Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 Julai 2013

Bercanda di Muara Parit Karang.. .

Dah lebih 10 tahun ibu berhijrah kat daerah Muar tapi baru kali ini
sampai ke Parit Karang.
Kisah ni dah basi sebenarnya.

Jom layan gambar jelah ye....
Model ibu.
Naurah pun ada tapi tak nak turun kereta sebab penat dan panas.
So Farouk jelah jadi model.

Berkerut je muka farouk kena paksa posing tengah panas......he3X...

Senyum terpaksa...


Hutan paya bakau.
Cantik pulak ibu tengok kedudukan pokok-pokoknya tersusun.

Di tepi hutan pokok paya bakau.

Pokok paya bakau.

Tepian antara pertembungan muara dan laut Selat Melaka.

Tempat hasil tangkapan dinaikkan.
Ada beberapa buah gerai yang menjualan hasil tangkapan.

Berlatar belakangkan Selat Melaka.

Cuba teka apa yang sedang Farouk tunjuk tu????????

Sekejap je kami singgah sini.
Sekadar meninjau kawasan ni.
Itu pun ayah bawa ke sini sebab tahu ibu suka tangkap gambar.....he3X....

p/s:
Mood : stress!!!!!

18 Julai 2013

Ramadhan 9-Dia Makin Dewasa.

Lama dah tak bercerita tentang satu-satunya hero ibu nie.
Makin hari Farouk makin membesar depan mata namun
kemanjaan dia tidak banyak berubah.
Masih lagi suka  peluk-peluk ibu, laga-laga pipi dan bertepek macam anak siput.

Farouk belajar puasa diawal usia 6 tahun.
Diwaktu usia 7 tahun dia mampu puasa penuh walaupun
ibu terpaksa menjadi penglipulara yang berjaya...he3X...
Itupun ibu pastikan solat wajib mesti penuh dahulu baru ibu
latih Farouk berpuasa.
Terkadang kita lupa fardhu yang utama "solat" kerana teruja
tengok anak-anak puasa penuh sebulan termasuklah ibu.

Tahun ni banyak perubahan ketara yang ibu lihat pada Farouk terutama
dalam menjalani ibadat puasa.
Kalau tahun-tahun terdahulu ibu terpaksa menjadi seorang
penglipulara bila Farouk mengadu haus.
Setiap petang ibu terpaksa 'rajinkan' diri bercerita,
ibu kena rajin search google 
gambar anak-anak kat Ethopia untuk tunjukkan pada Farouk penderitaan orang lain.
Ibu terpaksa jadi pelakon utama bawa watak sedih.
(Kisah Farouk klik SINI.)

 Sejak puasa setiap hari sebelum ke Sekolah Agama Farouk akan mengaji dulu
secara kendiri dengan kehendaknya..
Tapi yang tak menahan tu mengaji depan TV.
Mengaji berselang seli menonton rancangan kartun...Alahai.
Tapi lebih dasyaat saat itu si ibu  terbongkang depan TV
layan drama......

Malu-malu bila ibu snap pic......

Balik sekolah agama cepat-cepat Farouk mandi sebab sibuk 
nak "tolong menyibuk" di dapur.
Rimas jugak ibu dengan budak sorang nie.
Dengan mulutnya yang tak tahu diam.
Macam-macam soalan keluar daripada mulutnya.
Bak kata orang lebih mulut dari kerja...

Soalan cepu mas :
"Ibu, mahal tak kalau nak kahwin"....
" Masa ibu kahwin, ayah bayar ibu berapa ringgit..?"
Hahaha....bergema gelak ibu dengan pertanyaan Farouk.
Tetiba je....Kadang-kadang macam-macam soalan 'kreatif' yang tak terduga.
Alahai anak..anak, umur belum jejak 10 tahun dah sibuk fikir masa depan.

17 Julai 2013

Ramadhan 4 dan 7-Jus Alpokat

Puasa kali ini ibu tak berkongsi lagi tentang juadah berbuka/sahur..
Maklumlah hidangan berbuka di rumah ibu amat simple.
Resepi yang sama dengan puasa-puasa yang lepas.
Yang pasti kami tidak boleh hidup tanpa nasi...hik2X.
Apapun ibu suka jengah blog rakan-rakan untuk
intai juadah berbuka/bersahur masing.....
Sekurang-kurangnya memberi idea untuk ibu memasak..

Hari ini ibu nak berkongsi jus kegilaan kami terkini.
Sejak 2 menjak ni jus alpokat jadi feveret kami sekeluarga.
Semasa di Bandung bulan lepas, jus inilah yang sering ibu minum sepanjang di sana.
Sedap sangat-sangat.

Buah avocador yang bersaiz XXL siap sedia untuk di korek2 isinya.
Pastikan buahnya dah masak dan isinya lembek.

Jus yang telah siap dikisar.
Pekat + likat dan nyummy...

Pada mulanya dapat setengah jug tetapi terpaksa ditambah lagi sebiji 
di atas permintaan 4F.

Meh ibu kongsi cara menyediakan jus alpokat versi ibu :

1 biji buah avocado bersaiz XL.
(Kalau kecil kena gunakan 2-3 biji ye)
1 tin susu cair @ susu segar.
sos coklat (kalau ada)
gula secukup rasa.
ketulan ais

Cara-cara: 
campurkan isi avocado + susu cair + gula + ketulan air-Kisar
semasa nak minum, masukkan sos coklat di dalam jus.
Nak buat layer pun boleh ye.
Kalau nak lagi sedap bolehlah tambah aiskrim vanila di atasnya.
Nyummy......


16 Julai 2013

Ramadhan ke 6-Terasa Diri Ini Tua....

Pagi Sabtu seorang kawan pm ibu kat FB berserta potongan surat.
Rupanya di atas meja ibu ada 2 keping surat penting.
1 surat pencalonan NILAM.
1 lagi surat jemputan ke majlis penerimaan watikah perlantikan
kenaikan pangkat.

Hari isnin baru ibu berkesempatan ambil surat tu.
Ya Allah, majlisnya diadakan pada pukul 2 petangnya.
Alhamdulillah, ibu diberi pelepasan awal oleh GPK 1 yang juga abang senior ibu.
Dia juga salah seorang peserta dimajlis itu.

Bila ibu teliti surat yang diterima,
terasa diri ini tua la pulak sebab ibu antara junior yang dilantik untuk
kenaikan pangkat time-based berdasarkan kecemerlangan..
Kenaikan pangkat ni bermula bulan Januari dan keputusan on9
ibu dapat pada bulan 5 lepas.
Bak kata orang ibu antara penerima anugerah yang ke 2 termuda daerah.
Kebanyakannya abang/kakak senior dan ada diantaranya
dah nak pencen.....

Alhamdulillah rezeki ibu dapat result cemerlang semasa tahun ke 2 PTK diperkenalkan.
Secara atomatik ibu dinaikkan pangkat diawal usia berbanding senior ibu.
Ibu tidak perlu menunggu lama untuk melangkah ke depan.

Pernah ditawarkan pangkat guru penolong kanan diawal usia 30an tetapi
ibu terpaksa menolak demi ayah dan anak-anak.
Pengorbanan ibu tetap diberi ganjaran oleh Allah yang maha kuasa
dalam ganjaran yang lebih indah kenaikan pangkat ibu tanpa beban kerja bergelar
Guru Besar/GPK.

 Majlis penyampaian watikah perlantikan.
Ibu diapit oleh senior-senior yang banyak pengalaman.....
Toleh kiri, bersebelahan  tempat duduk ibu seorang kakak senior
sealiran yang  berusia 45 tahun daripada sebuah sekolah
sempadan Muar-Batu Pahat.....
dan toleh kanan  abang-abang senior berusia 51, 52 dan 55 tahun sebaris ibu.......
Walah, terasa diri ini pun berusia...

 Orang yang tak ada kerja.
Pamplet pun nak snap....he3X....

 Surat perlantikan daripada KPM ( Kementerian Pendidikan Malaysia).
Penghargaan yang ibu terima dalam perkhidmatan selama ini.

Zoom sikit....

Syukur Alhamdulillah, ibu tidak pernah mengharapkan yang lebih dari ini.
Khidmat ibu sebagai guru adalah kerana minat dan cinta yang mendalam
dalam bidang pedidikan.

Alhamdulillah, banyak kenangan manis yang ibu terima
sepajang bergelar seorang pendidik.
Melihat kejayaan/kecemerlangan anak-anak ibu,
menyaksikan kejayaan anak-anak didik,
mengecapi kejayaan dan kecemerlangan PSS yang ibu terajui,
mempunyai rakan-rakan yang amat-amat baik dan mesra,

Allah sentiasa permudahkan perjalanan hidup ibu,
Syukur alhamdulillah....
Terima kasih Allah.

Selesai majlis bekejar balik kerana perjalanan memakan masa
lebih kurang 40-45 minit.
Tiba rumah dah pukul 5 lebih.
Mujurlah Along volunteer masak untuk berbuka......

14 Julai 2013

Kau Pergi Jua Sahabatku..

Kisah sedih ni dah berapa minggu berlalu,
cuma ibu baru bersedia berkongsi kisah sedih ini.

Pada 22.6.2013, ibu berada di Kuala Lumpur kerana menemani ayah berseminar..
2 hari sebelum menjelang birthday ibu.
Malamnya baru ibu tiba di rumah.
Buka FB, terima message dari rakan lama.
'Y, Na dah kembali ke rahmatullah sekejap tadi.."
Ya Allah, tersentap jantung ibu.
Hati masih tidak dapat menerima berita itu.
Namun ibu redha di atas pemergian sahabat lama, juga isteri kepada rakan sekolej ibu.
Sebab tu baru hari ini ibu diberi kekuatan untuk buat n3.

Arwah Suryana Mahmod pergi diusia awal 40an kerana menghidapi cancer.
Itupun sakitnya dapat dikesan disaat akhir pemergiannya..
Kami lebih kurang sebaya.
Anak-anak kami pun hampir sebaya cuma anak ibu lebih tua kerana
ibu kahwin lebih awal daripada arwah.

Arwah ( kiri)
Seorang yang cantik, lemah lembut, dan baik budi bahasa.
Seorang ustazah disebuah sekolah rendah di Pasir Mas.
Kalau tak silap ibu arwah mempunyai 6 orang cahayamata.
Yang sulung sebaya angah dan bongsu baru berumur 4 tahun.

Saat indah bersama 'Na' tetap terpahat disanubari.
Semoga Na ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
InsyaAllah...
Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah..


Mati itu pasti, entah bila pula giliran kita................?????????????????????

p/s:
sedih setiap kali mengingati anak-anak yang ditinggalkan terutama dibulan ramadhan
dan kesedihan pasti  lebih terasa bila menjelang syawal.

Terima kasih semua diatas ucapan TAHNIAH untuk Along.
Hanya allah yang mampu membalas segala-galanya.

12 Julai 2013

Ramadhan 2- Dalam Gembira Terselit Duka.

Semalam semakan upu telah keluar.
Hati ibu bergedup kencang, gelisah dan tak tentu arah......
Kerisauan seorang ibu mengalahkan yang empunya diri.

12 tengahari Along call ibu.
Nada sayu dihujung talian.
Dada ibu makin berdegup kencang.
Macam-macam bermain difikiran.
Along khabarkan berita gembira buat ibu.
Cuma dia sedih dan terkilan sebab tidak mendapat tempat
di universiti dan course idaman hatinya.
Ibu memujuk dan memberi kata semangat buat along.

Sebenarnya semasa form 4 Along ditawarkan ICT subjek tambahan
dalam aliran sains tulen tetapi ayah meminta along mengambil
subjek tambahan perakaunan.
Along akur.
Selepas SPM Along ditawarkan dalam
bidang yang sama di UiTM tetapi atas pandangan
keluarga along memilih ke matrik.
Lagipun  ibu rasa matrik yang terbaik sebagai persediaan untuk
menyambung degree memandangkan waktu belajar
yang singkat berbanding diploma.
Kali ini along ditawarkan bidang yang sama.
Memang "jodoh" along dengan course ni agaknya.

Syukur Alhamdulillah, Along akhirnya berjaya ke IPTA
untuk menyambung pelajaran diperingkat degree diusia 19 tahun..
Kegembiraan berganda pada ibu dan ayah pada tahun 2013
bila 2 orang anak berjaya ke universiti.
Bulan 6 angah meninggalkan ibu untuk ke IPTA dan tidak berapa lama lagi Along pula
melangkah meninggalkan ibu setelah beberapa bulan tamat belajar di Matrikulasi Melaka
dengan cemerlang..

Ayahlah orang paling gembira kerana Along ditempatkan
di universiti yang agak dekat.
Lebih kurang 1 jam perjalanan ke sana.


Dalam gembira terselit kesedihan dan kesayuan di hati.
Bahagia melihat satu persatu anak mengatur langkah ke universiti...
sedih bila memikirkan diri
ini bakal  ditinggalkan untuk kesekian kalinya.

Namun ibu bersyukur kerana Allah permudahkan perjalanan anak-anak ibu.
Ibu bahagia dan bersyukur dikurniakan permata seperti mereka.
Terima Kasih Allah kerana sentiasa makbulkan setiap doa-doa ibu.
TAHNIAH dan TERIMA KASIH anak-anak ibu kerana sentiasa
membahagiakan dan membanggakan hati ibu dan ayah
dengan hadiah kecemerlangan kalian......

Semoga Along dan Angah menjadi penguat semangat adik-adik untuk terus cemerlang.
Juga terima kasih kepada rakan-rakan blog yang tidak pernah putus-putus
berdoa untuk kami sekeluarga.
Hanya Allah yang mampu membalas segala-galanya.

11 Julai 2013

Ramadhan 1-Pengubat RIndu

Tahun ini giliran Angah pula berada diperantauan.
Melalui kehidupan sebagai seorang mahasiswi.
Dan kali pertama Angah berpuasa tanpa family.

Hati ibu mana yang tidak sedih.
Hati ibu mana yang tak sayu.
Setiap kali memasak makanan kegemaran anak hati pasti sedih.
Tahun lepas Along tidak dapat bersama,
tahun ini giliran Angah pula dan mungkin tahun depan ibu
akan merindui 3 orang FARAH serentak........

Inilah cara kami melepaskan rindu.....
Sayu hati bila angah tunjukkan ibu makanan segera yang
dibeli untuk persediaan bersahur.......

Ibu dan Along berskype dengan Angah......

Dan diwaktu terluang, ibu dan anak akan ber"skype".
Terubat rindu dapat menatap wajah anak.
Dan si anak akan becok bercerita tentang aktiviti harian.
Siap tunjuk barang-barang yang dibeli semasa outing.
Bekalan untuk bersahur menjelang puasa.
Sayu dan sebak hanya Allah yang tahu.

Ya Allah, dalam hati ibu tak putus-putus berdoa.
Agar si anak terus cemerlang dan menjaga akhlak serta maruah keluarga.
Mereka tetap baby girls pada ibu.
Alhamdulillah, sehingga sekarang ibu tetap jadi best friend mereka.
Berkongsi apa saja masalah dan kegembiraan.
Sesungguhnya ibu dan ayah bangga kerana memiliki anak-anak seperti kalian semua.....
Semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak ibu dengan rahmat dan kasih sayangNya...

9 Julai 2013

Menjelang Ramadhan.

Selamat tinggal Syaaban dan Selamat datang Ramadhan.
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana kali ini ibu masih diberi kesempatan untuk
menyambut Ramadhan.
Selamat menyambut Ramadhan buat semua yang membaca blog ibu.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Hari ini program sekolah tetap berjalan seperti biasa walaupun
dah penghujung Syaaban dan fajar Ramadhan hampir menjelma.

Pagi tadi dijalankan program kecergasan.
Program tetap dijalankan walaupun mendung berarak.
Berhenti seketika bila gerimis datang.

 Acara sukaneka diteruskan bila gerimis berhenti....
Kanak-kanak ribena bergembira di padang.
Hijau...merah...biru....kuning memenuhi padang...

Farouk bukan main enjoy lagi....

Sepagi kami berpeluh di padang.
Kanak-kanak keriangan, cikgu-cikgu kepenatan.
Saat beginilah anak-anak berlari bebas, bersorak riang,
ruang untuk mereka melepaskan ketegangan di bilik darjah.

Sepagi berpeluh di padang, rakan-rakan guru menerima jemputan
daripada Pra Sekolah.
Ada jamuan sempena ulang tahun kelahiran kanak-kanak comel (Jan-Jun).
Anak-anak kecil riang ria.

Cikgu-cikgu pun riang ria kerana di jamu dengan hidangan 
nasi hujan panas + satey + cendol dan
pelbagai juadah yang sedap.
Ibu pun dah lupa nak snap gambar akibat kelaparan + kepenatan di padang.
Setelah selesai menjamu selera, 

Petang ni pekena takoyaki dan burger bakar.
Alahai macam manalah lemak-lemak tak membiak kalau macam nie.

SELAMAT BERPUASA.

8 Julai 2013

Pereka Maskot Serigala

Lama dah tak bercerita tentang puteri ke 3 ibu nie.
Farah Najdah a.k.a Beby dan ibu sama-sama anak ke 3.
Agak banyak persamaan antara kami.
Kami sama-sama meminati kraftangan, 
agak alergik membaca buku dalam erti kata tidak begitu suka membaca,
cepat faham sesuatu yang dipelajari jika berminat,
kalau buat sesuatu yang diminati mesti leka dan nak cepat siap
(sanggup tak makan, tak minum dan terkadang tak mandi.....syhhhhh!!!),
sama-sama  kidal,
sensitif dan mudah tersentuh,
penyayang,
pemurah,
cepat kasihan dan simpati pada orang sekeliling,
agak keras hati@degil.......

Inilah satu-satunya anak ibu yang boleh diajak berbahas
kerana kami sering tidak sependapat.
Bak kata orang.....macam magnet, kalau kutub yang sama saling menolak....he3X....

Minggu lepas bukan main kalut si Beby nie menyepahkan rumah.
Ibu dah agak...mesti ada projek sekolah yang dia bawa balik rumah.
Tak kira siang malam dok mengerjakan sesuatu.
Habis halmet ayah, 2 helai tuala , kain entah berapa meter( katanya cikgu yang sponser) 
dan entah apa-apa lagi bahan yang diangkut balik.
MasyaAllah, sabar jelah ibu.
Malas nak gaduh-gaduh.....

Rupanya Beby sedang ber'eksperiment' 
mencipta maskot serigala untuk pasukan rumah sukan.
Ibu jadi bahan rujukan dan pengkritik.
Biasanya macam tulah.
Dia akan tanya setiap inci pendapat daripada ibu.
Beby : Ibu, cuba teka maskot apa nie.
Ibu : Gajah!!!! (saja nak cari pasal )
Beby : Alah ibu nie....serigala la....
Ibu : ye ke???? tapi ibu tetap kata GAJAH!!!!
Beby : Ibu memangggggg......jeles la tu..
Masa tulah kami berbahas macam-macam.....
Terkadang ketawa, terkadang kutuk mengutuk, terkadang merajuk....alahai, itulah kami.
Saat ini buku dah entah kemana...
Risau si ibu kerana SPM dah semakin hampir.
Tapi sebagai ibu, terpaksa menelan semua itu.
Pujuk hati agar tidak gundah gulana......


Hari Kejohanan OlahRaga berlangsung dengan jayanya.
Dan salah seorang rakan pasukan 'dipaksa' menjadi maskot.
Ibu dah pesan awal-awal, jangan sampai anak orang tu pengsan akibat
kepanasan dan kelemasan memakai maskot ciptaan Beby......
Beby ni lain sikit.
Setiap arahannya tak siapa berani bantah....
Ala-ala diktetor gayanya.
Alahai anak ibuuuuuuuuuuuuuuu.....


Dan kegigihan Beby berhasil bila pasukan rumah Beby dinobatkan JOHAN dalam perbarisan.
Selaku Naib Pengerusi yang 'gila kuasa' menerima hadiah berupa hamper.....khi3X...
Jangan mare ye Beby........
*hawat naik pentas sandang beg??????????????? Hish3X...budak ni memang pelik!!!!

Senggih sampai ke telinga.
Puas dan bangga dengan hasil yang diusahakan.....
Kulit rentung macam jiran belakang rumah.....ngeh..ngeh..ngeh...

Bergambar kenang-kenangan bersama pasukannya.
Mereka berjersi JDT...
Sila jangan percaya kat Beby tu sebab dia budak mix= Klate + Johor.
Mana-mana je dia belasah.......

Balik rumah becok bercerita dengan bangga tentang kemenangan yang diraih.
2 hari 2 malam ceritanya belum selesai.
Naik bengkak telinga penghuni kat rumah nie.
Tiba-tiba terpacul dari mulut ibu :
Budak yang jadi maskot tu ok tak Beby????
Tak pengsan ke dia??
Beby : Alah ibu nie..dia oklah ibu..Masih hidup dengan sihat.....
Aduyai...Beby..beby.

Yang pasti, anak-anak ibu 'kaki bangku'.
Tapi masing-masing memegang jawatan tertinggi dalam pasukan sekolah..
Begitu jugak dalam unit beruniform.
TAHNIAH untuk Beby.
Ibu bangga dengan anak-anak ibu walaupun ibu selalu kutuk2 Beby.

Lepas ni dah tak ada lagi aktiviti sampingan.
Janji dengan ibu kena ditepati ye...
Study 4 SPM pulak..........

6 Julai 2013

Lawatan 2 Orang Budak Biru

Gambar-gambar ini pun ibu kidnap dalam FB sekolah Beby yang mana
Beby seorang editor sekolah.

Banyak juga tempat yang mereka pergi.
Maklumlah 2 hari 1 malam.
Ibu pun tak sempat nak interview mereka berdua
sebab mereka  tiba dah malam dann paginya ibu ada program di sekolah.
Makanya kisah lawatan berkubur begitu saja.....

Jom layan gambar jelah ye sebab ibu nak ulas pun
tak tahu kisah disebaliknya.......

Seri Perdana.


Beby (tengah) dan rakan-rakan...

 Naurah (kanan belakang) dan rakan-rakan.

 Jeling kat sapa tu kakak??????Muka Naurah yang serius.........he3X...

Naurah bersama best friend sejak sekolah rendah.
Walaupun tidak sekelas tapi mereka tetap berkawan baik.


Mereka juga pergi ke UPM.
Dan Floria.

 Singgah di floria.

 Aktiviti bebas...shopping di Alamanda.....

Hari terakhir mereka singgah di i-City.
Tak banyak pun gambar Naurah dan beby sebab Beby merangkap juru kamera.
Lagipun mereka 2 beradik naik bas yang berasingan.

p/s:
3 hari ayah OT......

About me