Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 Oktober 2015

Resepi Kulit Lembu

Dah lama ibu berhijrah ke neger Johor.
Sering terdengar rakan2 bercerita tentang keenakan kulit lembu ni.
Pada mulanya ibu rasa macam pelik jugak sebab sebelum ni tak pernah terfikir yang kulit lembu boleh makan.
Kalau kulit lembu tu digunakan buat kompang atau handbag pernah la ibu dengar.

Sejak tu ibu teringin sangat nak rasa.
Camne la agaknya rasa masakan berasaskan kulit lembu.

Akhirnya hajat tercapai bila seorang rakan ibu, cikgu Z beri pada ibu.
Rumit jugak prosesnya.
Menurut Z kulit tu perlu dijemur...dibakar...direbus sampai empuk.
Z beri ibu sekeping kulit yang dah siap dibakar dan dikikis untuk buang bulu2 halus.
Hitam semacam je.
Ibu rendam dalam air..bersihkan dan rebus di dalam periuk tekanan sampai empuk.

Meh tengok apa yang ibu kerjakan:

Dah empuk ibu toskan dan basuh lagi.
Potong kecik2.

Bahan-bahan masakan:
1 biji bawang hollen
2 ulas bawang putih
5 biji lada merah
5 biji lada hijau
3 biji cili padi di ketuk.

Bahan2 tadi ibu potong nipis2.
Tumis dalam minyak panas.
Masukkan kulit lembu yang dah siap dipotong.
Masukkan garam dan serbuk perasa serta asam keping.

Sediaa dimakan dengan nasi panas.
Wah tak sangka rasanya macam kaki lembu.
Lembut dan kenyal. 
Sesuai dengan selera ibu yang minat dengan makanan exotik...he3x....

4 Oktober 2015

Selamat Ulang Tahun ke 19

Genaplah 19 tahun usia baby girl ibu yang masih kekal dengan gelaran Beby dikalangan family dan rakan-rakan rapat.
Seorang anak yang sentiasa ceria dan sangat berdikari.

Selamat ulang tahun Beby.
Ibu doakan agar Beby sentiasa dibawah lindungan dan kasih sayang Allah..
Menjadi anak cemerlang dunia dan akhirat.
Semoga Beby berjaya dalam cita2 dan impian.

Dari kejauhan ibu sentiasa mendoakan
kesejahteraan Beby...amiin.
Beby bersama rakan2 se kolej.

Kek aiskrim yang sangat sedap pemberian Sir Lee. 
Sayangnya Beby tak ada di rumah masa ni.
So ibu..ayah..naurah dan farouk la makan.
Terima kasih bergudang lemon Sir diatas ingatan buat kami.








2 Oktober 2015

Resepi Kek Coklat Leleh Mudah

Meh intai resepi versi ibu:

Bahan A:
1 cawan gula
1 cawan susu cair. Kalau tak ada stok susu cair guna 4 sudu susu tepung + 2 sudu susu pekat. Bancuh dengan air.
1 cawan minyak masak.
*bancuhkan semua bahan dan panaskan dalam periuk.
Pastikan api yang sederhana dan sentiasa dikacau.
Masak sekejap untuk pastikan bahan2 semua sebati.

Bahan B:
3 biji telur dipukul hingga kembang.

Bahan C
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu besar soda bikarbinat
1 sudu besar baking powder
Secubit garam.

Satukan semua bahan A+B+C dan kacau sebati.
Sapu minyak ke dalam bekas dan masukkan adunan.
Kukus selama 40-60 minit.

Bahan untuk toping:
1/2 cawan susu pekat
2 sudu mentega
2 sudu serbuk koko.
Masak atas api sederhana dan sentiasa dikacau.
Setelah sebati tutup api.
Curahkan ke atas kek tadi.

30 September 2015

Kisah Raya Haji #throwback

Bersua kembali.
Hari raya haji dah berlalu namun ibu baru terheggeh-heggeh nak update cerita.
Tahun ni ibu tak balik kampung walaupun sekolah bercuti panjang.
Maklumlah 3 Farahs cutinya tak sama.
Lagipun saat-saat akhir pihak universiti
memberi pelepasan cuti.
Emmm..redha jelah.
Yang penting dapat menyambut bersama family.

Raya pertama rezeki ayah untuk lakukan
ibadah qurban.
Rezeki yang Allah berikan saban tahun buat kami.
Alhamdulillah.

Pagi2 ibu masak nasi hujan panas + rendang ayam + kari terung.
Menu yang simple.

Awal pagi kami dikunjungi kak ipar ibu sekeluarga dari Kelantan.
Dah lebih 5 tahun kami tak bersua cuma
ibu sempat 2x bersua dengan anak sulungnya tahun ni sebab dia belajar di universiti yang sama dengan Angah.

Alhamdulillah..daging qurban bahagian ayah.
Ini pun dah diagih2kan..

Malam raya pertama tu kami buat bbq.
Kebetulan adik bongsu ibu pun beraya kat rumah ibu.
BBQ daging kambing + ayam + daging lembu + ikan dan sosej.....

Raya pertama Naurah sempat masak sebiji kek coklat.
Raya ke dua Angah masak sheperd pie dan puding karamel.
Ada lagi menu sampingan lain sampai lupa nak snap gambar.

Raya ke 2 ibu masak sup tulang.
Kebetulan ada rakan lama nak datang beraya jadi ibu sediakan meehon sup.
Dah lebih 4 tahun kami tak jumpa sejak dia mengikut suami bertugas di JB.
Dulu kami sering berkursus dan berbengkel bersama-sama. 
Walaupun berlainan sekolah kami rapat.

Menu yang simple...

Raya ke 3 adik bongsu ibu dah berangkat balik semula ke KL.
Dia baru habis belajar dan sedang jalani praktikal di sana.

Raya ke 4 giliran ibu pula melakukan ibadah qurban.
Tahun ni ibu buat ibadah qurban untuk farouk.
Saban tahun ibu buat giliran ibadah qurban untuk anak-anak.
Alhamdulillah..tand syukur dengan rezeki yang Allah berikan melalui anak2.

Farouk dan rakan2 gigih membantu cikgu.
Ibadah qurban bahagian farouk dilakukan di sekolah. 
Daging2 diagih2kan pada asnaf.
Tulang2 dan daging lebihan kami masak dan jamu anak2 murid. Alhamdulillah....
Berbahagi rezeki dengan orang lain membawa berkat.
Itulah kisah raya haji tahun ni....

26 September 2015

Resepi Laksa Johor versi Ibu

Jumpa lagi semua. 
Makin tebal sawang kat blog ibu...huhuhu.

Kali ni nak tepek resepi ibu yang sangat simple
dan ibu ni masak main belasah je.
Maaf ye rakyat jelata Johor sebab resepi ibu ni dah bercampur aduk ala-ala rojak...ha3x


Meh intai resepi ibu :
1/2 kg ikan selayang direbus bersama asam keping dan garam...(syissss...orang Johor guna ikan parang/tenggiri).
3 sudu besar serbuk kari ikan
1 kotak santan
Asam keping
Gula dan garam secukup rasa

Bahan kisar:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 inci halia
Sedikit lengkuas
Jintan dan ketumbar.

Ulam-ulaman dipotong halus:
Daun kaduk
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang hollen
dan pelbagai lagi ulaman yang disukai mengikut citarasa.

Cara-cara:
1. Kisar isi ikan dengan air..masukkan ke dalam periuk.
2. Tulang dan kepala ikan juga dikisar dan tapis.
Masukkan sekali ke dalam periuk.
3. Tumis bahan kisar dan masukkan serbuk kari.
 4. Setelah ditumis, masukkan kesemua bahan2 tadi berserta santan.
Masak dalam api sederhana dan kacau supaya tidak berketul.
Siap untuk dihidangkan.

*Biasanya orNg Johor makan dengan spageti tapi ibu lebih suka laksa biasa.



23 September 2015

Angah dan Anugerah Dekan

Alhamdulillah...terima kasih Allah
di atas kurniaanMu pada
kami sekeluarga.
Kehidupan yang sederhana tapi bahagia...
Dikelilingi anak2 yang menjadi penyejuk hati.

Tahniah Angah kerana terus kekalkan
kecemerlangan walaupun dah bergelar siswazah.
Setelah lalui peperiksaan 2 sem di universiti  dan kedua2nya Angah meraih anugerah dekan.
Syabas Angah. Ibu dan ayah sangat bangga.

Jangan sia2kan peluang yang ada.
Doa sentiasa mengiringi setiap langkah anak2 ibu.
Ibu bangga dan bersyukur memiliki kalian.
Alhamdulillah.



21 September 2015

Resepi Sambal Kicap versi ibu.

Bersua lagi hari ini.
Kali ni ibu nak share cara menyediakan sambal kicap versi ibu.
Kat rumah ibu stok sambal kicap memang
sentiasa ada dalam petiais.
Anak-anak suka makan cicah goreng pisang, tempe goreng dan masuk dalam kuah sup.

Meh intai bahan2nya dan cara membuatnya:

Bahan-bahan A ( digoreng):
Segengam cili padi..
(ibu campur dengan lada besar sebab kami jenis tak tahan pedas)
5 labu bawang putih..memang nak kena banyak.
Sepokok daun sup ( petua untuk tambah keenakkan)
Minyak untuk mengoreng,
*goreng semua bahan di atas dalam minyak panas sampai layu.

Bahan B:
Setengah botol kicap manis (botol besar)
Air asam jawa/cuka secukup rasa.
2 senduk kecil gula..(kena banyak untuk likatkan sambal)
Secubit garam,

Cara-cara2:
Masuk semua bahan A dan B ke dalam mesin pengisar.
Pastikan sebati dan tuangkan dalam bekas.
Boleh simpan dalam petiais untuk tahan lama.

*ada orang masukkan bawang merah tapi versi ibu takde bawang merah ye. 
Terpulang pada citarasa masing2. 


19 September 2015

Kisah Beby

Salam kerinduan semua.
Fuh...makin lama ibu makin sepi walaupun
banyak kisah kehidupan yang ibu lalui
setiap hari.
Makin lama jari ibu makin kaku nak menaip di sini.
SIBUK!!!!!....tu bukan alasan.....

Kisah tertangguh sejak bulan lepas.
Ibu pernah buat n3 yang Beby telah meraih
Johan taekwando peringkat kolej/Kebangsaan  dan melayakkan diri mara ke peringkat antarabangsa.
Apapun rezeki tidak menyebelahi.
Lawannya orang dari Jerman dan Grace..
Apapun ibu tetap bangga dengan pencapaian Beby.

Gambar yang Beby w.apps pada ibu  semasa pertandingan berlangsung.

Beby juga sudah bergelar jurulatih taekwando sejak 1 tahun yang lalu.
Dalam kesibukan belajar mengejar impian Beby membahagikan masa weekend sebagai seorang jurulatih di sekolah-sekolah berhampiran.

Beby sebagai jurulatih(berdiri) bersama 'pelajar2' di bawah bimbingannya.

Beby juga sering dilantik sebagai hakim dalam kejohanan taekwando.

Alhamdulillah....ibu tahu Beby mampu bahagikan masa belajar dengan aktiviti luar.
Buktinya Beby mampu meraih Anugerah Dekan dalam sem yang lepas.
Disamping itu Beby juga memegang jawatan sebagai 'pemimpin' pelajar, juga membantu rakan2
sebagai 'guru mengaji dan tarranum' di kolej.
Ilmu agama yang Beby dapat turut dipraktikan dan disalurkan pada yang memerlukan.
Semoga anak2 ibu cemerlang di dunia dan akhirat....insyaallah.

31 Ogos 2015

Farouk dan Kemerdekaan ke 58

Salam kemerdekaan.
Bersua kembali dipenghujung Ogos.

Kisah minggu lepas ni.
Macam tahun2 lepas farouk begitu bersemangat nak join pertandingan basikal berhias.
Cuma bezanya tahun ni farouk awal2 ibu dah
bagi amaran agar tidak join program
Kembara Merdeka memandangkan
baru 2 minggu dia lepas operation apendiks.

Balik sekolah pagi gigih mengadap basikal.
Maklumlah cikgu baru umumkan 
pertandingan akan diadakan keesokkan harinya.

Balik sekolah agama mengadap lagi.
Tak sempat tukar baju.

Inilah antara basikal yang dipertandingkan.
Awal pagi ibu dah berpeluh mengangkut basikal farouk ke dalam mpv.

Basikal farouk dipinjamkan kepada kawannya
memandangkan farouk tidak dapat sertai
Kembara Berbasikal.

Tahun ni farouk mengiringi cikgu K
untuk siri jelajah.

P/s:
Keputusan pertandingan basikal berhias belum diumumkan lagi.

17 Ogos 2015

Kejayaan Berganda-Syabas

Lama dah tak buat n3 tentang Beby.
Alhamdulillah....syukur kehadrat ilahi di atas
kurniaanNya pada anak-anak ibu. 
Betullah kata orang...rezeki bukan semata2
dalam bentuk wang ringgit tapi pelbagai cabang.
Rezeki ibu dan ayah disalurkan melalui
  kecemerlangan anak-anak. 
Alhamdulillah.
Minggu lepas Beby selamat menerima
Anugerah Dekan dimajlis khas
yang diadakan minggu lepas.
Syabas Beby kerana mengekalkan prestasi cemerlang.
Semoga cita-cita Beby untuk menyambung belajar ke UK tercapai nanti..InsyaAllah

Beby juga telah memenangi pingat emas di dalam pertandingan taekwando peringkat
kebangsaan antara kolej dan terus layak mara ke peringkat antarabangsa yang akan diadakan nanti.
Syabas Beby kerana tidak sia2kan impian ayah.
Tak sia-sia ayah melabur ribuan ringgit hantar 5F ke kelas taekwando sejak
di tadika lagi.......

Juga syabas untuk Angah yang juga bakal menerima Anugerah Dekan
dalam result yang baru keluar 2 hari lepas.
Tak sia-sia JPA menaja angah....
Semoga anak-anak ibu terus cemerlang dunia akhirat.
Tiada hadiah yang paling berharga selain melihat kejayaan anak-anak.
Alhamdulillah.
Terima Kasih ALLAH.

12 Ogos 2015

Farouk dan Appendik

Bersua kembali setelah ibu menyepi lagi dan lagi....
Kisah tentang Farouk.
Sedikit ujian yang Allah berikan buat kami sekeluarga terutama Farouk
disaat akhir menghadapi UPSR.

5hb sekolah ibu adakan majlis sambutan hari raya.
Awal pagi macam biasa ayah kejutkan Farouk.
Tiba-tiba Farouk mengadu perutnya sakit.
"Ibu kenapa Ayah pijak perut farouk"....
Ibu : Bila masa Ayah pijak perut Farouk...ayahkan kejutkan Farouk tadi.
Mungkin dia mamai dan perutnya sakit sangat masa tu.

6.40 pagi - Farouk kuatkan diri mengenakan jubah untuk majlis raya.
Makan 2 suap bubur ayam + brokoli.
Puas ibu pujuk suruh dia tinggal kat rumah tapi dia tetap berkeras ke sekolah.
9.00 pagi- Ibu sibuk menguruskan majlis sambutan raya di sekolah.
Farouk terlantar di bilik rawatan di sekolah.
Menurut Teacher Z muka Farouk sangat pucat.
10.00 pagi- ibu ke bilik rawatan...Farouk nyenyak tidur. Muka pucat lesi.
Ibu kejutkan dan terus bawa ke klinik dalam hujan yang lebat.
10.30 pagi- Doktor suspek Farouk kena appendik. Terus bagi surat refer
Hospital Pakar di Muar.
12.30- Di bawa ke bilik kecemasan.
Tunggu pakar appendik sahkan.
Confirm Farouk kena appendik.
Sel darah putih Farouk tinggi kerana jangkitan kuman.
Farouk terus diarah berpuasa...
Yang kesihannya Farouk cuma makan 2 sudu bubur dan seteguk air sejak awal pagi.
Farouk berpuasa selama 25jam sehingga pembedahannya.
1.00 petang- Farouk dimasukkan dalam wad kanak-kanak.
Ibu call Along dan Angah maklumkan keadaan Farouk.
Punylah kakaks semua terperanjat dan bersedih.
5.00 petang- Pembedahan ditunda kerana ada kes kecemasan.
8.00 malam-Seorang doktor maklumkan supaya kami bersedia untuk pembedahan.
9.40 mlam- Farouk dibawa ke bilik pembedahan.
Hati ibu mana tidak gundah gulana.
Ibu dan ayah menunggu di depan dewan bedah.
Ayah ajak ibu turun makan kerana  dah seharian kami di hospital tanpa makan.
Ayah order satey..makanan kegemaran ibu dan sebelum ni ibu tidak pernah tolak kalau satey ada depan mata.
Kali ni tekak ibu seolah-olah tersekat.
Fikiran melayang memikirkan Farouk di bilik bedah.
Risau hati ibu........
12.30 malam- Farouk selamat menjalani pembedahan.
Pakat bedah maklumkan pada ibu yang appendik Farouk dah pecah dan Farouk
telah dijangkiti kuman....Farouk mungkin kena ditahan lebih lama
diwad untuk pemantauan  dan abiskan antibiotik.....
Doktor tanya ibu....adakah selama ini Farouk tak pernah mengadu sakit perut ke apa...

Ya Allah....tiba--tiba timbul perasaan bersalah.
Selama ini kalau Farouk mengadu sakit perut ibu anggap sebagai
"auta" dari "fakta"....maklumlah ibu dah terbiasa
dengan anak-anak murid yang sering berikan alasan 'sakit perut' bila
kerja sekolah tak siap....huhuhuhu.......
Lebih sedih bila seorang clener sekolah maklumkan Farouk sering minta
minyak angin sebab sering sakit perut dan selalu ke tandas....
Kesian Farouk...timbul rasa bersalah dalam diri ibu sehingga begitu
lama Farouk menanggung sakit appendik.
1.00 pagi-Farouk ditempatkan semula kat wad
setelah doktor berpuas hati dengan perkembangan Farouk.
Farouk terus lena sehingga esok pagi.

Ibu kagum dengan semangat Farouk.
Tidak sedikit pun merungut...tidak sekali2 mengadu sakit....banyak mendiamkan diri...banyak berdikari....kuat semangat.
Alhamdulillah antibodi farouk kuat melawan jangkitan.
Nurse dan doktor kagum dengan perkembangan  Farouk.
6.8.2015-Petangnya Farouk dibenarkan discharge walupun sebelum ini doktor maklumkan farouk perlu lama di wad kerana
jangkitan kuman.

Farouk diberi cuti selama 7hari namun hari ke 4 farouk dah mampu melangkah ke sekolah.
Syukur Alhamdulillah.
Farouk sememangnya anak yang sangat kuat
walaupun pada realitinya dia nampak manja.
Ibu sangat kagum dengan semangat Farouk.

Bersedia untuk ke bilik bedah.

Baru keluar dari bilik bedah.
Masih mamai dan lemah.

Esoknya dah mula ceria bila kakaks datang mengelilinginya.

Doakan agar farouk segera pulih dan dapat kejayaan cemerlang dalam UPSRnya.



5 Ogos 2015

Riang Ria Raya di Johor

Salam kerinduan.
N3 ke 2 ibu dibulan Syawal...huhuhu....
Syawal pun dah nak sampai ke penghujung namun sambutan kat Johor masih meriah.
Banyak undangan open house namun tak semua undangan ibu mampu pergi
kerana kengkangan masa......

1 Syawal hingga 5 Syawal kami sekeluarga menyambut di kampung ibu.
Raya ke 6 dah naik sekolah.
Maka tamatlah edisi raya di Kelate dan bermula riang ria raya di Johor pulak.
Kat Johor ni rayanya meriah selama sebulan.
Anak-anak didik ibu datang seawal pukul 9 pagi.

Ex-student ibu yang dah remaja......

Weekend pertama raya di Johor ibu dah menerima tetamu.
Penat belum hilang lagi tapi tak kisahlah sebab tetamu ni pembawa rezeki....
Kumpulan tetamu pertama datang beraya seawal 9 pagi..
Dari pagi sampai petang rumah dikunjungi tetamu...
Alhamdulillah ex-student ibu yang dah remaja dan belajar ke U pun masih tidak lupa datang beraya.
Ada diantara mereka ibu dah tak cam.
Maklumlah masing2 dah banyak berubah.
Kebanyakkannya rakan sekelas Along dan Angah semasa sekolah rendah lagi.

Esoknya kami dikunjungi oleh cousin ibu dari Kelantan dan Melaka.
Meriah bila 3 family adik sepupu ibu berkumpul.
Sempatlah ibu masak untuk lunch.
Menunya simple je tapi habis licin bila makan ramai-ramai.....seronok sangat.

Malam raya yang ke 11 rumah ibu dikunjungi kumpulan marhaban lelaki.
Makan gigilah ibu dan dibantu 3Farah bersilat kat dapur.
Ibu masak laksa Kelantan dan en Ayah menempah putu mayam....
Adalah 60 orang tetamu datang.
Licin 6 kg laksa yang dihidangkan.

Menu laksa Kelantan ibu.....
Alhamdulillah tetamu suka dan makan dengan begitu berselera.

Weekend hari tu ibu terpaksa ke pasar
gara-gara ayah ada meeting kat KL.
Kalau Ayah ada..dialah 'superman' ibu.
Sebelum pergi KL ayah dah siap beli bahan-bahan untuk ibu memasak
bagi marhaban@open house murid-murid dan rakan-rakan ibu pula.
Ayah dah sedia maklum si puan ibu ni memang sangat jaranggggggg jejak kaki ke pasar.
CUma ibu terpaksa menambah bahan masakan sebab tetamu yang ibu anggarkan
60 orang bertambah 2x ganda...adalah dalam 100+orang.
Maka terpaksalah puan ibu ke pasar mencari bahan2 tambahan.
Mulalah blurrr si puan ibu nak cari daun kesomnya...bunga kantan....kelapa parut.
Itulah bahananya bila 2x setahun je jejak kaki ke pasar....Adeh....sabar jelah...

Alhamdulillah...majlis marhaban a.k.a open house berjalan lancar.
Sebenarnya seawal pagi (7.30 pagi) ibu dah keluar rumah untuk bersama
rakan-rakan guru bermarhaban dengan penduduk kampung.
Nasib baiklah ada Along, Angah dan Naurah yang banyak membantu menyiapkan
hidangan hari tu.
Menu utama nasi kerabu dan laksa Kelantan.

Inilah nasi kerabu versi ibu dan 3Farahs.
Alhamdulillah semua tetamu memuji keenakan nasi kerabu dan laksa hasil
usha gigih kami berempat.....he3x...

Weekend ni kami akan menerima tetamu dari kalangan rakan-rakan ayah pulak.
Adalah dalam area 100 orang kot.
Rakan-rakan ayah pun nak merasai menu versi Kelate jugak...he3x..
Maka weekend ni ibu dan 3 farahs akan bersilat lagi kat dapur.
Selagi bulan Syawal masih bertamu makan kemeriahan raya kat Johor tak akan reda.......




29 Julai 2015

Kisah Raya di Kelantan

Bersua lagi dengan n3 tercunggap...
Tapi dalam draf dah ada gambar cuma tuan rumah tak sempat nak berceloteh...

Alhamdulillah seperti tahun-tahun sebelumnya kami sekeluarga menyambut 
raya di Kelantan (kg ibu dahulu selama 1 minggu) di atas kehendak ayah.
Kemudian baru beraya di Johor.
Terima kasih Ayah kerana ayah yang paling best in the world.
Kami tak ada sistem giliran...tak ada sesi gaduh2 atau bermasam muka.
Ayah dah faham 5F lebih selesa beraya di kg ibu dahulu.
Terima kasih juga buat MIL yang begitu memahami menantunya yang gediz nie...he3x...
Sayang mak.

Kami bertolak dari Muar---Kuantan----Terengganu-----KelantaN.
Perjalanan memakan masa 13 jam amat meletihkan.
Tqsm Along kerana bergilir dengan Ayah memandu.
Keletihan hilang begitu saja bila mendengar lagu-lagu raya.....

Menjelang senja kami tiba...bertolak seawal pukul 3.30 pagi dan tiba hampir
waktu berbuka.......

Raya Pertama
Macam biasa sesi bergambar selepas balik solat raya.
Kat rumah mama ibu tak perlu berpeluh2 sising lengan sebab untuk 3 hari
menu raya ditempah khas.
Raya 1- Satey + ketupat + kuah kacang + roti jala + kari ayam.
Raya ke 2- Spaggethi + nasi + gulai angsa + .....
Malam raya ke 3 kami berBBQ- ayam + kambing + ikan + sosej (lupa nak snap gambar)

Muka-muka penat balik beraya...Posing rumah adik ibu yang berbaju hijau...
Raya pertama ibu pergi beraya rumah makcik/pakcik sedara yang terapat dulu.

Raya ke 2
Dah mula open house....kalau tak silap ibu 7 buah rumah.
Ibu sempat pergi 3 buah rumah je.........penat + kenyanggggg sangatttttttt.

Raya ke 3
Dah tak sempat nak kemana-mana sebab tetamu tak putus-putus berkunjung.
Petang kawan2 zaman2 sekolah lama datang kidnap ibu dan bawa beraya.
Ya Allah...punyalah seronok dan huru hara......seronok sangat.
Terima kasih semua kerana pernah hadir dalam hidup ibu....

Malamnya kami berBBQ.
8 ekor ayam, kambing, ikan dan sosej.
Tak sempat nak snap gambar sebab
dalam masa yang sama Along n adik
ibu dikejarkan ke unit kecemasan.
Along kena asthma attack n adik ibu
diserang cirit birit yang teruk.
Dugaan betul.
Along kena serangan asthma.
Alahai kesian anak ibu.

Ratu hati ibu...mama.......

Kami kembali ke Johor pada hari raya ke 5.
Tak puas rasanya beraya....
Maka bermulalah pula raya-raya
di Johor.

22 Julai 2015

Kenangan 1 Syawal 2009-2015

Salam kerinduan semua dan Selamat Hari Raya.
N3 yang saban tahun ibu update sebagai kenangan.

Hari ni nak tepek gambar kenangan 1 Syawal 2009-2015
Melihat perkembangan anak-anak membesar di depan mata.
Terlalu cepat masa berlalu.......

Tema : Versi Rojak...he3x

2009
Masa ni Along (Ting 3), 
Angah (Ting 2),
Beby (Ting 1).
Naurah(Drjh 3)
Farouk ( 6 Tahun )

2010
Along (Ting 4), 
Angah (Ting 3),
Beby (Ting 2).
Naurah(Drjh 4)
Farouk ( Drjh 1 )

2011
Along (Ting 5), 
Angah (Ting 4),
Beby (Ting 3).
Naurah(Drjh 5)
Farouk ( Drjh 2)

2012
Along (Matrikulasi), 
Angah (Ting 5),
Beby (Ting 4).
Naurah(Drjh 6)
Farouk ( Drjh 3 )

2013
Along (Degree Tahun 1 di UTeM), 
Angah (Asasi Law di UiTM), 
Beby (Ting 5).
Naurah(Ting 1)
Farouk ( Drjh 4 )

2014
Along (Degree Tahun 2 di UTeM)
Angah (Degree Tahun 1 di UiTM)
Beby (Dip Tahun 1 di KPM)
Naurah (Ting 2)
Farouk (Darjah 5)

2015
Along (Tahun 3 degree di UTeM)
Angah ( Tahun 2 degree di UiTM)
Beby ( Tahun 2 dip di KPM)
Naurah ( Tingkatan 3)
Farouk ( Tahun 6 )

Cepat sungguh masa berlalu........
Mungkinkah 2016 ibu masih mampu
meraikan Aidil-Fitri bersama-sama keluarga????
Semua itu rahsia Allah...
InsyaAllah.....

About me