Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

26 Jun 2012

Mural ke 4/2012 + Projek Recycle.

Dah 2 hari ibu menyepi di PSS.
Rasanya beberapa minggu ni PSS terbiar sepi akibat kesibukan ibu di padang.
Bila di PSS, ada saja perkara yang akan ibu lakukan.
Maklumlah, ibu bersendirian di blok B dan PSS sentiasa diselubungi misteri.....hu.hu.hu.....
Cara untuk mengubat kesepian, ibu akan lakukan macam-macam aktiviti sendirian......

Sejak Jumaat lepas ibu gigih mengumpul kotak-kotak kosong.
Nak buat projek recycle la kononnya.
Kotak-kotak tu ibu sampul dan ibu jadikan bekas mengisi buku-buku cerita.
Jimat belanja walaupun agak memakan masa untuk menyiapkannya.

Selain itu ibu cuba siapkan projek mural ke 4 /2012 yang terbengkalai......
 Projek terbengkalai beberapa minggu lepas akibat kesibukan melampau....he.he.he...
Kawasan tepi tangga menuju ke tingkat bawah.

Zoom sikit.....masih belum siap sepenuhnya lagi.....

Minggu ni dah bersusun aktiviti yang menunggu....
Sabar jelah.....

Alahai Ayah

Maaf ye kali ni nak buat n3 tentang TV LCD.
Bukan niat nak menunjuk-nunjuk , tetapi ada kisah tragis disebaliknya.

Peristiwa tragis yang berlaku berulang kali di rumah ibu.
Beberapa bulan lepas TV 32" (ruang tamu) dan 24" (dalam bilik tidur) ibu rosak.
Gara-gara hobi xtrem ayah....
Dengan gigihnya ibu bawa ke kedai elektrik.
Sayang sebab TV kat luar tu baru 2-3 tahun ayah beli.
Kalau ikutkan ayah, suruh ibu buang je TV tu semua.....

Dalam2 minggu  tokeh kedai call ibu suruh datang ambil.
Katanya TV 32" tu dah rosak + terbakar dan tak boleh dibaiki.
Malas ibu nak angkut so ibu tinggalkan je kat kedai tu.
Balik rumah ibu terpaksa korbankan TV 24" dalam bilik tu letak di ruang tamu.
Ibu dan 3F lebih suka layan TV di ruang belakang.
Cuma Ayah sorang yang suka lepak-lepak di ruang tamu dan melayan TV tu "24 jam"..

1 bulan kemudian TV kat luar buat hal lagi.
Rosak!!!!
Hantar lagi ke kedai.
Ibu pun pelik....
Dan kemuncaknya TV ke 4 meletup + keluar asap.
Hu.hu.hu...punyalah ayah gabra + terjerit kerana  terperanjat....

Dan 2 minggu ayah hidup tanpa TV + Astro Awani.
Malas dah ibu nak angkut TV lagi satu bawa keluar.
Kesian juga tengok ayah yang tepaksa layan samsung galaxy tab dia tu.

Macam mana TV tu semua tak rosak + meletup.
Sepanjang hari jika ayah berada di rumah ayah tak benarkan kami tutup TV tu.
Walaupun ayah dah bergengkur depan TV, tetapi remote tetap dalam pelukannya.
Pernah juga ibu dengkikan ayah.
Ibu cuma ambil remote tu perlahan2 dari pelukkan ayah.
Dan yang pastinya ayah akan terjaga....
Hu.hu.hu......

Dan 2 minggu lepas ayah beli lagi TV yang ke 5.
TV LCD 42".
Harap-harap jangka hayat TV ni bertahan lama.
Setakat ni ibu lihat,  masih terkawal lagi.
Tak tahulah kot2 lama-lama nanti habit ayah berulang lagi.
Entah berapa lama la jangka hayat TV ni bersama ayah......hu.hu.hu..

25 Jun 2012

2F Berentap....

Jarang sangat ibu tulis n3 tentang 2F ni, 
Puteri ke 2 (Farah Nadiah-angah) dan ke 3(Farah Najdah-Beby).
Kisah ini pun dah lama sebenarnya.


Minggu lepas masing-masing pulang dengan membawa piala kemenangan.
Pertandingan ini sudah lama diadakan dan baru minggu lepas mereka berdua menerima piala.
Angah berjaya membolot 3 kategori piala dan Beby cuma masuk 1 acara sahaja.

Angah  Johan dalam pertandingan berbalas pantun dan telah mewakili sekolah ke peringkat daerah
Cuma piala pertandingan dalaman baru dapat....

Angah juga membuktikan dimampu meraih hadiah ke 2 dalam mengarang BM.
Angah menyahut cabaran cikgu dan rakan-rakannya kerana selama ini 3F lebih cemerlang dalam
Bahasa Inggeris berbanding bahasa ibunda.....
Angah sering menjadi mangsa usikan guru dan rakan-rakannya......

Semasa diusia 7-9 tahun kalau tak silap ibu, ayahlah yang
gigih mengajar mereka berinteraksi dalam Bahasa Inggeris.....
Siap mengajar ala-ala tuisyen lagi kat rumah......kelakar!!!!!
Maka dengan gigihnya 3F kena speaking dengan ayah....
Cuma yang ruginya ayah tak ajar 5F cakap Bahasa Jawa (ayah keturunan Jawa).
Sepatah haram 5F tak faham Bahasa Jawa........
sedangkan 5F boleh kuasai loghat Kelantan dengan agak baik....

Dan Angah juga menang dalam Essay writting.......

Beby juga menang dalam essay writting.

Dan semasa penyampaian hadiah sering berlaku kekeliruan dikalangan
cikgu-cikgu mereka terhadap 3F ni kerana nama mereka hampir sama.
Farah Nabilah (Along), Farah Nadiah (angah) dan Farah Najdah (Beby)....
Sekarang di SMKBG cuma tinggal 2F iaitu Farah Nadiah dan Farah Najdah.
Namun hari ini mereka masih buat cikgu-cikgu terkeliru....
Alahai....

TAHNIAH ANGAH DAN BEBY.....

About me