 2 kita  berada disebuah kawasan bongkah atau teres ais yang terhasil dari Travertine dan mineral Karbonat.
Fuh....macam ahli sintis pulak rasa...ha3x.

Ni pemandangan awal yang ibu dapat lihat....

Sisa runtuhan 

dan lagi.

Padang rumput yang menghijau.

Dan akhirnya di depan mata terbentang satu pandangan yang sangat menakjubkan.
Sini salah satu tapak warisan dunia yang diiktiraf  oleh UNESCO.

Taraaaaaa,,,,,warna air yang kebiruan dan jernih sangat memukau kali pertama ibu melihatnya.
Hilang kata-kata. Sangat unik.

Ianya sebuah tasik air panas bersuhu 35 darjah celcius.
Kaya dengan kandungan  mineral karbonat dan travertine

Kat belakang ibu tu acara merendam kaki.
Katanya air yang mengalir dapat merawat kulit.

Ibu dan Along mengambil kesempatan merendam kaki di sini...Sejuk airnya.

Pemandangan yang sangat cantik.
Menurut sejarah, kejadian alam yang unik ini bermula dengan gempa bumi dan diikuti dengan
keluarnya mata air panas yang mengandungi kalsium karbonat.
Akhirnya membentuk lapisan batu kapur yang menyerupai salji.


kalau kita saksikan seolah-olah salji yang menutupi bumi...

pemandangan dari atas tempat tinggi.


Ada kalanya kita nampak seolah-olah sebuah lautan.
Itu sebenarnya bongkah batu kapur yang berwarna putih.
Tapi kena berhati-hati semasa memijaknya sebab ianya licin.

Indah sungguh ciptaan Allah.

dan ini.

Sepetang kami di sini.
Menikmati udara segar + sejuk + berangin dan nyaman.
Terleka seketika menyaksikan pemandangan ciptaan Allah yang sangat menakjubkan.

Petangnya kami check in di Ninova Thermal Hotel.

Jommmmm....

KLIK SINI :
Part 2-Istanbul
Part 3-Bursa
Part 4-Uludag


Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL

0 ulasan:

About me